01 di muar - Google Blog Search |
Lagi 16000 Pekerja Asing <b>di Muar</b> & Johor? | Berita Semasa Posted: 26 Apr 2012 08:12 PM PDT Mana pergi pekerja tempatan yang dahagakan pekerjaan terutamanya anak-anak muda? Itu persoalan pertama daripada kami. Selepas membaca & menilai berita ini semalam ada sesuatu yang kami kurang bersetuju dengan tindakan menteri yang seorang ini. 16,000 pekerja asing yang dibawa masuk untuk tempoh 2 minggu sahaja, satu angka yag cukup besar. Di satu sisi lain, kita selalu bercerita tentang keperitan rakyat mencari pekerjaan di negara sendiri tetapi dalam pada masa yang sama kita terus-menerus membawa masuk 'orang luar" mencari rezeki di negara kita. Ya…memang benar negara kita masih memerlukan khidmat pekerja asing dalam beberapa sektor industri ketika ini. Tetapi….biarlah ia diuruskan dengan terkawal.
Adakah dengan membenarkan pekerja asing terus dibawa masuk ke Malaysia apabila timbul masalah kekurangan pekerja, boleh dianggap masalah telah pun selesai? Adakah ini penyelesaian terbaik dan sampai bilakah penyelesaian sebegini akan terus digunapakai? Kami berharap kerajaan janganlah terlalu dilihat tunduk kehendak pengusaha perabot untuk jangka masa pendek dengan cara mudah begini yang mana natijahnya akan datang bakal membawa kemudaratan kepada ekonomi negara :
Ini tidak bagus sebenarnya. 16,000 orang pekerja asing untuk buat perabot di 2 daerah sahaja? Satu angka yang cukup skeptikal berdasarkan pemerhatian kami. Pembuat perabot ini boleh masuk kategori apa dalam NKEA? Ataupun, adakah para pengusaha perabut di Muar + Batu Pahat ini ada terlibat mana-mana EPP yang diberi keutamaan? Ada sesiapa di sini yang boleh membantu kami menjawab persoalan di atas ini? Sehingga kerajaan melayan pembuat perabot sebegini rupa? Ada orang Muar di sini? Kehadiran pekerja asing yang optimum agak membantu dalam pertumbuhan ekonomi sesuatu tempat pada waktu sekarang. Tetapi….tetapi dengan lambakan pekerja asing memberikan 3 kesan yang berbeza kepada daerah Muar ketika ini :
Ini baru situasi di satu daerah Muar namanya. Bagaimana pula di tempat lain? Rakyat berharap kedatangan pekerja asing terus dikurangkan tetapi hakikatnya pekerja asing terus diangkut ke Malaysia. Di satu sudut, kami berharap sangatlah jika dasar membawa masuk 16,000 pekerja asing ke 2 daerah berasingan ini tiada kaitan dengan Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datanf apatah lagi prosesnya cukup pantas (dalam tempoh 2 minggu). Nauzubillah, minta dijauhkan… |
You are subscribed to email updates from di muar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan