01 di segamat - Google Blog Search |
Nor's Teratak - Nostalgia Sehari <b>di Segamat</b> Posted: 09 Mar 2008 10:54 PM PDT 8hb seperti yang diketahui adalah Pilihanraya Umum ke 12. Aku dah tukar address untuk mengundi di ampang tapi bila di semak nama aku masih lagi di segamat. Jadi kesempatan ini aku ambil untuk berkunjung ke segamat. Pagi dalam pukul 7.30 aku pun memulakan perjalanan ke Segamat. Berhenti sekejap di Air keruh untuk sarapan dan akhirnya pukul 10.30 aku pun sampai di rumah kaksal. Seronoknya dapat melepaskan rindu pada kaksal. Kali terakhir aku jumpa ialah pada tahun 2005 bila aku melawat Aruah kak pah yang masa tu sedang tenat kerana cancer payudara. Jadi kali ni banyak le sembang mak limah setelah lama tak berjumpa. Walau pun sesekali menalipon bertanya khabar tapi tidak sama dgn bertentang mata gitu. Kak sal menjamu aku dengan nasi ayam. emm sedap tapi sebab masih kenyang makan nasi goreng aku jamah je sikit sambil berbual tak habis-habis dari satu topik ke satu topik. Apa pun semuanya mengenai staff hosp Segamat yang aku kenal lah. Abang zaki dah beli rumah kat Taman Temenggung jadi sekarang ni tengah renovate dan kemungkinan bulan ni akan pindah ke rumah tersebut. Rumah yang sekarang di duduki ni telah berzaman , ialah start daripada kahwin tahun 1987 hinggalah sekarang dah berapa kurun tu. Rumah sewa kak sal yang mendatangkan nostalgia kepada ku dan juga buat kaksal sekeluarga. Tempat aku selalu bertandang di waktu dahulu. Sambil minum teh kental sambil pekena pisang goreng atau cucuq udang yang di beli depan rumahnya. Selalunya time kaksal kerja pagi atau dia off. Sekarang ni dia dah kerja Klinik Pakar 3 jadi tiada kerja shift lagi lah. Itu pun katanya ramai dah pencen. Kak leela dah lama pencen. Tahun ni kak nani sujak, kak sham dan ada beberapa org akak atendan yang aku kenal akan pencen. Dalam pukul 2 kami pun pergi ke tempat pengundian. Berhenti sekejap depan pintu rumah baru. Rumahnya senang je di tepi Jalan Temenggung tu. Jadi kalau nak pergi lagi ke segamat aku dah tahule rumah barunya. Selesai tanggungjawab aku pun merayau di bandar segamat. berhenti di hospital lama bekas tempat kerja aku semasa mula2 berkerja. Jalan Masuk ke jalan Temenggung Bekas pejabat Rekod Perubatan yang dah jadi tempat parking lot. Dulunya berpagar sebab bekas wad penagih dadah. Walaupun rasa bagai di penjara dengan staff seramai 4 orang tapi kami jadikan kawasan tu memang best sesangat. Malahan pernah menang ofis terbaik. Decorate ofis sama-sama, mengecat pagar bersama malahan bertekak pun bersama-sama juga. hehehe Masa tu aku sorang je bunga di kelilingi 3 kumbang yang bagaikan abang2 je, maklum le masa tu pertama kali aku bekerja selepas habis SPM jadi masa tu org kata muda belia dan lurus bendul sesangat. Pejabat terceruk jauh daripada pejabat admin ni kami hias cantik dan ada mini garden dan lagi menyahut seruan kerajaan bumi hijau dengan menanam sayur-sayuran. Boleh percaya ke ofis sekakang kera ni, kalau kami menanam betik 2 pokok dan sayur terung serta sayur ulam raja dan cili api. Betik tu ada sekali tu dah tua bila di petik dapat sebakul dalam 10 biji dan kami agih-agihkan pada kengkawan yg datang pejabat. Manis dan besar buahnya dan sayuran tersebut tidak putus-putus staff lain memintanya. Kat kawasan belakang memang penuh dengan sayuran. Bahagian depan kawasan yang kosong pak rusli tanam pokok cili api dan sayur bende. Hishhh terbayang-bayang lagi keadaan di waktu itu. Kalau time musim durian ada sekali tu Pak rusli bawa durian Kucing Tidur. Ulas buahnya tak banyak tapi makan se ulas je kenyang masyallah lepas tu dah rasa nak ngantuk. Pernah sekali pak Joe dispatch BHT pesakit dan kebetulan masa tu pak rusli bawa durian jadi merasa le seulas 2 durian kucing tidur tu. Selepas makan durian tu sempat dia terlelap, nasib baik waktu petang dan tidak ramai orang buat pendaftaran surat beranak. jadi dia lelap je kat kerusi depan kaunter hehe Pak joe pak joe... dah pencen apa khabar agaknya. huhuhu rasa sedih sangat bila aku tenguk bekas ofis yang dah terhapus terus daripada pandangan. Memang tiada lagi kesan peninggalan pejabat rekod perubatan. Bangunan merah tu asalnya stor peralatan. Dah cantik dah dan dah banyak perubahan. Hospital lama banyak sangat berubah setelah hospital berpindah ke bangunan baru di segamat baru. Tapi aku suka di kawasan lama ni sebabnya walaupun bangunan zaman British ianya di buat tapi banyak kenangan yang terjalin di sini dengan suasana yang mesra alam dan dengan staff yang baik dan saling bantu membantu. Rasa macam keluarga je bila teringat jalinan silaturahim yang telah terjalin dengan staff lama hospital segamat ni. Jalan menuju ke Klinik pesakit luar dan ke pejabat Admin. Bagunan merah tu dulu asalnya Stor perubatan dimana segala barangan di simpan di dalamnya. Bila macam tu teringat aruah Saed yang telah meninggal kerana sakit cancer. Cancer apa aku dah lupa. Aruah ni baik sesangat walaupun hanya penyelengara stor rendah je. Seorang lagi ialah Kadar. Kadar walaupun dah kahwin tetapi tetap bujang semedang sebab wifenya kat melaka. Sanggup dia duduk bujang kat segamat. Kalau kami nak ubat ke indent barang ke senang je main pas-pas kat balik pagar je. Kadang pak rusli atau appu akan terjerit-jerit le panggil kadar atau pun aruah saed nak barang. Tak lama nanti menjengul mereka hulur barang.Dulu stor tu berpagar juga seperti pejabat aku tapi la ni dah di buang pagarnya. Jalan tu lah yang selalu aku ulang-alik jika ke pejabat ke atau ke OPD. Kat tempat parking motor atau kat pondok jaga pak omar, aku jeling menjeling kalau A ada kerja kat casualty atau dia kene jaga Bilik Daftar Masuk. Hishh nostalgik betul lah. Dari jauh kalau nampak A zup laju je menenguk tapi bila lalu depan dia terus zap tunduk kepala.... hahahahaha masa tu jalan dah tak tentu arah je nasib baik tak tersengol batu jatuh depan dia.... huhuhu malu beb mula-mula tenguk motor dia ada tak semasa ke pej admin. Kalau ada fuhhh seronok sakan terus je menjeling dan mencari dia lepak kat mane. Kalau A tak ada dapat tenguk plet motor dia pun cukup lah.... huhuhu dasyat2 Dahulu ia adalah jabatan pesakit luar. tapi sekarang dah jadi klinik kesihatan Segamat. Tempat pajero tu dulu adalah tempat parking motor. Kat situ lah A selalu bertenggek atas motornya. Kalau time dia kene bertugas di Unit Bilik Daftar Masuk. Ni dulu adalah pejabat pentadbiran. Mula asal adalah rumah staff tapi di ubahsuai jadi Pejabat dan sekarang aku tak tahu ianya jadi apa. Sebelahnya pulak terletaknya ambulance dan kenderaan hospital yang lain. Dahulu depan JPL adalah Bilik pembedahan. Di situlah tempatnya semua pembedahan dijalankan samada yg minor or yang major. Dan bangunan sebelahnya adalah dewan yang bersebelahan dengan stor perubatan. Dewan tu selalunya di gunakan untuk mendengar ceramah agama setiap hari Isnin kalau tak silap akulah. Dah lupa dah. Nanti semua makcik dan pakcik area kampung berhampiran akan datang mendengar ceramah agama yang didatangkan daripada pejabat agama. En affendi yang selalu uruskan sebab pejabat dia Unit X-ray berdekatan dengan bilik OT dan dewan tersebut. Hospital segamat yang lama adalah berdekatan dengan stesyen keretapi. Bila keretapi lalu pintu pagar akan ditutup. Walau begitu terdapat jalan alternatif bersebelahannya tapi kalau musim banjir jalan tu tak boleh lalu sebab sebelahnya adalah sungai Segamat. Pernah terjadi bila banjir kawasan di hadapan pejabat sampai ke stor penuh air banjir. Nasib baik ward tinggi jadi bahagian depan je hospital kene banjir. Di Roundabout ni dulu adalah stesyen bas segamat yang bersebelahan dengan stesyen keretapi. Bila aku tenguk tempat dia dah berubah huhuhu rasa sayu je sebab tempat tu memang tempat permainan aku. Ya lah kalau balik kpg di muar sampai je kat stesyen tu macam-macam aku boleh beli bawak balik kpg. Kat situ le tempat pertemuan atau pun nak dating ke. Aku pernah balik saing dengan M daripada muar dan lepas tu minum air di Stesyen Keretapi sebelum balik ke rumah sewa. masa tu baru nak mengenali dia. hehe Lepas tu kalau nak balik rumah sewa dekat je meredah laluan keretapi aku dah sampai kat rumah sewa. Masa mula-mula datang ke segamat aku tak boleh tidur bila terdengar siren keretapi lalu. Teruja sangat bila dia lalu dan singgah di stesyen sebelum meneruskan ke Johor Bahru. Macam org jakun je tak pernah naik keretapi jadi bila kene kursus kat seremban setelah sebulan aku kerja kat segamat aku terus je beli tiket keretapi nak ke seremban. Seronok sangat masa tu bila dapat naik keretapi. la ni naik keretapi moden seperti ERL , LRT dan monorel emm dah biasa dah. dah tak heran. Amboiiii mentang-mentang le kat kl semua tu ada. Rupanya sebelah belakang roundabout tu telah di bina stesyen bas baru segamat. malahan stesyen bas ekspress kat jalan segamat baru juga di pindahkan ke sini sebab bila banjir besar kawasan tu juga kene teruk. Stesyen keretapi ni dahulu panjang tapi la ni apasal tengah-tengah dah rongak? Rupanya kata kak sal terdapat kebakaran di situ dan akhirnya jadilah macam ni. Kalau malam tempat tu happening sangat dengan org menunggu keretapi malam dan org lepak kat tempat kedai makan di hujung stesyen tu. Yg femes nya ialah nasi lemaknya. Malam2 kalau nak lepak boleh pekena nasi lemak sambil cuci mata. hehehe Bangunan tertinggi di segamat tapi atasnya huhuhu tempat jin bertendang. Takde org pun yang nak duduk kat atas tu. bawahnya dulu ada super market tapi aku tak perasan pulak jadi apa sekarang ni. Padang Segamat dah berubah dengan dinamakan dataran segamat. Apa pun aktiviti di segamat dijalankan di sini. Dulu selalu buat pertandingan netball di sini. Masa tu aku aktif main netball jadi defender lagi. Huhuhu masa tu ringan lagi badan boleh lonjak untuk skodeng bola yang sepatutnya untuk pihak lawan. La ni emm dah berat badan dah tak boleh nak melonjak lagi. hahahaha Menara dia tinggi dan besar sangat sampai mendongak nak tenguk. Itu pun tak dapat nak bergbr dibawahnya dgn logo dataran segamat tu sebab tinggi sayup. Aku bersama dengan kaksal bergambar kenang-kenangan di dataran segamat bersebelahan dgn rekabentuk yg unit. Cam artistik gitu. Bangunan ini aku mesti tetap ingat selalu di hati sebab ada seorang stafnya yang pernah mengikat hati ku walaupun tiada jodoh, dia tetap aku ingat walaupun dah jadi milik orang lain. Buat M semuga dia sekarang berbahagia dengan keluarga tersayangnya. Amin. Selepas berpisah, aku tak pernah terjumpa dia lagi, apa lagi bila kata encik Nasir dia naik pangkat dan berpindah ke senawang. Apa pun dengar ceritanya dia dah jadi penjaga balai di Pahang tapi di balai bomba mane aku tak tahu. kadang teringin juga nak ternampak dia bagaimana agaknya rupa dia sekarang. Walaupun kami satu daerah di muar tapi kami tidak pernah terserempak samada di bandar muar atau di mane pun jika aku balik muar. Ni pun nostalgia juga sebab staff dia A yang aku admier bertahun. Lepas tu AJ yang pernah contact walaupun aku dah kerja kat kl dan ZZ yang pandai nyanyi. Pernah masa hospital buat hari keluarga ada pertandingan karoake, dia masuk bahagian. Dia nyanyi lagu salem 'suci dalam debu' rasanya. Sekali nampak kelibat aku datang tenguk pertandingan tersebut terus terpeleot suaranya. hahahaha aku gelak dlm hati je sebab dia pandai cover. Tapi suara dia sedap siut walaupun tak menang. Lepas tu siap anak abang hamim jadi tukang tanya, aku suka apa dan sebagainya. Kasi hadiah lagi huhuhu entah mane aku campak agaknya sebab aku tak suka caranya yang entah apa-apa le. Lepas tu teringat pulak kat L yang selalu kirim salam melalui Tn Sheikh. Sekali masa minum kat kantin Tn Sheikh tunjukkan le orangnya. Aku cuma senyum je. Sekali tak lama kemudian dia muncul kat pejabat aku nak buat surat beranak anaknya yang kedua. Laa eleh rupanya dah kahwin ingatkan bujang trangtangtang lagi. Adeh sempat lagi mengurat tu. Adusss Jambatan Segamat yang menghubungkan bandar segamat lama dengan segamat baru. Ia merentang sungai segamat. Semasa banjir air tu boleh bercantum dan arusnya deras sangat. Memang selalu cari mangsa bila banjir. |
You are subscribed to email updates from di segamat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan