Ahad, 27 Mei 2012

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


<b>Pasir Gudang</b>: Pidato Perdana Merdeka Rakyat - CJMY - Citizen <b>...</b>

Posted: 26 May 2012 03:41 PM PDT

Pakatan Rakyat Johor telah mengadakan satu sesi pidato perdana yang bertajuk "Merdeka Rakyat" di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, baru baru ini.

Lebih kurang 1,000 orang telah menghadiri sesi pidato yang terdiri daripada orang tempatan.

Antara penceramah yang berhujah pada malam itu termasuk, bekas ahli jawatankuasa tertinggi pusat PKR Chegu Bard, ahli parlimen Batu  Tian Chua, ketua pembangkang Dewan Undangan negeri Johor Dr Boo Cheng Hau, ketua PKR Johor Chua Jui Meng dan ketua umum PKR Anwar Ibrahim.

Pelbagai isu semasa telah dibangkitkan oleh para penceramah termasuk isu insiden keganasan polis semasa himpunan aman Bersih 3.0, isu jawatan mentri besar yang dipegang terlalu lama, harga air yang tinggi, pembinaan logi petrokimia gergasi di Pengerang, isu kerakyatan, penurunan harga minyak serta pembatalan PTPTN.

Sesi pidato telah berlangsung secara teratur tanpa sebarang gangguan dan kekecohan.

Kelihatan lebih kurang seramai 20 anggota polis berada di sekeliling kawasan untuk menjaga ketenteraman awam.

Sesi pidato tamat pada jam 11 malam sepertimana yang diluluskan oleh pihak polis.

Taman Kota Masai, Pasir Gudang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads