01 di pengerang - Google Blog Search |
Johor tidak terima royalti daripada projek Petronas <b>di Pengerang</b>..!!!! Posted: 19 Jun 2012 11:00 PM PDT JOHOR BAHARU - Kerajaan negeri Johor tidak menerima sebarang royalti melalui Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) Petronas di Pengerang sebagai sumber hasil negeri. Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata, ini kerana ia merupakan satu projek pemprosesan minyak dan gas dari luar dan bukannya sumber itu datang dari perairan negeri Johor sendiri seperti Terengganu. "Royalti tidak ada... ini satu pelaburan dalam perindustrian minyak dan gas. Kita hanya peroleh hasil melalui perubahan premium tanah dari tanah pertanian kepada tanah industri," katanya. Katanya, keadaan itu berbeza dengan Terengganu yang bertuah memperoleh royalti daripada kerajaan pusat kerana sumber minyak dan gas ditemui di perairan Kertih, negeri itu. Beliau berkata demikian pada persidangan kelima Dewan Undangan Negeri Johor kali ke-12 di sini hari ini ketika menjawab soalan tambahan Jaafar Hashim (BN-Senggarang) yang mahukan penjelasan sama ada kerajaan negeri memperoleh sebarang royalti daripada projek berkenaan. Sementara itu Ayub Jamil (BN-Rengit) dan Hamimah Mansor (BN- Penawar) turut bertanyakan tentang saiz pelaburan, tempoh masa dan kesan guna tenaga daripada projek berkenaan di Pengerang. Beliau berkata, untuk golongan nelayan yang ingin menceburi bidang perindustrian, kerajaan negeri menyediakan pelbagai pusat latihan untuk mereka mempelajari kemahiran baru dalam bidang minyak dan gas. |
You are subscribed to email updates from di pengerang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan