Isnin, 7 Mei 2012

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


Cool Story Bro: Cuti Semester <b>di Segamat</b> dan Melaka

Posted: 16 Apr 2012 07:06 AM PDT

Seperti kebiasaannya, setiap kali cuti sem mesti kena ada aktiviti2 melarikan daripada rumah dan melepak dengan membe tapi kiteorang versi yang tak main publisiti sampai nak panggil surat khabar bagai sebab anak lari daripada rumah. Bak kata Kaka dan Zizan, bila kita pergi, siapa ambil tahu, siapa ambil peduli? Maka pulang ke ganggang JAD sedikit awal sebab nak bercuti bersama di Segamat dan Melaka.
30 Mac 2012: Bertolak kami dari Shah Alam terus ke kawasan orang hutan Sameon di Segamat. Sebab kakaknya mahu bertunang, maka kiteorang sebagai agensi perkahwinan yang memang selalu ambil port dalam kenduri2 ni memey perlulah menyibukkan diri. Kepada kakak Sameon, semoga berkekalan ke jinjang ranjang. Adoyai je pun ter ber bhaha. ( pengaruh Lawak Ke Der bhai )
Sampai sahaja kami berehat di rumah Sameon yang ada kolam ikan untuk kucing2 dia mandi. Malamnya, seperti biasalah, Karaoke punya. Maklumlah, masing2 nak dengar suara aku yang lunak selain aku nak melatih bakal penyanyi kita yang baru nak berkecimpung dalam bidang populariti nyanyian.bhaha. Good Luck ye Mr Forehead sekalian.bhaha. Malam tu kami menginap di Hotel Sejahtera di Segamat yang telah di-sponsered oleh sameon dan keluarga. Terima kasih untuk penginapan dan layanan yang suam dan baik.
31 Mac 2012: Kalau ikut gaya Amy memang berharap nak bantu dan bergotong royong tolong apa yang patut, tapi masing2 bangun masa matahari dah mencanak terpacak tegang, memey dok lah.bhaha. Tengahari begitu, kami gerak ke majlis dan makan tengahari. Dalam pukul 3-4 petang, Alhamdulillah majlis berjaya disempurnakan. Maka memekaklah sekalian manusia yang berat badannya tinggi tapi ringan mulutnya rendah. Ayat mantapkan? Maaf dan terima kasih kepada keluarga Sameon Pak Mael untuk makanan2 dan keriuhan teramat bangat ya kang je pun ter ber.bhaha
Selesai melantak semua makanan2 istimewa dan kek2 sekalian, aku, Apek dan Mya terus ke KLIA untuk angkut Maya yang bertan2 beratnya untuk meraikan juga cuti sem yang baru saja diperoleh. Meon, Nina dan Dilin pula terus ke Melaka sedikit lambat. Adik pentunang kan, kena tolong kakak pentunang.bhaha.
Malam yang berangin dan terang, kami melepak di kawasan Bandar Melaka yang berdekatan dengan Jonker Street.Angin sepoi2 bahasa Melayu saja di sini. Well, yeah seperti yang dirancang, sambutan ulang tahun Sameon dan Maya.
Ikut tarikh sebenar hari jadi dieorang memang tak ada yang tepat pun dengan sambutan tapi dah alang2 berkumpul beramai2 maka berfunction lah sebentar. Maya 23 Disember yang berlalu dan Sameon 23 April yang mendatang sebab mereka ni tak selalu melepak di Shah Alam. Rumah masing2 nak jauh2, penat aku kalau nak merantau satu Malaysia.bhaha.
Keesokkan paginya, kami pun dengan rasa rendah hatinya terasa nak hitamkan kulit. Macam aku mungkin akan jadi kekuningan sedikit tapi bagi yang telah gelap mungkin akan nampak lebih bersinar begitu.bhaha. Maka pokoknya kami ya kang mandi manda di Melaka Wonderland. Apakah? Tempat baru yang aku memang tak suggestkan korang pergi. Sangat bosan dan terlalu keanak2an. Bagi yang gemar lasak dan cabaran, baiklah pergi A' Famosa saja.

Penat lelah dan peluh dah buang kat taman tema air ni, kami pun bergerak ke Dataran Pahlawan Melaka untuk bermain roller blade. Walaupun ini sesuatu perkara yang sangat memalukan tapi terpaksa aku cakap yang aku baru 1st time main benda ni secara official dan lamanya. Aku rasa macam bayi yang baru nak belajar jalan pun ada. Jatuh bangun aku tak mudah putus asa walaupun sakit. Sakit tu yang memberi kita pengalaman untuk berjaya. In a nutshell, memang best.

Tamat saja menyakitkan badan masing2, pekena sikit Asam Pedas Melaka. Memang terbaek wok. Maka masing2 pulang ke Shah Alam sebab keesokkan paginya sudah bermula Semester baru untuk Tahun baru. Setahun saja lagi untuk aku tempuhi sebelum aku melanjutkan pelajaran ke Jepun. InsyaAllah.
Akhir kata, salam hormat dan selamat bercambah :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads