Isnin, 28 Mei 2012

01 di parit jawa - Google Blog Search

01 di parit jawa - Google Blog Search


Our stories and piccas....: Terjumpa Zahiril Adzim <b>di</b> SpaceU8...

Posted: 27 May 2012 12:29 AM PDT

 Sejak citer Paan & Paiz muncul kat TV3...saban minggu kami sekeluarga memang tak pernah missed tengok. Rasanya gandingan Zahiril Adzim & Zalif Sidek sangat sesuai... Then lately ni hubby aku suka sangat tengok filem /drama lakonan Zahiril Adzim...anak2 pulak especially Adam & Iris suker sangat tengok lakonan Mat saje @ Zalif Sidek...
Beberapa bulan lepas rasanya Astro ada tayang telemovie Parit Jawa...hah! citer ni memang menggunakan bahasa jawa sebagai medium komunikasinya. Memang nak tergelak aje bila dengar pelakon bukan dari keturunan jawa macam Zahiril Adzim bercakap jawa...tapi not bad! Pelakon Ruminah Sidek tu memang berketurunan jawa...orang kampung aku jugak jadi bila dia berlakon cakap bahasa jawa tidaklah kelakar...Tapi aku bangga lah dengan penerbit telemovie Parit Jawa tu...Jalan cerita yang bagus dan pelakon nya jugak hebat-hebat belaka...
Dalam telemovie Parit Jawa tu Zahiril Adzim jadi anak bongsu lelaki dalam adik beradik seramai 6 orang kot...nama manja dia Tol Ley..kalau dalam bahasa jawa maknanya anak manja lelaki...macam nama panggilan Abang aku yang no.3...aku rasa memang akan ada nama panggilan Tol Ley di kalangan anak lelaki dalam keluarga berketurunan jawa. Hari Jumaat lepas, kami sekeluarga terserempak dengan Zahiril Adzim kat Space U8. Actually baru habis tengok wayang citer Men In Black 3...adam nak layan konsert Versus kat Ground Floor...sekali tu ternampak Zahiril Adzim tengah duduk kat booth mak dia yang menjual second hand book & magazine...
Kak aisy malu nak bergambar...jadi abang Adam & papa jer yang bergambar bersama...Sebelum tu sempat borak2 dengan Zahiril Adzim...katanya dia cuma belajar bercakap jawa untuk telemovie Parit Jawa tu 2 hari...wah..wah..wah...baguslah dia ni. Mungkin lidah dia lembut dan senang belajar cakap bahasa jawa sebab tu 2 hari berlatih dah boleh bercakap...hubby aku dah nak 9 tahun kahwin baru fasih bercakap jawa....bravo Zahiril Adzim!Pelakon ni pun ada blog tau...kalau korang suka baca puisi dia, boleh lah singgah ke blog Zahiril Adzim
Ini sinopsis telefilem Parit Jawa...aku copy dari mStar Online.
KUALA LUMPUR: Supertelefilem, Parit Jawa yang bakal disiarkan di Astro Box Office Movie Tayangan Hebat (saluran 952) pada Disember ini bukan sekadar memaparkan tentang isu berebut tanah.
Malah menurut pengarahnya, Tunku Mona Riza Tengku Khalid, 44, ceritanya turut menggarap mesej kepada masyarakat hari ini supaya menjaga amanat yang diberikan oleh ibu dan bapa."Pada mulanya, saya menolak untuk mengarah cerita tentang isu berebut tanah ini kerana pada saya cerita sebegini sudah banyak kali disiarkan di televisyen.
"Tetapi setelah berbincang dan berdebat dengan pihak yang menyumbangkan idea asal cerita ini, Saniboey Mohd Ismail, baru saya bersetuju apabila kami mula menokok tambah cerita asal itu menjadi lebih menarik dan berlainan daripada cerita yang ada sebelum ini," katanya sewaktu sidang media selepas tayangan Parit Jawa di GSC Signature, Gardens, di sini, Rabu.Ini merupakan telefilem kedua yang diarahkan oleh Mona selepas telefilem Uri yang disiarkan di saluran yang sama.

Mona mempunyai pengalaman mengarah iklan dan berkhidmat dalam bidang periklanan selama 20 tahun sebelum mendalami bidang perfileman di New York Film Academy, Los Angeles pada 2004.
Menyentuh Parit Jawa yang turut menggunakan salah sebuah nama tempat di Muar, Johor, Mona mempunyai dua sebab mengapa kehidupan masyarakat Jawa yang diangkat sebagai latar belakang cerita ini.
"Saya mempunyai alasan kuat tentang kehidupan orang Jawa dan lokasi Parit Jawa yang dipilih kerana yang pertama, dalam sejarah ada menceritakan tentang kebanyakan orang Jawa yang menetap dan menerokai tanah di Parit Jawa.
"Seperkara lagi adalah burung botak di pantai di Parit Jawa yang semakin pupus jika pantai itu tidak dijaga oleh masyarakat tempatan," jelasnya.
Mona juga berasa agak bertuah apabila mendapat kerjasama daripada para pelakon hebat seperti Ruminah Sidek, Eman Manan, Zahiril Adzim, Nam ron, Ghazali Abu Noh, Jalil Hamid, Safura dan Rashidah Jaafar.
"Dalam masa dua minggu selepas memberikan tawaran, setiap pelakon memberikan persetujuan.
"Cuma masalah yang dihadapi pada mulanya adalah untuk membuat jadual penggambaran kerana ada di antaranya yang sibuk dengan kerja masing-masing.
"Tetapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar setelah mendapat persetujuan daripada mereka," ujarnya lagi.
Selain dapat menonton supertelefilem ini, pelanggan Astro Box Office Movie Tayangan Hebat juga berpeluang menonton filem Hindustan berjudul Chillar Party, filem Catch Me I'm In Love (Filipina), filem The Nutcracker (United Kingdom), Haunted (India), The Cinderalla (Thailand) dan Kuntilanak Kesurupan (Indonesia) pada harga RM9.95.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads