Ahad, 10 Jun 2012

01 di labis - Google Blog Search

01 di labis - Google Blog Search


China Press: Lim Kit Siang bertanding <b>di Labis</b>? | GENERASI MAYA <b>...</b>

Posted: 04 Jun 2012 09:30 PM PDT

China Press
Perkara: Lim Kit Siang bertanding di Labis?
Ruangan: Kedai Kopi Orang Ramai m/s C17
Tarikh: 1 Jun 2012 (Jumaat)

Tajuk: Andai Kata Lim Kit Siang Bertanding Di Labis
Penulis: Chen Kim Hoe

Khabar angin Lim Kit Siang akan turun ke Selatan bertanding di Labis, berdepan dengan Chua Tee Yong satu lawan satu, apabila terdengar berita ini kita agak ghairah, pertandingan ini seperti seekor singa melawan dan menerkam arnab, kenyataan ini ramai yang tertunggu-tunggu.

Ada sesetengah orang kata pertandingan itu tidak adil, nama Lim Kit Siang begitu agung kenapa mahu menentang budak kecil yang mentah itu? Kalau begitu saya akan beritahu anda semua, ini adalah politik bukan satu permainan, politik itu tidak pernah adil! Adakah adil apabila Chua Tee Yong menjadi timbalan menteri? Sudah tentu tidak adil! Apa pula kebolehan budak mentah ini? Disebabkan kerana bapanya yang berada kuasa di atas, sebab itu Chua Tee Yong layak menyandang jawatan itu serta bergaya hebat dan gagah apabila berjalan!

Selain dari itu, Lim Kit Siang bukan berdepan dengan budak muda yang tidak berpengalaman dalam pertandingan sebelum ini, jika anda anggap lawan Lim Kit Siang itu ialah Chua Tee Yong anda telah membuat silap besar, Lim Kit Siang akan bertanding secara bermati-matian lawannya ialah Chua Soi Lek. Jika kita fikir secara halus, jika otak kita lebih cergas pasti kita akan nampak dengan jelas!

Sebab itu Lim Kit Siang bertanding di Labis, kunci yang paling utama ialah Pakatan Rakyat sudah menyerang Selatan negara ini, jika kalah ia tidak membawa apa-apa; sebaliknya jika menang, bermakna MCA seperti kehilangan keseluruhannya. Kerana pertandingan ini membawa banyak makna, jika saya sebagai Chua Tee Yong saya tidak akan rasa tenang, dan tidak akan rasa selesa melihatnya seperti tiada berlaku apa-apa, kenapa begitu?  Kerana saya tidak mampu kalah walaupun sedikit!

Sebaliknya agak berbeza pada Lim Kit Siang, tidak kira sama ada Lim Kit Siang kalah ataupun menang, beliau telah menaikkan semangat Pakatan Rakyat, menunjukkan satu perwatakan bahawa beliau seorang ahli politik agung dan tidak takut dalam mana-mana pertandingan, dan tidak takut berdepan dengan serangan-serangan bertubi-tubi peluru hidup, Lim Kit Siang tetap akan maju ke hadapan. Sudahkah anda faham falsafah ahli politik yang berpegang kepada sebagai seorang pahlawan berani mati? Saya tetap tidak rasa khuatir terhadap Lim Kit Siang.

Kenapa Takut Mengalirnya Darah?

Orang-orang yang berpolitik perlu ada keberanian yang hebat, pada zaman Dinasti Qin dah Han, dalam satu peperangan untuk membantu rakan negeri, semua negeri-negeri tidak berani berdepan dengan tentera Qin, hulu balang bernama Song yi dari tentera Cho secara lantang berkata sesiapa yang berani menentang akan dipancung! Apabila Xiang Yi bunuh Song Yi, Siang Yi bawa bala tentera berperang dengan tentera Qin, akhirnya Xiang Yi menang besar!

Satu lagi kisah Presiden Ronald Reagan Amerika, seorang yang bijak mempertahankan diri, walaupun beliau selalu pandai bercakap bohong, contohnya seperti zaman peperangan dunia ke-2, dimana pihak media menyiarkan bahawa beliau pernah berkhidmat dalam ketenteraan di luar negara pada zaman peperangan dunia ke-2, sebenarnya beliau menyorok di bumi Amerika tidak keluar negara, setiap malam tidur dengan lenyak memeluk isterinya. Tetapi tidak ada halangan bagi orang-orang Amerika untuk menghormati dia. Pada satu hari beliau cedera ditembak oleh seorang lelaki yang kurang siuman, isterinya bergegas ke Hospital, Presiden Ronald Reagan tersenyum berkata: my darling, saya terlupa nak menyorok!

Berpolitik sehingga terjerumus seperti ini, ini dinamakan keberanian sejati, apa yang nak ditakutkan darah yang mengalir keluar itu? Berikan senyuman melangkahlah ke hadapan. Walaupn MCA akan tumbang, pasti ia tamparan yang hebat, beranikah Chua Soi Lek berbuat demikian?

Short URL: http://www.mykmujohor.net/v2/?p=1734

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads