Rabu, 9 Mei 2012

01 di parit jawa - Google Blog Search

01 di parit jawa - Google Blog Search


Satay <b>Parit Jawa</b>

Posted: 02 May 2012 05:15 AM PDT

Satay Parit Jawa telah bertapak hampir 1O tahun di Pekan Parit Jawa, Muar, Johor. Resipi yang dihasilkan adalah resepi warisan turun temurun dari satu generasi ke generasi. Jika anda ingin merasai keenakkan satay ini sila lah berkunjung ke Kedai Makan (berhadapan Sek Ren Keb Parit Jawa) di mana ia terletak di Pekan Parit Jawa, Muar, Johor. Sekali cuba pasti ada perbezaan dari satay yang pernah anda nikmatih lagi. Walaupun ibu merupakan pembuat satay tapi saya sering melakukan tinjauan ke kedai-kedai yang menjual satay untuk merasai citarasa pengusaha satay yang lain. Tapi kebanyakan pengusaha satay mengurangkan rempah/bahan dalam pembuatan satay sehingga hilang rasa kelazatan satay tersebut. Untuk mengetahui satay itu sedap dan enak ia bergantung kepada:
1) Kualiti daging yang digunakan.
2) Adunan rempah dan bahan-bahan yang digunakan mengikut sukatan yang betul. Seandainya rempah yang digunakan adalah terkurang atau terlebih rempah maka satay tersebut "kurang" enak.
3) Cara bakar. Daging yang dibakar kurang masak tentulah tidak enak dimakan tetapi jika terlebih bakar daging akan jadi keras.
Oleh itu, jika anda berkunjung ke Muar, jangan lupa singgah di Pekan Parit Jawa. Waktu perniagaan bermula dari 6.30ptg-12 malam. Email saya : satayparitjawa@gmail.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads