01 di pasir gudang - Google Blog Search |
SIRI 18 ( AKTIVITI HOMESCHOOL <b>DI PASIR GUDANG</b> ) : CACATAN <b>...</b> Posted: 30 May 2012 06:10 PM PDT ( GUIDANCE CORNER) JANUARI 2012- PASIR GUDANG, JOHOR. Ketika ini kami masih lagi berkampung di STATION 2 FCU yang bertempat di Pasir Gudang, Johor. Agak lama juga kami tinggal di sini kerana FCUPRODUCTION sedang menyiapkan beberapa projek korporat video beberapa syarikat swasta sekirar Johor Baharu. Memang betul kata-kata Ilmuan bahawa bergerak itu membawa berkat. Perjalanan kerohanian ini memang mempunyai serapang banyak mata. Bukan sahaja kefahaman dan amalan kerohanian makin meningkat, mewujudkan pembelajaran yang membuka minda seisi keluarga , malah rezeki juga seolah-olah menanti kami untuk disunting. Begitulah ketentuan Ilahi dan kita sebagai makhluknya yang dhaif perlulah berdoa, berusaha dan tawakkal. Sepanjang perjalanan di dalam wira-wira setia kami, banyak sessi pembelajaran secara santai dapat disampaikan kepada para pelajar FCUHOMESCHOOLING. Afiq, Afiqah dan Alyssa memang sentiasa bersama tenaga pengajar untuk diajar tanpa mengira waktu dan tempat. Bila terserempak dengan sesuatu yang menangkap minda kami, maka itulah topik pembelajaran buat cucunda tersayang. Berbagai-bagai soalan mereka ajukan apabila terlihat sesuatu yang mereka minat dan ingin tahu. Pada pandangan saya, perjalanan ini sangat berharga buat FCUHOMESCHOOLING kerana bukan senang untuk berkembara dalam bilangan ahli keluarga yang ramai dari datuk, nenek, ayah ibu dan cucu-cucu. Konvo kami sering melibatkan 3 buah kereta bila ayahanda dan bunda Alyssa bercuti hujung minggu. Hafidz pula bersama abang-abangnya dalam kereta yang lain. Perjalanan ini betul-betul mematangkannya. Banyak yang dia belajar dari abang-abang cara untuk mengambil photo yang berkualiti. Sekali gus....cara untuk edit gambar dan video. Keperibadian abang-abangnya banyak membentuk Hafidz untuk jadi lebih dewasa dari rakan-rakan sebayanya. Memang berbaloi bersekolah di rumah jika dibandingkan dia bersekolah biasa. Banyak target-target kami sebagai pengajar sudah terlaksana dan kini Hafidz sudah diambang remaja yang memang banyak liku-liku kehidupan perlu dihadapinya. TAHNIAH KEPADA PELAJAR FCUHOMESCHOOLING Ucapan tahniah ini adalah dari pelajar FCUHOMESCHOOLING kepada diri sendiri. Ia kedengaran sangat pelik tapi itulah yang berlaku. Buat sekian kalinya kami, pelajar FCUHOMESCHOOLING telah berjaya menerbitkan sebuah filem sulung kami. Filem ini memaparkan aktiviti pelajar homeschool kami iaitu Afiqah, Afiq dan Alyssa. Ini adalah hasil kerja students FCUHOMESCHOOL semata-mata, tanpa campur tangan FCUPRODUCTION. Walaupun filem ini banyak cacat celanya tapi ianya sangat membanggakan bagi beginers seperti kami. Saya sebagai tenaga pengajar, dan juga sebagai pelajar FCUHOMESCHOOL. Untuk mengajar mereka saya sendiri banyak belajar berbagai ilmu. Pembelajaran di rumah memang tiada hujungnya. FILEM PERTAMA PELAJAR FCUHOMESCHOOL: Ini adalah sebahagian dari SIRI PENJELAJAHAN FCU KESELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA. Penceritaan kami belum sampai di bahagian Regendry Resort Gunung Jerai lagi. Insyaallah akan kami buat liputan ringkas dalam siri perjalanan yang akan datang. AFIQAH SEBAGAI GURU KECIL: Dalam usianya yang masih mentah, gadis kecil Afiqah The Genius telah menunjukkan minat yang mendalam sebagai pengajar. Dia sering mempertunjukkan nilai-nilai yang baik buat Afiq dan Alyssa. Memang menjadi sasaran kami dalam FCUHOMESCHOOL, pelajar yang lebih besar menjadi guru kepada yang lebih kecil. Begitulah juga Hafidz banyak belajar dari abang-abangnya tentang berbagai-bagai ilmu. Dan kini Afiqah pula berperanan sebagai guru kepada adik dan sepupunya. Afiq dan Alyssa pula tidak ketinggalan menyertai apa sahaja aktiviti yang dilakukan oleh Afiqah. MEMANG AFIQAH BERBAKAT UNTUK MENJADI PENGAJAR YANG CEMERLANG BUAT FCUHOMESCHOOLING. VIDEO INI MEMPERLIHATKAN BAKATNYA . Alyssa The Amazing girl. Memang dia seorang yang amazing. Pasti akan mengikuti kelas homeschool dan sentiasa mahu buat apa abang dan kakaknya buat. Kadang-kadang mereka terpaksa "lari" darinya kerana dia akan merampas apa yang kakak dan abangnya tengah baca. Bila tak dapat....pasti menangis. Kemahuan Alyssa cukup kuat..... AFIQ JUGA MEMPUNYAI BAKAT SEPERTI KAKAKNYA. VIDEO AFIQ MENGAJAR ALYSSA MELAKAR BULATAN. VIRGIN COCONUT OIL MEMANG BAIK UNTUK MENINGKAT KEPERKASAAN TUBUH BADAN KITA. ALYSSA MEMANG SANGAT MENGGEMARINYA. SAKSIKANLAH BAGAIMANA ALYSSA MINUM VIRGIN COCONUT OIL. Permainan LEGO adalah antara kegemaran mereka. Alyssa pun dah dapat cantum-cantum block lego dengan baik. Selalunya dia akan cuba runtuhkan apa yang kakak Afiqah dah bina dan cuba buat balik ikut versinya sendiri. AKTIVI MEMBUAT GAM SENDIRI: Menggunting kertas adalah aktiviti yang menyeronokkan bagi pelajar-pelajar ini. Alyssa juga cuba menggunakan gunting buat pertama kalinya. Terkial-kial dia cuba meniru abang dan kakaknya. VIDEO MENUNJUKKAN AFIQAH DAN AFIQ MEMBUAT GAM UNTUK PROJEK PAPER BOWL Terpaksa menunggu masa Alyssa tidur baru dapat buat paper bowl. Kehadhiran Alyssa memang akan menceriakan suasana kerana Alyssa akan rebut apa sahaja kakak dan abangnya pegang.P Peralatan yang digunakan dalam pembuatan paper bowl. VIDEO AFIQAH DAN AFIQ MEMBUAT PAPER BOWL AKTIVITI MEMBUAT KERABU PUCUK UBI Memperkenalkan sayuran kampung kepada Afiq dan Afiqah. Mereka tak gemar makan buah peria kerana pahit. Ajar mereka cara untuk mengurangkan rasa pahit dengan merendam buah peria ke dalam air garam. Oleh kerana mereka tak pernah tengok pokok ubi kayu, terpaksa surf dalam internet untuk dapatkan image ubi kayu. Insyaallah satu ketika nanti akan tanam ubi kayu untuk mereka memerhati pembesarannya dan juga menikmati ubi kayu yang enak itu. FCUHOMESCHOOLING menggunakan kaedah bersantai dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajarnya. Cooking class adalah antara cara yang berkesan unuk mengajar sains kepada mereka. Kali ini memberitahu mereka mengapa kebanyakkan daun berwarna hijau. Juga apakah tugas klorofil kepada daun. Mereka juga teruja untuk sama-sama memotong sayur-sayuran. Inilah hasil cooking class mereka hari ini....Kerabu pucuk ubi dan buah peria bersama ikan goreng. Nampaknya mereka tidak begitu menggemari rasa pahit kerabu ini. Namun begitu galakkan mereka rasa juga kerana lama kelamaan mereka akan suka juga. Biasanya apabila mereka besar sikit, mereka akan suka makan sayur-sayur. Kami panggil sotong besar ini sotong plastik kerana rupanya memang seakan-akan sotong mainan aje...Para pelajar belajar rupa fizikal sotong dari dekat. Puas mereka membelek-belek sotong ini dan tanya macam-macam soalan. Ajar mereka tentang pemakanan seekor sotong dan habitatnya di dalam lautan. Begitu juga dengan fungsi dakwat hitam yang akan mereka sembur bila terasa terancam. Selebihnya saya tunjuk info dalam internet berkenaan sotong. Wah...bukan main lagi kedua-dua chef cilik ini. Tugas mereka ialah memotong sotong ini untuk dibuat sambal tumis sotong. Memang sesuai sangat digandingkan dengan kerabu pucuk ubi dan buah peria. Selain dari belajar, para pelajar kami juga bebas untuk bermain. Bagi kami, mereka banyak belajar melalui permainan yang direka sendiri seperti main masak-masak. Mereka bebas menggunakan medium tanah untuk kepuasan permainan mereka. VIDEO AFIQAH DAN AFIQ BERMAIN PASIR YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. ♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥ |
Pidato perdana <b>di Pasir Gudang</b> - CJMY - Citizen Journalist Malaysia Posted: 26 May 2012 03:41 PM PDT Pakatan Rakyat Johor telah mengadakan satu sesi pidato perdana yang bertajuk "Merdeka Rakyat" di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, baru baru ini. Lebih kurang 1,000 orang telah menghadiri sesi pidato yang terdiri daripada orang tempatan. Antara penceramah yang berhujah pada malam itu termasuk, bekas ahli jawatankuasa tertinggi pusat PKR Chegu Bard, ahli parlimen Batu Tian Chua, ketua pembangkang Dewan Undangan negeri Johor Dr Boo Cheng Hau, ketua PKR Johor Chua Jui Meng dan ketua umum PKR Anwar Ibrahim. Pelbagai isu semasa telah dibangkitkan oleh para penceramah termasuk isu insiden keganasan polis semasa himpunan aman Bersih 3.0, isu jawatan mentri besar yang dipegang terlalu lama, harga air yang tinggi, pembinaan logi petrokimia gergasi di Pengerang, isu kerakyatan, penurunan harga minyak serta pembatalan PTPTN. Sesi pidato telah berlangsung secara teratur tanpa sebarang gangguan dan kekecohan. Kelihatan lebih kurang seramai 20 anggota polis berada di sekeliling kawasan untuk menjaga ketenteraman awam. Sesi pidato tamat pada jam 11 malam sepertimana yang diluluskan oleh pihak polis. Taman Kota Masai, Pasir Gudang |
You are subscribed to email updates from di pasir gudang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan