Ahad, 15 Julai 2012

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Video : Seruan Hizbut Tahrir <b>di Johor Bahru</b> Memperingati <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2012 12:00 AM PDT


ARRAYAH.INFO, Johor Bahru, 13 Julai 2012 - Bersempena dengan bulan Rejab, bulan di mana runtuhnya Daulah Khilafah yang terakhir di Istanbul, Turki pada 3 Mac1924, barisan syabab (pemuda) bergabung dengan Hizbut Tahrir Malaysia mengambil inisiatif untuk mengadakan seruan kebangkitan Khilafah di Masjid Intan Abu Bakar, Taman Sri Pulai, Johor Bahru.

Seruan ini dilakukan untuk mengingatkan kaum Muslimin akan pentingnya penegakkan semula Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global demi menerapkan hukum Allah secara kaffah (keseluruhan) di muka bumi ini.

Barisan syabab pejuang Khilafah ini telah mengadakan usaha seruan tersebut pada hari Jumaat, 15 Jun 2012 setelah selesai solat Jumaat.

Alhamdulillah, respons yang diterima daripada umat sangat memberangsangkan dan umat semakin ambil peduli tentang kebangkitan semula Khilafah.

Sepanduk bertulis 'Mari bersama Hizbut Tahrir tegakkan Khilafah' mengajak umat Islam di Johor Bahru dan juga umat Islam di lain-lain lokasi bersama-sama bergabung tenaga untuk menegakkan semula Khilafah kerana kebangkitan Khilafah di akhir zaman pasti akan berlaku.

Semoga dengan usaha ini, semakin ramai umat Islam di Malaysia akan menyedari betapa pentingnya penegakan kembali Daulah Khilafah agar hukum Allah dapat ditegakkan secara menyeluruh di dalam kehidupan kita, Amin. [abuidris/arrayah.info]

Sila Lihat dan Cuba Hayati Video

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads