ads

Jumaat, 11 Mei 2012

01 di plentong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di plentong - Google Blog Search


indah.com: Ketua Wanita MIC dakwa kena culik, diserang kerana <b>...</b>

Posted: 10 May 2012 04:30 PM PDT

Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes Ketua Wanita MIC Bahagian Pasir Gudang, K.Sundari, yang mendakwa dirinya diculik dan diserang kerana enggan melepaskan jawatan dalam parti itu.

"Ini kesalahan yang serius dan kita akan siasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik," kata Ketua Polis Johor, DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata pihaknya akan menyiasat kes dari semua sudut.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan baru-baru ini bahawa Sundari telah diculik seorang wanita ketika bersembahyang di sebuah kuil di Plentong pada 10.30 malam 5 Mei lalu dan dibawa ke suatu tempat terpencil sebelum dikatakan ditampar, ditendang dan diugut.

Mangsa kemudiannya dikatakan ditinggalkan di sebuah tanah perkuburan Islam di kawasan Cahaya Baru di Masai di sini.

Sundari mendakwa penculik berkenaan yang disertai dua lagi wanita dan seorang lelaki memaksanya menurunkan tandatangan dan nombor kad pengenalan di atas tiga keping kertas bersaiz A4 selain mengambil wang tunai RM170 daripadanya.

Sumber: Bernama.com
Dipetik: Sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved