01 di pengerang - Google Blog Search |
MB: Johor tak terima royalti dari projek Petronas <b>di Pengerang</b> Posted: 20 Jun 2012 05:21 AM PDT Kerajaan negeri Johor tidak menerima sebarang royalti melalui Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) Petronas di Pengerang sebagai sumber hasil negeri. Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata, ini kerana ia merupakan satu projek pemprosesan minyak dan gas dari luar dan bukannya sumber itu datang dari perairan negeri Johor sendiri seperti Terengganu. "Royalti tidak ada... ini satu pelaburan dalam perindustrian minyak dan gas. Kita hanya peroleh hasil melalui perubahan premium tanah dari tanah pertanian kepada tanah industri," katanya. "Ini menggambarkan betapa pentingnya projek penapisan minyak dan gas di Pengerang dengan nilai RM17.7 bilion Keluaran Kasar Negara menjelang 2020. Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak pernah meminggirkan golongan nelayan di kawasan itu dan memberikan mereka pilihan sama ada untuk terus kekal menjadi nelayan ataupun menukar kerjaya mereka dengan menyertai sektor perindustrian. Beliau berkata, untuk golongan nelayan yang ingin menceburi bidang perindustrian, kerajaan negeri menyediakan pelbagai pusat latihan untuk mereka mempelajari kemahiran baru dalam bidang minyak dan gas. Katanya, ia termasuk di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bandar Penawar yang akan menyediakan pelbagai program dalam bidang itu mulai Julai ini bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di Pengerang. Pada masa yang sama, katanya institut latihan lain di negeri ini seperti kolej komuniti dan Kolej Yayasan Johor juga akan menyediakan kursus dalam bidang yang sama untuk membekalkan modal insan yang diperlukan. Manakala bagi mereka yang memilih untuk terus kekal menjadi nelayan pula, kerajaan negeri akan membantu melengkapkan golongan ini dengan pelbagai kelengkapan untuk menjadi nelayan laut dalam untuk perbaiki taraf hidup mereka. Malah, katanya kerajaan negeri juga akan membina satu pusat nelayan dengan peruntukan RM80 bilion. |
You are subscribed to email updates from di pengerang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan