01 di tangkak - Google Blog Search |
masam manis: Ke <b>Tangkak</b> meminang Tuan Puteri... Posted: 28 May 2012 06:38 PM PDT Assalamualaikum Rasa-rasanya ramai ibu bapa yang sibuk menghantar anak-anak mereka ke Matrikulasi semalam. Kepada semua bakal-bakal mahasiswa dan mahasiswi sekalung tahniah dari ita buat semua yang berjaya tak kiralah ke Matrikulasi, IPTA atau IPTS. Tahniah! Rasa-rasanya macam baru semalam ita menghantar Amirul ke MRSM, rupa-rupanya telah 6 tahun ianya berlalu. Kini anak emak dah meningkat dewasa. Kini dah melangkah pula ke farsa baru. Kehidupan di kampus yang mungkin satu pengalaman berharga yang amat di impi-impikan. Besar harapan emak, ayah dan adik-adik untuk melihat abang berjaya. Berlajarlah bersunguh-sungguh anakku.. semoga setiap apa yang diimpi-impikan akan tercapai. Emak dan ayah hanya mampu mendoakan dari kejauhan. Tekun dan usaha , tangga kejayaan. Jadikan ianya satu semangat untuk menerpa kejayaan yang lebih baik. Jangan di persia-siakan peluang yang ada.. Berusaha , berdoa dan bertawakal.. insyaallah kejayan akan sentiasa bersama mu.. Sebelum pulang kami sempat singgah di Kolam Air Panas Gunung Ledang atau Air Terjun Air Panas Gunung Ledang yang terletak di Sagil, Tangkak. Nama sahaja air panas tapi airnya tidak lah panas. Ia merupakan kawasan tumpuan pengunjung tidak kiralah dari dalam atau dari seberang tambak untuk berkelah dan mandi manda. Walaupun ita ni tinggal di JB, tapi ita tak pernah lagi berkesempatan ke Gunung Ledang. Selalu dengar suami ita cerita aje.. Suami ita ni dah 3 kali mendaki Gunung Ledang semasa beliau belajar di MRSM Muar. Ia adalah aktiviti kokorikulum di MRSM yang pernah di ikuti dan amat di minati oleh suami ita. Kalau dengar cerita dan pengalaman beliau semasa mendaki Gunung Ledang, terasa seram pun ada juga. Katanya pelbagai peristiwa aneh yang beliau dan rakan-rakannya alamai sewaktu berada di Gunung Ledang. Salah satu peristiwa yang masih segar dalam kotak ingatan beliau dan sering di ceritakan pada anak-anak ialah.. Kedatangan tuan hamba ke Gunung Ledang bukanlah untuk meminang Tuan Puteri Gunung Ledang untuk anak teruna hamba.. Aii.. Tuan Puteri anak hamba baru sahaja nak melangkah ke alam Matrik.. macam mana lah nak meminang tuan puteri yang cantik rupawan.. Kenapalah tuan puteri letakkan hantaran yang mahal.. kan.. sekarang semua gadis-gadis di Malaysia ni turut meletakkan hantaran yang mahal tuan puteri Oiiii... Batu kikir jomatan bosi Masa ita pergi ni, memang ramai sangat orang, maklumlah musim cuti sekolah. Jom lah kita tinjau-tinjau kawasan sekitar kolam air di kaki Gunung Ledang ni.. manalah tau kot-kot ada perancangan untuk membawa anak-anak berkelah semasa musim cuti sekolah ni.. Gunung Ledang silamnya dipanggil "Mount Ophir" oleh orang-orang Portugis.( sumber sejarah Melaka di Perpustakaan Lisbon, Portugal) yang menguasai negeri Melaka pada tahun 1511. Merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor Darul Takzim, Malaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter, 4,187 kaki (dari aras laut) Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas. Di kawasan gunung ini juga pernah diceritakan wujudnya emas dan pernah ditemui di suatu kawasan gunung yang dinamakan Gunung Gemih. Cerita orang dahulu,, ketika Gunung Ledang masih baru didaki orang dan belum mendapat jalan mendaki seperti sekarang. Sesiapa yang sedang mendakinya akan merasakan sesuatu yang luarbiasa seolah-olah sedang berada di suatu tempat yang sangat indah. Maknanya semangat Puteri Gunung Ledang masih wujud di Gunung Ledang. Terdapat beberapa pendapat yang popular berhubung dengan asal-usul nama gunung ini. Menurut satu pendapat, sejarah purbakala menunjukkan bahawa Gunung Ledang adalah tempat yang mengandungi begitu banyak simpanan emas, menarik pedagang sehingga sejauh Greece dan China. Nama `Ophir' itu sendiri dikatakan berasal dari bahasa Ibrani. Dalam kurun ke-14, pelayar Cina yang berulang-alik di Selat Melaka memanggil gunung tersebut sebagai 'Kim Sua' yang bermaksud 'Gunung Emas' (Golden Mountain). Satu sumber lain mengatakan bahawa Jawa ketika pemerintahan empayar Majapahit telah menamakan gunung tersebut sebagai 'Gunong Ledang', yang membawa maksud 'gunung dari jauh'. Kepada yang berhajat untuk mendaki Gunung Ledang, ada 3 runut untuk mendaki : 1. Dari Asahan,Melaka, masuk ke sebelah kanan menuju ke Gunung Ledang. Laksamana Hang Tuah dipercayai menggunakan denai ini. Anda boleh mula dari kolam air di Kampung Asahan. 2. Dari Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar Tangkak menuju ke Jementah/Segamat di sebelah kiri lebuh raya. Anda akan jumpa Sagil. 10 km dari Tangkak menuju ke Segamat, anda akan jumpa air terjun Ayer Panas di sebelah kiri, kilang getah dan Estet Ledang Baharu. Dari air terjun , anda boleh ikut runut Sagil menuju ke puncak Gunung Ledang. Jalan ini lebih popular. Hanya 2-3 jam dikatakan boleh sampai ke puncak. 3. Dari Tangkak ke Segamat, ada satu jalan ke puncak stesen radio, stesen telefon RTM, Telekom Berhad dan empangan air. Tetapi jalan ini ditutup kepada orang ramai. ANTARA MAKLUMAT PENTING BERKAITAN SEJARAH GUNUNG LEDANG YANG BELUM DI KETAHUI UMUM IALAH
Ada sesuatu yang istimewa di Gunung Ledang yang penuh dengan legenda ini, iaitu terdapat 3 puncak yang salah satunya dinamakan sebagai Puncak Mahligai, dipercayai puncak tempat Puteri Gunung Ledang bersemayam dan bermain-main dengan dayangnya. Kesan sejarah gunung ini masih utuh disini. Terdapat satu batu bersurat dalam tulisan jawi tidak berapa jauh dari puncak G. Ledang di Asahan Trail. Disini juga menjadi tempat berteduh dan berlindung dari mentari bagi pendaki sekiranya cuaca begitu panas di puncak. Penemuan taman yang penuh dengan bunga orkid yang indah dan tersusun rapi oleh Alfred Wakauce, seorang sejarahwan British pada tahun 1854, tidak boleh dianggap sebagai biasa. Mungkinkah di tempat itu tempatnya Hang Tuah bertemu Puteri Gunung Ledang untuk menyampaikan hajat hati Sultan Melaka hendak meminang puteri yang cantik dan jelita itu? Ataukah di situ tempat Puteri Gunung Ledang menyamar sebagai perempuan tua yang menguji kesabaran utusan Sultan Melaka ini, hanya Allah swt saja yang Maha Mengetahui.. Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Ledang http://www.ogkl.com.my/infoGUNUNG/infoLedang.htm http://lusuh.multiply.com/journal/item/230/Maklumat_penting_sejarah_gunung_Ledang_yang_terpendam... |
You are subscribed to email updates from di tangkak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan