Isnin, 18 Jun 2012

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


ahmadmaslan.com: Sembilan lagi sekolah agama baru <b>di Pontian</b>

Posted: 28 May 2012 01:15 PM PDT


Ahmad Maslan menyampaikan pencetak komputer kepada Junaidah Baharon ketika merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Rendah Arab Bersepadu Benut di Pontian, baru-baru ini.

PONTIAN 28 Mei - Kerajaan negeri akan membina sebanyak sembilan buah lagi sekolah agama dalam Parlimen Pontian untuk menampung keperluan kira-kira 5,000 pelajar yang menumpang di sekolah kebangsaan.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, sekolah agama tersebut ialah Sekolah Agama Tanjung Air Hitam, Seri Pulai, Jaya Mulia, Seri Semangat, Seri Bugis, Sanglang, Seri Anom, bangunan tambahan Sekolah Agama Parit Semerah dan Bandar Pontian yang masing-masing memakan belanja RM1.2 juta hingga RM1.5 juta.

Menurutnya, pembinaan bangunan baru atau tambahan satu blok bangunan dua tingkat yang mengandungi enam bilik darjah serta lain-lain kemudahan itu dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) bagi memenuhi keperluan semasa penduduk.

"Ia juga bagi memenuhi harapan pemilik tanah yang telah mewakafkan tanah bagi tujuan pembinaan sekolah agama di tempat mereka. Kelewatan itu juga telah menjadi isu pada pilihan raya umum 2004 dan 2008 dan diharap pembinaannya akan memberi kelegaan kepada orang ramai.

"Dengan adanya bangunan baru kelak, ia akan memberikan keselesaan kepada pelajar dan guru-guru untuk menjalankan aktiviti mereka berdasarkan kesesuaian semasa," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Arab Bersepadu Benut di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Guru Besarnya, Junaidah Baharon dan Yang Dipertua PIBG, Ahmad Yahya Damiran dalam majlis yang turut menyaksikan pelancaran Dana Pembangunan Insan (DP) SRAB bertujuan mengumpul sumbangan bagi menjalankan pelbagai aktiviti serta membantu pelajar kurang berkemampuan.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengalu-alukan penubuhan dana tersebut yang mampu meningkatkan lagi kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam melaksanakan beberapa aktiviti bagi faedah bersama.

"Ia juga peluang kepada ibu bapa dan orang ramai untuk memberikan sumbangan ikhlas mereka bagi sama-sama membangunkan bidang pelajaran sejajar dengan transformasi pendidikan negara," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads