Rabu, 6 Jun 2012

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


S.C.R.A.T.C.H: Nenek Zaharah <b>di Johor Bahru</b>

Posted: 01 Jun 2012 10:43 PM PDT

Beberapa hari selepas itu, SCRATCH-er kami di Johor, Cik Zetty Abdillah telah ke Taman Universiti, Skudai, Johor bersama Sabariah untuk melawat Nek Zaharah.

Nek Zaharah sudah berumur 75 tahun, kematian suami sejak tahun lalu dan kini tinggal sendirian bersama 10 ekor kucingnya. Nek Zaharah tidak mempunyai anak. Namun sekali-sekala, anak tiri beliau akan datang membantu dan menjengah keadaan Nek Zaharah.
Rutin harian Nek Zaharah setiap hari ialah menaiki bas ke pasar Taman U untuk memberi makan kucing-kucing yang dibuang di sana. Ada anak-anak kucing yang dibawanya pulang kerana kasihan, meskipun berbekalkan beg plastik/kotak dengan menaiki bas.
Gambar-gambar ini merupakan antara kucing-kucing yang mendiami rumah Nek Zaharah.
Kucing yang diberi nama Ben-10. Dikutip dari dalam longkang dengan mata yang penuh berlumpur. Sekarang dah handsome :D
Yang di atas ni Mok namanya. Ditemui oleh Nek Zaharah dalam keadaan kakinya terkulai dan membusuk. Kerana tiada wang, Nek Zaharah hanya mencurahkan minyak gamat pada kaki yang membusuk. Keesokannya, kaki yang terkulai tertanggal sendiri. 
Mok sudah dimandulkan oleh Nek Zaharah.
Ada beberapa ekor yang masih belum dimandulkan. Setelah berbincang dengan Dr Marlia dari Klinik Haiwan Tiram yang pernah menjalankan program Cat Speutering Day dengan SCRATCH, 4 ekor kucing Nek Zaharah di hantar ke sana untuk dimandulkan menggunakan Dana SCRATCH.
Terima kasih kepada SCRATCH-ers kami di JB, Cik Zetty dan Afiq Luqman yang sudi meminjamkan carriers dan menguruskan penghantaran pergi balik kucing-kucing ini dari rumah Nek Zaharah ke Klinik Haiwan Tiram. Terima kasih sekali lagi kepada Cik Zetty yang membiayai kos boarding kucing-kucing betina milik Nek Zaharah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads