Jumaat, 18 Mei 2012

01 di parit jawa - Google Blog Search

01 di parit jawa - Google Blog Search


من أين إلى أين: <b>parit jawa</b> siri II

Posted: 07 Apr 2012 05:01 AM PDT

6 April 2012 sekali lagi penulis dan rakan-rakan diarahkan untuk bertugas di kem parit jawa, Muar johor. Dengan menaiki kenderaan syarikat, kami bergerak menuju ke lokasi sekitar jam 10.00 pagi. Udara pagi Jumaat dalam keadaan mendung, kami bergerak membelah pagi yang indah..

Tiba di lokasi sekitar jam 11.00 pagi. Beberapa orang sahabat yang lain sudah berada di lokasi. Kelaparan mula merobek usus saudara PH. Menjelang jam 12.30, hidangan tengahari disuguhkan kepada kami. Menjelang jam 1.15, kami bergerak menuju ke masjid yang sama sebagaimana yang kami singgah dua minggu lepas.

Masjid ini rupanya masih aneh. Tanpa suara azan yang dialunkan keluar bangunan. Hanya alunan azan dari dalam sahaja. Mungkin speaker masjid itu masih belum berfungsi sepenuhnya akibat kerosakan belum pulih.

videoUsai solat Jumaat, kami bergerak semula ke kem untuk memulakan aktiviti. Di kem, peserta telah tiba dan peserta perempuan sedang menikmati jamuan tengahari.

Acara pertama taklimat kem komandan bermula jam 1445. Menjelang jam 1600 acara ice breaking mengambil tempat. Ianya dipimpin bersama oleh PH dan penulis. Aktiviti yang dijalankan oleh penulis ialah rantai nama dengan bunyi haiwan kegemaran berserta gayaku.

Usai asar, identiti kumpulan oleh penulis sehingga sekitar jam 1830. Maghrib disambut dengan kuliah jati diri dan diikuti dengan pembentangan kumpulan dengan dua kawasan dikawal oleh penulis dan juga PH.

Menjelang maghrib, penulis mendapati seluar telah terkoyak pada bahagian zip. Segera mendapat pandangan sahabat dan jarum serta benang dikirim kepada urusetia yang keluar. Seluar siap dijahit sebelum tiba waktu isya'


Pembentangan hasil kerja kumpulan yang berlangsung selepas Isya' berjalan secara paralel dengan kumpulan dibahagikan kepada dua yang menyaksikan pembentangan dibuat di dua lokasi yang berbeza. Sebagaimana siri I, pembentangan mereka agakl bersemangat dan menyegarkan, lebih-lebih lagi dari pihak muslimat.

Usai program, kami keluar minum bersama PH dan juga AI. Lokasi di tepi jalan berhampiran pekan Parit Jawa. Fresh Orange, sup ekor, sotong goreng bertepung, mee bandung menjadi menu dinihari. Penulis melayan bersembang rakan-rakan sehingga tersengguk-sengguk...

Tiba semula di penginapan sekitar jam 1.15 pagi!!

Jam yang bergema dari corong kecil HP penulis memainkan irama lagu anak kecil maion api langsung tidak kedengaran di telinga penulis. PH yang mengejutkan penulis dengan izin Allah sekitar jam 5.45 pagi. Mencari tandas untuk membuang air dan berehat sebentar dan kemudian kembali untuk bersuci, Tiba di surau, TG telah memimpin rakaat ke dua solat subuh..

Usai solat, tuan haji s memulakan tazkirah subuh sebelum peserta berkumpul untuk memulakan kembara pada hari kedua program. Kembara kali ini agak berbeza dengan kembara yang telah dilalui sebelum ini. Peserta akan melalui modul yang agak menarik, dengan pelbagai acara berjual beli dan sebagainya.

Kembara bermula sekitar jam 8.00 pagi sebagaimana yang telah diputuskan dalam mesyuarat pelaksanaan berdasarkan kepada kelewatan masa tamat kembara seringkali menyebabkan kegagalan untuk melaksanakan riadah petang.

Peserta dilepaskan mengikut kumpulan dalam jangkamasa yang sangat hampir. Ini menyebabkan CP 1 dapat selesai lebih awal, sekitar jam 11.00 pagi. Penulis melihat penjaga CP yang berdua itu telah berjalan pulang. CP penulis terletak di lokasi agak selesa, di bawah lindungan pepohon kelapa sawit dan terbentang kanvas yang agak besar. Penulis mengambil kesempatan untuk berbaring sementara menunggu partner penulis tiba yang agak lewat. Sungguh nyaman dan tenteram sekali. Akhirnya menyebabkan penulis tertidur, walaupun agak resah juga berbaring di atas tanah di celahan pokok sawit yang rendang, khuatir akan kemunculan makhluk merayap yang tidak diundang. Namun, setelah bertawakkal kepadaNya, akhirnya penulis dikalahkan dek mengantuk yang semakin kuat menyerang.

Lebih kurang 15 minit terlelap, sahabat muncul berdua dengan membawa air dan sedikit makanan. Seolah-olah kami sedang rehlah di bawah rimbunan pohon yang lebat...Seolah-olah berada di bawah teduhan kebun-kebun kurma di madinah...

Kumpulan pertama yang tiba ialah kumpulan peserta lelaki yang telah kehilangan beberapa rakan kumpulan. Mereka agak konfius pada mulanya tetapi setelah diberikan penerangan selepas membuat keputusan, ternyata terbayang keinsafan di wajahnya..

Mulai kumpulan kedua, mereka disuruh melalui longkang..dan kumpulan pertama yang melaluinya ialah kumpulan peserta perempuan yang menyebabkan salah seorang dari ahli tidak boleh mengeluarkan badannya dari selut dan kumpulan tersebut hanya berbaki tiga orang ahli sahaja...

Aktiviti di CP penulis berakhir sekitar jam 12.50 sebelum nejelang zuhur. Bergerak dengan menaiki kereta organisasi. Hati terasa agak lapang dan girang kerana habis lebih awal. Tiba di base camp menjenguk CP terakhir yang dikendali oleh PH dan juga AI. Suasana agak ceria dan bising seolah-olah berada di pasar.

Usai solat zuhur dan makan, bergerak untuk mandi dan kemudian melepaskan lelah di katil yang agak kurang selesa tetapi dek kerana letih akibat cuaca yang agak panas, ianya mampu melepaskan sedikit lelah..

Menjelang jam 1445, PH sudah pulang dan mula membuat bising serta mengingatkan mengenai refleksi sekitar jam 1600. Menjelang jam 1545, penulis bersiap. Hujan yang mula turun di luar agak menyamankan. Mr AI sudah memulakan pelayaran ke alam mimpi...


Refleksi jam 1600 memulakan layarnya dengan peserta berbincang dalam kumpulan mengenai perkara-perkara atau falsafah yang boleh dihayati hasil kembara sepanjang pagi membawa ke waktu zawaal. Kemudian sesi pembentangan mereka, diikuti oleh sesi huraian falsafah setiap CP oleh fasi yang menjadi penunggu.

Usai solat Asr, peserta digiring ke belakang untuk kanvas hikmah tanpa penyertaan fasi, juara sepanjang program. Hujan gerimis mula turun namun tidak membasahkan pakaian kami.

Makan malam dan kemudian persediaan maghrib. Tazkirah oleh bonda PM. Usai Isya' graf suka dan duka mengambil tempat. Kemudian acara tangisan dan kemudian keluar lagi sekitar jam 1200 untuk minum minum bersama Mr AI dan jurukamera pro. Sembang hingga mengantuk...

Usai solat subuh hari terakhir, tazkirah oleh mahaguru...diikuti oleh jamrah hikmah. Pelajar dikehendaki menulis segala sifat negatif yang bersarang di dalam dada. Kemudian dibawa kertas ke lapangan dan direnyukkan sebagai tanda kebencian terhadap sifat-sifat tersebut. Kemudian setiap peserta diminta menutup mata dan berjalan ke lokasi pelontaran. Pelbagai halangan disediakan. Apabila tiba, peserta akan melontar sikap negatif yang ditulis sebagai satu lambang pembuangan dan pelontaran sikap negatif dari diri. Kemudian, kertas lontaran di bakar. Doa dibaca agar diberi kekuatan untuk terus meninggalkan sifat negatif daripada terus menguasai diri..

Selepas itu, sarapan dan kemudian ceramah...Penutup sekitar jam 11.00 pagi dan diakhiri dengan makan tengahari, solat zuhur dan pulang. Menaiki kenderaan organisasi menuju ke parking kereta di ibu pejabat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads