Jumaat, 1 Jun 2012

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


PAS SEMBRONG BANGKIT: Serangan Gajah Liar <b>Di Kahang</b>

Posted: 17 Apr 2012 03:54 AM PDT

Kawanan Gajah Liar NgamukSemalam dapat telefon dari seorang pekebun sawit keturunan cina bernama Eric menyatakan beliau buntu apabila kebun sawitnya diserang gajah liar.

Pusat Aduan Rakyat Zon Kahang terus datang ke Pejabat Jabatan Perhilitan Daerah Kluang dan menyatakan masalah tersebut supaya pihak jabatan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam isu ini.

Pihak jabatan meminta nama penuh pengadu, no telefon dan lokasi kejadian dan kakitangan jabatan akan membuat pemeriksaan sendiri secepat mungkin. Terima kasih .

Sekiranya perkara ini dibiarkan tanpa tindakan, kita bimbang dan khuwatir keselamatan penduduk akan terancam dan harta benda seperti taman-tanaman akan musnah.

Ia juga akan menakutkan penduduk dari keluar bekerja mencari rezeki dan lebih mudarat lagi sampai boleh membahayakan nyawa penduduk.

Kemungkinan habitat 'Orang Kuat' atau gajah ini terancam akibat pembalakan dan penerokaan hutan simpan dan apabila sukar untuk kawanan gajah ini mencari makanan maka tak mustahil kampung penduduk yang berhampiran akan menjadi mangsa amukan gajah.

Untuk memudahkan kepada sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan boleh hubungi Jabatan Perhilitan Kluang

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara  
Ketua PERHILITAN Daerah
Pejabat Jabatan PERHILITAN Kluang, 

Jalan Sek. Men. Chong Hua,
86000 Kluang, Johor
Pejabat : 07-7723989
Faks : 07- 7710845

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads