Ahad, 13 Mei 2012

01 di tangkak - Google Blog Search

01 di tangkak - Google Blog Search


aKu yAng aKut: Pusat Kain Nasional a.k.a Pekan <b>Tangkak</b>, Johor.

Posted: 06 May 2012 08:19 PM PDT

.

Hujung minggu di Pusat Kain Nasional a.k.a Pekan Tangkak, Johor.

Keadaan taklah sepusu-pusu bulan puasa dan tak pula nampak banyak lampu lip-lap dan bintang-bintang berjurai melintangi jalan raya. Walau pun begitu, jalan raya utama yang membelah Pekan tersebut tetap dipenuhi oleh kenderaaan pelbagai jenis. Ironinya, setelah kain dibeli oleh ibunda dan isterinda, kedai jahit dah pun tak sanggup menerima tempahan baju melayu!

Aku bukan kisah tentang risiko aku tak berbaju Melayu di pagi raya sebab aku lebih suka berbaju -T tetapi aku terfikirkan betapa ramai orang telah mendahului aku dalam bab-bab tempahan baju raya. Dahsyat betul sekarang ini.

Aku pasti ramai lelaki yang akan bersembahyang dengan baju Melayu dipagi raya, dan memang dituntut untuk berpakaian cantik yang ada (tak mestinya baru?) tapi tak lah sampai bergolok-gadai. Sedangkan aku berbaju Melayu lebih kepada sessi fotografi di pagi raya kerana aku lebih selesa berbaju T dan berkain pelikat. Sama ada aku ini lelaki urban atau lelaki kolot, aku tak kesah janji aku selesa. Kalau dah ada, aku pakai juga tapi sebaik habis, aku tukar cepat-cepat... aku rimas.

Foto di atas aku ambil di Pekan Tangkak. Lebih 30 minit aku mencari subjek yang sesuai sehinggalah aku terjumpa 'vintage' itu membelah jalan raya utama. Cepat-cepat aku snap satu foto kerana peluang sebegitu bukan boleh diulang-ulang. Hanya sekali sahaja dan kebetulan ianya menjadi.

Hanya sekali sahaja? Tidak juga. Mungkin nasib aku baik hari itu, aku terjumpa semula kereta tersebut meluru dari arah lain pula dan aku snap lagi. Payah untuk mendapat peluang kedua.

(nota: jangan mengada nak cuba tuduh aku berpakat dengan pemandu kereta tersebut dan suruh dia pusing-pusing Pekan Tangkak sampai 10 kali)

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads