Ahad, 20 Mei 2012

01 di parit sulong - Google Blog Search

01 di parit sulong - Google Blog Search


SK (F) <b>Lok Heng</b> Selatan: RM17.8j bina telaga tiub sekolah <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 19 May 2012 03:24 PM PDT


BATU PAHAT: Kementerian Pelajaran mengeluarkan peruntukan RM17.8 juta bagi pembinaan telaga tiub di 39 sekolah di Kelantan yang menghadapi masalah kritikal berikutan tiada bekalan air bersih.

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pembinaan telaga tiub itu dibuat dengan segera berikutan ketiadaan air mendesak sehingga menjejaskan tumpuan pelajar di sekolah berkenaan.Katanya, setakat ini kementerian mengesan 77 daripada 585 sekolah di Kelantan tidak mendapat bekalan air awam yang diuruskan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dengan 39 sekolah berada dalam keadaan kritikal.

Alhamdulillah, masalah 39 sekolah berkenaan sudah diselesaikan, manakala 77 sekolah lain yang tiada kemudahan air juga akan selesai dengan penyerahan telaga tiub bagi membolehkan pelajar mendapat kemudahan air. - Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran

"Bagaimanapun, kita sudah memberi peruntukan segera RM27 bagi menyelesaikan masalah ketiadaan kemudahan air di semua sekolah terbabit dengan keutamaan diberi terhadap 39 sekolah yang mengalami masalah kritikal dengan pembinaan telaga tiub bernilai RM17.8 juta yang sudah disiapkan baru-baru ini. 


"Alhamdulillah, masalah 39 sekolah berkenaan sudah diselesaikan, manakala 77 sekolah lain yang tiada kemudahan air juga akan selesai dengan penyerahan telaga tiub bagi membolehkan pelajar mendapat kemudahan air," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang anjuran parti Gerakan Cawangan Rengit, di sini, semalam. 


Mohd Puad berkata, pihaknya mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah bekalan air di sekolah terbabit bagi memastikan ia tidak menjejaskan proses pembelajaran pelajar dan kakitangan sekolah berkenaan.


Sementara itu, Mohd Puad meminta Bank Negara bertindak tegas terhadap bank serta kakitangan mereka yang sewenang-wenangnya membocorkan maklumat akaun bank Pengerusi National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh kepada umum. 
"Ini isu yang serius kerana pembocoran maklumat akaun Dr Mohamad Salleh itu melanggar privasi serta haknya sebagai pelanggan bank. Terjaminkah hak pelanggan bank lain terutama maklumat peribadi mereka apabila maklumat akaun sewenang-wenangnya didedah kepada umum?


"Bank Negara perlu ambil tindakan tegas terhadap bank serta kakitangan terbabit kerana ia bukan saja kesalahan mengikut peruntukan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia), malah menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap bank di negara ini. 


"Kita bimbang jika Bank Negara tidak mengambil tindakan tegas dan menghukum mereka yang terbabit, ia akan menjadi trend untuk sama ada memfitnah, menjatuhkan atau mengaibkan orang di negara ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads