ads

Jumaat, 11 Mei 2012

di negeri johor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri johor - Google Blog Search


NASIB TENAGA PENGAJAR SEK. AGAMA ISLAM <b>NEGERI JOHOR</b>

Posted: 05 May 2012 12:00 AM PDT

PAS Johor Khasnya dan PAS pusat amnya terkunci mulut dengan usaha berterusan dan Istiqamah seorang wakil Rakyat dari UMNO untuk memperkasakan Institusi pendidikan Agama Islam di Negeri Johor. Bukti yang menunjukkan perjuangan Islam UMNO lebih baik dari PAS, UMNO berusaha berterusan untuk memperbaiki Syariat demi untuk Syiar Islam berbeza dengan PAS yang hanya melaungkan Syiar Islam tanpa usaha-usaha untuk memertabatkan syariat Islam terlebih dahulu.

Datuk Zainal Abidin Othman (Adun Endau) yang juga Exco Agama Islam Negeri Johor dalam komennya berkenaan 426 orang guru agama negeri Johor yang di serap ke gred GDA 29 yang di siarkan akhbar Berita Harian , memberitahu bahawa kerajaan BN sebenarnya tidak pernah meminggirkan tenaga pengajar atau guru-guru Agama Islam kerajaan Johor malah sentiasa menjaga kebajikan mereka. Antara yg dilaksanakan: 1) menghantar 1,500 guru yg memenuhi kelayakkan ke Instutut Perguruan samada milik KPM/UTM untuk mendapatkan Diploma Pendidikan. Dengan demikian, mereka layak mendapat gaji ikut tahap Diploma. 2) Kerajaan telah bersetuju melaksanakan sistem kenaikkan pangkat menggunakan konsep 'time-based'. Justeru, setelah berkhidmat 10 tahun berpeluang naik pangkat. 3) Guru2 yg mengajar di pendalaman/pulau menerima elaun tambahan sehingga RM1,000. Inilah Kerajaan Kebajikan yg baik yang menjaga kebajikan guru yg mencurahkan bakti kepada anak bangsa.

Menurut beliau lagi, bukan sahaja guru-guru sekolah agama kerajaan Johor, guru-guru dan sekolah SAR juga dibantu samada melalui Majlis Agama Islam Johor atau Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Kita sedang berusaha, sekiranya dapat izin untuk mendaftar sekolah rakyat dengan KPM melalui Sekolah Agama Bantuan Kerajaan(SABK). Sekiranya berjaya, ini satu lagi pembelaan kepada SAR dimana mereka iaitu sekolah, guru dan murid akan memperolehi segala kemudahan yg di nikmati oleh sekolah dibawah KPM.

Masalah sekolah Agama negeri Johor ini pernah di keluarkan dalam blog ini Memperkasa Sek.Agama Negeri Johor

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved