01 di permas jaya - Google Blog Search |
Mencari Cahaya Pelita: Parlimen <b>Parit Sulong</b> : Andaian Hampir Tepat Posted: 06 May 2012 05:38 PM PDT Salam dan salam sejahtera. Saya sekadar memerhati penulisan-penulisan di dalam blog seangkatan yang lebih menumpukan kepada isu BERSIH 3.0, skandal Azmin Ali dan pelbagai lagi. Di sini saya tidak mahu memberi tumpuan kepada isu nasional, cukuplah sekadar memberi tumpuan kepada isu tempatan. Daerah Batu Pahat, Johor. Ya, Batu Pahat. Salah sebuah daerah yang terkenal dan pesat membangun di Negeri Johor. Terdapat juga pembaca yang berasa kurang senang dengan penulisan tersebut (baca ruangan komen). Sememangnya diakui bahawa kebenaran itu adalah sesuatu yang pahit untuk diterima. Saya bersyukur kerana dua penulisan di atas telah menyebabkan beberapa pihak khususnya orang-orang UMNO membuka mata (seketika). Blog ini turut disebut-sebut di dalam Perhimpunan Agung UMNO oleh pihak-pihak yang tidak senang apabila namanya dinyatakan secara jelas (bukan semasa persidangan tetapi majlis makan malam rasanya). Baru-baru ini saya berada di Batu Pahat dan beberapa orang (orang politik, duduk sembang di meja kopi) bertanya kepada saya mengenai persepsi saya sebagai 'orang luar'. Soalan yang diajukan begitu mudah, iaitu mengenai calon-calon Barisan Nasional di dalam daerah Batu Pahat. Saya sekadar tersenyum kerana saya sudah mengulas panjang lebar di dalam blog ini tahun lepas. Saya cuba untuk menjawab dengan jawapan yang terlalu umum iaitu "Semuanya ok dan rasanya penyandang sedia ada iaitu Parlimen Ayer Hitam, Sri Gading dan Batu Pahat akan terus kekal, kecuali Parit Sulong". Ya, kecuali Parlimen Parit Sulong. Sebenarnya ini adalah jawapan spontan yang terkeluar daripada mulut saya. Mungkin ini disebabkan penulisan-penulisan sebelum ini telah mempengaruhi jawapan saya itu. Pihak yang bertanya itu agak terkejut kerana mereka adalah orang di dalam UMNO Bahagian Parit Sulong itu sendiri dan juga merupakan 'orang kuat' di dalam kawasan Parlimen Parit Sulong. Justifikasi yang saya berikan begitu mudah. Secara logik akal juga boleh difikirkan jika mahu difikirkan. Saya yakin banyak pembaca khususnya orang di kawasan Parlimen Parit Sulong tahu mengenai perkara ini. Untuk makluman para pembaca, saya hanya sekadar budak hingusan yang tiba-tiba diajukan soalan sedemikian dan sebagai budak hingusan rasanya saya perlu menjawab dengan jujur. Saya yakin orang-orang di dalam kawasan Parlimen Parit Sulong tahu mengenai perkara ini. Tahu bahawa mereka akan mendapat Ahli Parlimen yang baru. Bukanlah saya hendak mengatakan bahawa Y.B. Dato' Noraini Ahmad tidak bagus tetapi seseorang pemimpin itu perlu selalu (jika tidak selalu maka perlulah kerap) mendampingi rakyat di kawasan Parlimen mereka. Semasa saya duduk bersama beberapa orang kuat UMNO Bahagian Parit Sulong, mereka spontan menggelengkan kepala apabila disebut nama Ahli Parlimen Parit Sulong. "Aku tak pernah nampak suami dia..anak dia pun aku tak pernah tengok..", ini yang terpacul daripada mulut mereka. Spontan saya menjawab, "Kalau orang dalam Bahagian pun tak pernah nampak apatah lagi saya orang luar..". (Berdasarkan perbualan). Seperkara yang perlu diketahui bahawa jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguatkuasakan/mewajibkan supaya pemeriksaan kesihatan dilakukan kepada setiap calon yang ingin bertanding di dalam pilihan raya, saya yakin Parlimen Parit Sulong dan DUN Sri Medan akan mendapat wakil rakyat baru. (Foto : Utusan Malaysia 25/3/2009) Banyak pihak sudah mengetahui keadaan kesihatan Ahli Parlimen kawasan tersebut. Makluman yang baru diterima daripada salah seorang yang hadir ke program yang sepatutnya dihadiri oleh Ahli Parlimen Parit Sulong ialah "Ahli Parlimen kita tak dapat datang, katanya demam sampai masuk wad..demam kok sampai masuk wad..(dengan nada jawanya).." Kebenaran itu sememangnya pahit untuk diterima. Saya akui blog ini turut menjadi sumber beberapa pihak yang membuat laporan prestasi perkhidmatan setiap wakil rakyat. Saya tidak perlu nyatakan jawatan-jawatan yang mereka miliki. Saya menulis di sini berdasarkan sumber yang diterima daripada dalam (akar umbi). Dalam politik sememangnya sukar mencari sahabat. Selagi seseorang itu memiliki kuasa maka tiada sesiapa pun berani mengatakan "Kalau dah tak larat tu tak payahlah nak bertanding lagi..". Ramai yang akan berkata sedemikian di belakang. Saya mendoakan Y.B. Dato' Noraini Ahmad kembali sihat seperti sediakala. Selepas ini blog ini akan memasuki fasa seterusnya bagi mengupas calon-calon Barisan Nasional di dalam daerah Batu Pahat. |
You are subscribed to email updates from di parit sulong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan