Isnin, 28 Mei 2012

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


Pusat Tuisyen Terminal Sejahtera 1Malaysia <b>di Pasir Gudang</b> <b>...</b>

Posted: 25 May 2012 04:41 AM PDT

JOHOR BAHRU 6 Mei - Keluarga kurang berkemampuan tetapi ingin menghantar anak mereka mendapatkan kelas tuisyen kini mampu menarik nafas lega apabila Pusat Tuisyen Terminal Sejahtera 1Malaysia (TS1M)di Pasir Gudang, dekat sini mula beroperasi.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), On Jabbar berkata, pusat tuisyen yang mula beroperasi sejak Mac lalu itu merupakan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPSB) yang menyediakan kemudahan pembelajaran secara berkomputer.
"Matlamat utama pembangunan pusat tuisyen itu bagi menyediakan pembelajaran kendiri pada luar waktu sekolah kepada pelajar yang kurang berkemampuan secara percuma.
"Pelaksanaan ini dapat membantu para pelajar meningkatkan prestasi pembelajaran melalui penyediaan kemudahan tuisyen secara dalam talian," katanya pada majlis perasmian TS1M hari ini.
Ia disempurnakan Ahli Parlimen Pasir Gudang yang juga Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha KWPSB, Datuk Adnan Md. Ikhsan.
On berkata, pusat tuisyen tersebut dibangunkan membabitkan peruntukan sebanyak RM770,000 dan sejak dibuka berjaya menempatkan 479 pelajar dari lapan buah sekolah berhampiran.
Beliau berkata, program pembelajaran adalah berasaskan perisian kursus multimedia interaktif selaras dengan kurikulum bersepadu Kementerian Pelajaran.
"Diharapkan pusat tuisyen ini dapat membantu para pelajar mengulang kaji pelajaran secara berkumpulan dan secara atas talian, sekali gus meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.
"Pusat ini dikendalikan oleh seorang penyelia dan dibantu dua fasilitator dan dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads