Isnin, 21 Mei 2012

01 di parit jawa - Google Blog Search

01 di parit jawa - Google Blog Search


onggon.com: Apa yang ada kat <b>Parit Jawa</b> tu?

Posted: 20 May 2012 04:50 PM PDT


DSC05428
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini adalah kali kedua saya sampai di Parit Jawa, Muar di negeri Johor ni. Kebetulan pada tarikh gambar ini dirakam iaitu 19 Mei 2012 adalah tarikh yang sama saya datang kali terakhir di sini iaitu pada 19 Mei 2010, ngam-ngam 2 tahun yang lepas. Dah macam lagu "Suratan atau Kebetulan" pulak..
Apa yang menarik kat tempat ni? Ok.. Parit Jawa ni dekat je dari Muar lebih kurang 17km. Yang sebenarnya ia adalah perkampungan nelayan dan sangat terkenal dengan masakan asam pedas. Siap ada medan selera lagi khas untuk masakan asam pedas. Ada pelbagai jenis ikan masak asam pedas di sini seperti ikan merah, sembilang, siakap, kembung, pari, cencaru dan lain-lain lagi. Juga terdapat spesis Burung Botak yang datang berhijrah ke sini pada bulan-bulan tertentu membuatkan Parit Jawa menjadi destinasi pelancongan terkenal. Yuppp.. yang Burung Botak yang keluar dalam Majalah 3 tu..
Kalau dulu saya pernah merasa makan asam pedas di Gerai Pak Ya TV3, kali ini saya dan kawan-kawan nak try kedai lain pulak iaitu Asam Pedas Mak Ngah. So, boleh tahan sedaplah Mak Ngah punya masakan.. Bak kata seorang kawan yang join sekali time makan ni.. "kuah asam pedas dia tak banyak minyak macam kuah asam pedas tempat lain.. Mas (nama samaran haha) siap hirup lagi kuah dia Bang Kerul.. Sedapppp.." hahaha.. Tudiaaa kan.. Saya pula mencuba bahagian ekor ikan merah yang agak besar berharga RM18.00 Memang berbaloi-baloi.. Jangan risau, ikan merah besar memang lah harga dia mahal sikit. Ikan-ikan lain seperti kembung dan pari murah je. Jadi, jika anda kebetulan kena outstation di Muar, jangan lupa mencuba masakan asam pedas Parit Jawa.. Datang tempat orang, kenalah try masakan orang tempatan.. Rugi ler kalau datang tempat orang tapi makan takat nasi goreng je.. hehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads