Isnin, 14 Mei 2012

01 di senai - Google Blog Search

01 di senai - Google Blog Search


^_ ^ MISSINA ^_ ^: Kursus <b>di</b> Le Grandeur Hotel and Resort <b>Senai</b>

Posted: 14 May 2012 07:47 AM PDT

Kursus aku kali ni berlangsung selama 2 hari, kami bertolak jam 7.30 pagi sabtu lepas dan sampai sana sekitar jam 11 pagi.Jadual sangat padat,sebaik saja kami sampai di Hotel Le Grandeur Senai,terus minum pagi dan mendaftar kehadiran.Selepas tu terus masuk kelas untuk mendengar lecture.


Beg ditinggalkan dekat kaunter pendaftaran.Bila dah selesai kelas semua,jam 5pm barulah dapat check in bilik .Rehat-rehat dan buat aktiviti bebas.Apa yang boleh dilakukan lagi melainkan seterika baju untuk dinner malam tu dan untuk keesokannya.


Dan seperti kebiasaan acara wajib mestilah ambil sedikit gambar untuk dijadikan kenangan.Jom layan gambar jelah.Baru senang nak cerita.


 apa kes ambil gambar ni?bayangkan jelah ada seorang speaker di situ tengah beri ceramah ok..;)


 Bilik yang disediakan oleh penganjur,dua katil single,.puas juga nak kuak lentang ni.


 bangunan 4 tingkat,tapi mungkin ada bangunan lain berhampiran,tak sempat nak jelajah habis.Gambar di ambil dari balkoni bilik aku.


 Perabutnya bercirikan antik ataupun tema kampung gitu.Yelah nama pun resort kan.


 pemandangan kolam renang,tengah usha mat saleh tengah sedap berendam,,hahaha


 pink colour,dekorasi meja dan ballroom,,i likeee


 Malam tu ada special dinner ,ada BBQ dan kek ni yang paling aku suka,sangat-sangat kiut dengan ''cap'' jururawat di atas tu,teringin nak makan apa rasanya,tapi tak dapat pula bahagian tu. 
 Lepas semua dah kekenyangan tersandar malas,ada pula acara nak bakar kalori balik,,huhu,,tapi aku malas nak join sekadar menjadi pemerhati dan tukang sorak.Salah satu acaranya limbo rock,fuh dasat betul budak ni,walaupun tinggi melayut tapi badan lentik.Ko makan getah ke dik? ;P ,,lentur je badan.


 Lepas dinner dan acara dah habis,kami semua beredar ke bilik masing-masing.Tapi aku ajak member aku ronda-ronda kawasan sebentar untuk posing,dan ambil angin malam.Rilek la malam kan masih muda,,;P.Tupun sekejap je sebab tak banyak tempat yang menarik..huhu Dekorasinya boleh tahan,agak cantik.Aku tak pasti pula hotel ni berapa bintang.Tapi tengok kat luar tak nampak pun bintangnya,,,;P ** lawak tak kelakar pun


 posing lagi,sebelah kiri pintu masuk.Ruang yang agak luas untuk main kejar-kejar.


Dua hari kami berkursus tu sekadar berlegar-legar diruang ini,makan-makan pastu masuk kelas.Belajar dan buat workshop,dan lagi best berjumpa dengan teman baru dan berkongsi-kongsi cerita.Memang best sangat.


Hari Ahad nya kelas sampai separuh hari je,then pukul 3 pm kami pun berangkat pulang ke destinasi masing-masing.Selamat tinggal Senai...


sekian


p/s bila pula next kursus,kalau boleh pergi tempat yang aku tak pernah pergi lagi.Baru lah jauh perjalanan luas pemandangan..i likeee ,, ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads