Sabtu, 26 Mei 2012

01 di plentong - Google Blog Search

01 di plentong - Google Blog Search


PM tunai janji | Informasi Dot My

Posted: 25 May 2012 10:30 PM PDT

PASIR GUDANG – Gembira dan teruja kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan janji untuk menaik taraf jambatan besi sementara kepada membina jambatan konkrit baru sempena lawatan ke Kampung Baru Plentong, di sini, dua tahun lalu, penduduk bercadang menamakan jambatan itu sebagai Jambatan 1Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Jaya, Tan Cher Puk berkata, keadaan jambatan besi sementara yang mengalami mendapan sejak tiga tahun lepas menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk kerana ia menjadi laluan utama ke kampung berkenaan.

Menurutnya, lawatan Najib sekitar Mei 2010 membawa sinar kegembiraan kepada penduduk kerana bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk membina jambatan konkrit baru.

"Saya bagi pihak penduduk ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah memberikan hadiah paling bermakna kepada penduduk di kawasan ini.

"Projek yang akan bermula hari ini (kelmarin) dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh satu setengah tahun dan bakal diberi nama Jambatan 1Malaysia," katanya kepada pemberita, di sini, kelmarin.

Cher Puk berkata, Najib memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM500,000 selepas pelan asal jambatan seluas 40 meter panjang dan 12.5 meter lebar tidak dipersetujui penduduk kerana mempunyai tiang di tengah jambatan.

Menurutnya, ini berikutan kawasan itu kerap dilanda banjir setiap kali hujan lebat, malah pernah menenggelamkan kampung itu ketika pada 2007.

"Kita yakin jambatan yang dijangka siap tahun depan tidak akan menyebabkan berlakunya lagi banjir dan bakal memudahkan laluan kepada penduduk dan orang ramai.

"Sementara jambatan dalam pembinaan, orang ramai yang ingin ke kampung ini boleh menggunakan dua jalan alternatif iaitu daripada Taman Ria Plentong dan Taman Seri Plentong," katanya.

Cher Puk (kiri) bersama penduduk kampung melawat tapak projek jambatan konkrit baru.

GD Star Rating
loading...

Number of View :19

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads