Ahad, 17 Jun 2012

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Perkembangan Mengenai Dialog Diantara Gabungan NGO <b>...</b>

Posted: 08 Jun 2012 03:40 AM PDT

1. Pada 8hb Jun 2012, satu dialog telah dianjurkan oleh Ahli parlimen Pengerang YB Datuk Seri Azalina Othman Said bersama-sama dengan NGO-NGO di Pengerang. Perjumpaan tersebut telah diadakan di Padang Bola Keranjang di SJKC Yok Poon, Sungai Rengit.2. Kami daripada Gabungan NGO Pengerang juga turut dijemput bagi sesi dialog ini. Gabungan NGO Pengerang ini terdiri daripada Pengerang Prihatin, Save Our Pengerang (SOP), Kumpulan kepentingan Bersama Angry Lobster, Sahabat Ujung Tanah dan Ahli Jawatan Kuasa Bertindak Penduduk-penduduk Pengerang. Disamping itu, Persatuan Penduduk-penduduk Pengerang juga menhadiri di dialog tersebut.

3. Dalam sesi dialog ini ada beberapa perkara yang dibangkitkan oleh wakil setiap NGO Pengerang:

a. Satu rayuan (petisyen) dibawah Perkara 19, Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat telah bermula pada 1hb Jun 2012 oleh Kumpulan kepentingan Bersama Angry Lobster mengenai pembatahan kegunaan tanah untuk 7 buah tapak perkuburan Cina di Pengerang dibawah kemajuan projek RAPID. Sasaran petisyen ini ialah mendapatkan tandatangan dari majoriti penduduk-penduduk kaum cina di mana nenek moyang mereka bersemadi di 7 buah tapak pekuburan cina tersebut.

Sebagai wakil rakyat kawasan ini di peringkat Persekutuan, YB Datuk Seri Azalina telah memberitahu kami bahawa beliau tidak berkuasa untuk membawa isu-isu yang berkaitan dengan RAPID ke peringkat EXCO Negeri. Sebagai ahli parlimen, beliau memang tidak berhak menyentuh perkara yang berkaitan dengan urusan peringkat negeri. Namun demikian, sebagai bekas menteri dan ahli politik dibawah parti perintah, beliau seharusnya menggunakan kelebihan politik dan perhubungan beliau untuk berjuang demi rakyat di kawsan yang beliau wakili.

b. YB Datuk Seri Azalina berkata, beliau cuma boleh membawa isu ini ke peringkat parlimen tetapi tidak memberi jaminan ia akan diselesaikan. Semasa wakil NGO kami meminta beliau menbentangkan petisyen ini ke Parlimen, baliau menolak untuk membawanya. Peranan Ahli parlimen ialah menjalankan urusan parlimen untuk rakyat yang beliau wakili. Sekiranya satu petisyen yang ditubuhkan di bawah perkara 19, Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat oleh rakyat Pengerang bukan urusan Parlimen, apakah urusan Parlimen yang ingin YB Datuk Seri Azalina bentangkan ke Dewan Rakyat untuk membela rakyat dikawasannya.

c. Semasa wakil ahli NGO kami menyentuh isu yang berkaitan dengan alam sekitar, hak tanah, perkuburan Islam, pampasan dan punca ekonomi belia YB Datuk Seri Azalina memberi respon bahawa beliau hanya boleh menyuarakan isu ini ke parlimen tanpa memberi jaminan kepada semua NGO yang hadir ia akan dapat di selesaikan.

4. Bagi Gabungan NGO Pengerang, kesimpulan daripada dialog yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Pengerang ia tidak akan mendatangkan sebarang penyelesaian yang memuaskan hati banyak pihak. Hal ini adalah kerana, pihak penganjur iaitu Yang Berhormat Dato Seri Azalina Othman Said sudah terlewat dalam membawa isu-isu setempat. Sedangkan pihak Gabungan NGO Pengerang telah pergi jauh dalam membawa isu ini ke peringkat parlimen dan kerajaan negeri.

Dalam pada masa yang sama, selepas sesi sialog itu berakhir YB Dato Seri Azalina Othman Said telah mengetuai satu himpunan aman yang berkaitan dengan isu politik. Berhubung dengan perkara tersebut pihak Gabungan NGO Pengerang telah membuat satu laporan kepada Pejabat Polis Sungai Rengit berhubung himpunan aman yang diadakan di kawasan sekolah di mana bertentangan dengan akta Himpunan Aman yang baru. Wakil NGO kami telah membuat laporan kerana beliau adalah individu yang bertanggungjawab dalam menguruskan penggunaan tempat bagi tujuan dialog bersama Ahli Parlimen. Justeru, laporan tersebut dibuat bagi mengelakkan sebarang tuduhan yang akan dikenakan kepada wakil NGO kami berhubung penyalahgunaan premis sekolah untuk tujuan politik.

Justeru, kami Gabungan NGO Pengerang akan terus komited memperjuangkan suara rakyat tempatan dan negeri Johor dalam memperjuangkan isu bersama ini dengan menggunakan pelbagai cara dan saluran yang boleh memberikan penyelesaian kepada masalah ini.

Kenyataan daripada Gabungan NGO Pengerang:
Save Our Pengerang, Angry Lobster, Pengerang Prihatin, Sahabat Ujung Tanah, Jawatan Kuasa Bertindak Penduduk-penduduk Pengerang dan Pusat Aduan Rakyat Johor

Anis Afida Mohd Azli
Pengerusi Gabungan NGO Pengerang
8hb Jun 2012


** Iklan Text Produk dan Blog Anda Disini **

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads