01 di permas jaya - Google Blog Search |
Karnival Tani MOAinc MPPP <b>Parit Sulong</b>... Pengadil Masakan <b>...</b> Posted: 10 Jun 2012 11:14 PM PDT Assalammualaikum, semua teman-teman... Apa khabar? Syukur Alhamdulillah semua sihat yaa.. semoga ceria dan tabah dalam menghadapi kehidupan seharian kita semua yaa.. :) Pada 9hb Jun 2012 bertempat di Sekolah MRSM Parit Sulong, i telah di undang untuk menjadi pengadil bagi acara pertandingan memasak dengan tema 'MASAKAN SEIMBANG' juga mewakili Majalah RASA @Grup Karang Kraf. Jutaan Terima Kasih kuucapkan kepada semua pihak penganjur dan juga yang terlibat sepanjang acara berlangsung. Di kesempatan ini juga inginku ucapkan Jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato Noraini Bin Ahmad. Cantik dan awet muda insan yang sungguh terkenal *bertudung hitam* yang menyengih tudung biru tu i... hehheee... Pertama kali bertemu beliau, maklumlah selama seumur hidup i memang tidak pernah pun terlibat dengan mana2 politik, tak reti hehee.. tetapi yaa ada tetapinya yaa... i sentiasa mengikuti perkembangan segala politik di Malaysia ni dan luar negara.. Dan UNDI ADALAH RAHSIA... :)) Jutaan terima kasih juga buat Puan Liza selaku setiausaha kepada Yang Amat Berhormat Dato Noraini. Beliaulah insan yang berurusan dengan i sepanjang majlis berlangsung. *Puan Liza Arrow putih* Cantik orangnya.. berdarah kacukan Poland dan Melayu.. mata dia cantik sangat! i like... :)) berbuallah kami bermacam-macam cerita dari satu topik ke satu topik, memang peramah orangnya, pulak i ni jenis TERLEBIH peramah.. hah! gitu ler jadinya.. berbual siap dengan gaya! Berbincang dengan Urus setia majlis... Puan apa tak ingat nama... terima kasih di atas layanan yang memang terbaik! berbincang apa yang perlu dan markah untuk kategori hari itu... "Chef, tolong bagi markah jangan ikut piawaian MasterChef ya.. mereka semua penduduk kampung.. faham-faham ajelah.." antara para peserta yang turut mengambil bahagian.. secara berkumpulan, tiap kumpulan mewakili 2 orang.. Akak-akak tu memang hebat! ada di antara peserta dah banyak kali menyertai mana-mana pertandingan memasak! memang hebat! cool aje taw... suka i taw! acara dah bermula... masa di beri 1 jam. dari mula sampai akhir i dok ler pergi balik tiap meja peserta. Perut masa tu berbunyi! Aroma tiap masakan dari peserta tu bukan main sedap lagi!! mujur tak ada sesiapa yang dengar perut i berbunyi! hehheehe bau tiap masakan peserta tu hadoiiiii... sedap betul!!! macam-macam ada!! semuanya lauk kampung!! i like.. laaa.. tahniah buat semua peserta! macam ni bolehlah masuk uji bakat MasterChef ya kak! i tetap bertanya kepada tiap peserta.. tanya petua... tanya hidangan tu memang selalu masak buat keluarga ke.. ehh pendek cerita i memang suka bertanyalah! Di Bawah ini adalah sebahagian hidangan peserta.. banyak sebenarnya.. hebat-hebat belaka! cukuplah apa yang ada yaa.. buat tatapan semua..:)) pecel leley.. ikan keli.. i tak makan ikan keli.. demi tugasan dan tanggungjawab.. ehh i makan hokey!! hheeehhhh... biar adil dan saksama gitu! Hidangan di atas adalah hidangan yang terbaik!! sangat kreatif, kemas dan sedap! ini adalah hidangan peserta yang juara pada hari itu.. nampak tak labu tu?? itu bukan dessert yaa.. tetapi lauk labu masak asam rebus.. bersama kacang panjang.. dan labu tu di kukus.. so masa nak menyudu tu sudu sekali labu tu.. waduhh... terbaik! antara peserta yang sedang menanti keputusan selepas berhempas pulas memasak! cayalah kak! you all memang terbaik! cool aje mereka semua tu.. suka sangat i taw! dan kesemua mereka tu tahu i adalah salah satu peserta MasterChef Malaysia.. semua tengok i di tv.. nak tahu apa komen mereka?? "Kat TV nampak Besorrr... kat luar.. kecikkk aje orangnya" Waduhh terima kasih yaa kak sebab cakap i kecik! padahal itulah antara baju yang sama rap aje i muat muahahahahahha.. syyyyyyy... cakap sini habis sini hokey! Mulalah menilai tiap masakan! bukan i sorang sahaja yang mengadili yaa.. ada 2-3 orang yang pakar juga... dari KEMAS... Persembahan, Rasa dan Keseluruhan adalah markah yang di ambil kira. apa yang kami gelakkan tu?? bukan pasal masakan tu yaa... adalah tu! hehehe Persembahan sangat penting... menu juga di ambil kira, sesuai atau tidak dengan tema.. cakap siang bisik-bisik! hehehe kais dan rasa... sikit dan kekadang tu banyak jugak! hehehe korek celah-celah ikan tu masak sempurna atau tidak... setiap yang kami rasa, akan kami sama-sama komen... pstt bisik-bisik.. sebab ramai benor yang duk kat celah kami tu hehehe Selesai sudah... masa untuk menyampaikan hadiah dan cenderahati oleh Yang Amat Berhormat Dato Noraini Binti Ahmad Dato Noraini sorang aje yang kecik dan kami bertiga dok himpit hehhee Terima Kasih Yang Amat Berhormat Dato Noraini... cenderahati hamper dari beliau... sepatah dua kata ucapan dari i buat semua peserta... TAHNIAH!!! terima kasih..:)) Hadiah yang tersedia memang cukup lumayan! ada tv flat screen, vacum berjenama, periuk nasi dan bermacam-macam lagi hadiah dan cenderamata memang best! i yang dok celah hadiah tu pun.. macam nak aje.. hehehe hah! Encik ni memang pertandingan tangkap ayam kampung! banyak dia dapat You! balik buat sop! ehehehe Sekian sahaja cerita dan aktivi i kali ini.. tunggu ada banyak lagi aktiviti yang bakal ku kongsikan kepada semua... Jaga diri, senyum selalu... :) |
You are subscribed to email updates from di parit sulong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan