Selasa, 29 Mei 2012

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Himpunan Rampas 26 Mei 2012 <b>Di</b> Pekan Sungai Kapal, <b>Pengerang</b>

Posted: 23 May 2012 06:36 PM PDT

KENYATAAN MEDIA
HIMPUNAN RAMPAS 26 MEI 2012 DI PEKAN SUNGAI KAPAL, PENGERANG

Gabungan NGO Pengerang yang terdiri daripada NGO-NGO di Pengerang dan Johor telah bergabung tenaga untuk menganjurkan satu Himpunan Rampas pada 26 Mei 2012 Sabtu jam 2 petang di Pekan Sungai Kapal, Pengerang. Johor.

Tujuan utama Himpunan Rampas ini adalah untuk menuntut ketelusan dan jaminan daripada pihak kerajaan negeri Johor berkaitan hak-hak penduduk kampung yang terlibat dengan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia atau RAPID (Refinery And Petrochemical Integrated Development). Semenjak projek ini diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2011 sehingga hari ini, tiada sebarang ketelusan dan jaminan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada penduduk kampung yang terlibat berkaitan hak-hak mereka.

Banyak usaha yang telah dilakukan oleh penduduk kampung melalui NGO masing-masing bagi meluahkan pendapat dan pandangan mereka. Antaranya ialah menghantar memorandum kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Menteri Besar Johor, Perdana Menteri dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Selain itu, referendum kepada siding Perlimen juga telah dilakukan. Namun, suara rakyat masih tidak diberi perhatian oleh pihak kerajaan negeri. Bagi pihak kerajaan negeri dan pusat mereka lebih berminat dalam menyentuh isu pembangunan dan keuntungan ekonomi negara berbanding nasib dan masa depan penduduk kampung yang masih tiada kepastian.

Justeru, pihak Gabungan NGO Pengerang telah bersetuju memilih Pekan Sungai Kapal sebagai tapak himpunan kerana merupakan salah sebuah kampung yang terlibat dengan pengambil alihan tanah bagi tujuan projek RAPID dan memiliki bilangan penduduk yang paling ramai berbanding dua buah kampung yang lain iaitu kampung Teluk Empang dan Kampung Langkah Baik bagi pengambilan fasa pertama.

Terdapat lapan tuntutan Rampas dalam menuntut ketelusan dan jaminan hak-hak penduduk kepada kerajaan negeri:

1.    Rampas Tanah
2.    Rampas Alam Sekitar
3.    Rampas Budaya
4.    Rampas Tanah Kubur
5.    Rampas Rumah
6.    Rampas Wang Pampasan
7.    Rampas Punca Ekonomi
8.    Rampas Hukum Faraid

Gabungan NGO Pengerang yang dipengerusikan oleh Saudari Anis Afida binti Mohd Azli yang juga merupakan Pengerusi Pengerang Prihatin bersama rakan-rakan yang lain akan meneruskan matlamat dan komited dalam memperjuangkan ketelusan dan jaminan hak penduduk kampung sehingga nasib mereka terbela. Selain itu, pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi memastikan isu tempatan ini difahami dan diketahui oleh rakyat Malaysia.

Oleh itu, Gabungan NGO Pengerang membuka seluas-luasnya ruang untuk rakyat di luar Pengerang terutamanya di seluruh Negeri Johor dan Malaysia untuk hadir memberikan sokongan dan dorongan kepada penduduk kampung di Pengerang ini dalam memperjuangkan hak mereka selaku warganegara Malaysia.


Yang benar,

(ANIS AFIDA BINTI MOHD AZLI)
PENGERUSI GABUNGAN NGO PENGERANG
013-7549335
anisafidapenawar@gmail.com
23 MEI 2012


** Iklan Text Produk dan Blog Anda Disini **

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads