Isnin, 11 Jun 2012

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


MUAR KINI: Nasi ayam best <b>di Muar</b>

Posted: 22 May 2012 12:23 AM PDT

Pada pendapat aku nasi ayam yang best di Muar ialah di Taman Selera.

Nama kedainya Bakar Nasi Ayam. Bakar tu nama empunya kedai tu. Ayamnya tak kering dan keras. Nasinya peroi dan sedap.

Kedai ni bukak siang je.

Tapi yang tak bestnya ada sorang pelayan perempuan kedai tu yang gemuk gedempol, muda lagi, muka macam cuka kalau amik order, tak penah nak senyum walaupun aku da berkali-kali pegi kedai tu. Kalau pelayan lain yang datang, aku pun alhamdulillah le. Tapi kalau perempuan tu yang datang, terus stress aku. Hehehe...

Mungkin dia anak tokey kedai tu kot sebab tu dia tak kisah nak senyum ke tak. Tapi aku pelanggan, bayar duit nak makan, bukan makan free. Abis kalau takde pelanggan yang datang makan, camne ko tu nak dapat gaji walaupun ko anak tokey. Nasib baik ada pelayan lain, kalau dia sorang je yang layan, aku ingat kurang la orang yang nak datang.

Kekadang aku antar adik aku pegi bungkus sebab ikut mood aku gak nak tengok muka perempuan tu ke tak. Tapi kekadang bila teringatkan nasi dia tu sampai meleleh, aku pegi gak la.

Dulu ada satu lagi warung yang jual nasi ayam sedap. Warung tu dibukak di Rukun Tetangga kat Jln Meriam. Aikk..camne la tempat rukun tetangga leh dijadikan warung? Tapi tempat tu da takde da. Nama owner dia Bob. Warung daa ditutup, rukun tetangga tu pun da takde, tuan warung pun dah berhijrah ke bandar besar.

Kat Restoran Man Catering, Jalan Junid punya pulak, dulu sedap, tapi sejak tukar chef, terus nasi ayamnya standard sama dengan categori yang tak sedap. Tuan punya kedai tu namanya Man la kot. Nama sebenarnya aku tak tau.

Lagi satu tempat nak cari nasi ayam ni ialah di Stesen Bas Pagoh. Sebenarnya patut dinamakan Stesen Bas Jalan Bentayan tapi aku ingat dinamakan Stesen Bas Pagoh sebab bas-bas kat situ semua dulu pegi Pagoh. Nak ikutkan tak logik dipanggil Stesen Bas Pagoh sebab lokasinya bukan di Pagoh pun. Semua bas ekspres berhenti kat situ. Da merapu lak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads