Isnin, 16 Julai 2012

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Bersama Mazidul: KEMALANGAN MAUT <b>DI JOHOR BAHRU</b>

Posted: 16 Jul 2012 04:41 AM PDT

Saya dan kru Majalah 3, bergerak dari hotel di Johor Bahru, Johor, pada jam 11 pagi tadi. Sewaktu menuju ke susur keluar ke Senai, kami terlihat kenderaan bergerak perlahan.
Pantas saya mengeluarkan kamera digital dari beg galas.
"Kemalangan maut," ujar pemandu spontan.

Jam tangan menunjukkan pukul 11.15 pagi.

Sebaik kenderaan di parkir di tempat selamat, pantas saya meluru keluar dan merakamkan gambar mangsa, meninggal dunia di lokasi kejadian. 
Seperti biasa gambar, close up jenazah terpaksa dikaburkan.
Hujan turun rintik rintik tidak dipedulikan oleh pegawai dan anggota Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.

Tugasan mereka laksanakan.

Pegawai Penyiasat, Inspektor Haizir Samsuddin kelihatan mencatkan maklumat berhubung kemalangan maut terbabit.
"Seorang lagi mangsa telah dibawa ke hospital, dia cedera parah," bisik anggota bertugas di lokasi sama.
"Dia pembonceng atau penunggang?," soal saya kembali.
"Belum pasti lagi tetapi topi keledar merah itu milik mangsa dihantar ke hospital," balasnya.
Saya perhatikan, kelopak mata mangsa terbuka. 
Ingin saya cuba menutupkannya tetapi bimbang mengganggu tugas pihak berkuasa. Diperhatikan dari jarak dekat, hanya bahagian dagu kiri kelihatan luka sedikit.
Polis turut menemui beg duit dan telefon bimbit mangsa tanpa kad pengenalan diri.
Motosikal jenis Yamaha LC 135 tercampak kira-kira 10 meter dari lokasi mayat terbujur kaku.
Sementara menunggu Inspektor Haizir selesai melaksanakan tugasnya, anggota trafik lain memastikan aliran trafik berjalan lancar. 
Mereka peramah dan tidak lokek senyuman. 
Dengan bantuan jurukamera, Rohaizat Roslan, video blog dirakamkan di lokasi kejadian dan kemudian dimuat naik di laman Facebook saya, klik di sini
Penunggang dipercayai terbabas lalu terlanggar penghadang jalan di sebelah kanan sebelum tercampak kira-kira 10 meter di hadapan.
"Saya kenal pemilik motosikal itu dan telah menghubungi dia di rumah," ujar lelaki di tengah. 
"Ertinya, motosikal ini milik orang lain?," tanya saya.
"Ya. Mungkin adik dia tunggang," balasnya. 
Saya kemudian memaklumkan anggota polis kelihatan cuba menghubungi kenalan mangsa menggunakan telefon bimbit berhubung maklumat diperolehi. 
"Lelaki berbaju merah di seberang jalan mengenali pemilik motosikal," ujar saya ringkas.
Diharapkan tindakan itu memudahkan polis memaklumkan keluarga mangsa berhubung kejadian tidak diduga itu.
Apapun, takziah kepada keluarga mangsa terkorban.
Mudahnya nyawa melayang justeru berhati-hati di jalanraya.

NOTA : Jangan lupa menyaksikan kisah Kru Penyingkap Fakta 666 di Misteri Nusantara, esok, Selasa, jam 9 malam.

i n i k i s a h k i t a: SEHARI <b>DI JOHOR BAHRU</b>

Posted: 16 Jul 2012 09:02 AM PDT

hai..geli tak tajuk kat atas tu? okey, tajuk entry kali ni encik sahabat yang bagi..
sebab tu ayat macam poyo..JB je ponnn..haha
okey la..hari ni adalah hari yang penuh dengan kepenatan..satu hari jalan-jalan cari pasal dengan encik sahabat..rasa macam nak patahhh kaki aku round JUSCO TEBRAU yang besar tu..ditambah dengan terpaksa mengharung sesak time nak masuk highway tadi..
well, orang miskin memang cuma mampu pakai kereta manual..hukhuk..
sebenarnya tak plan pon nak pergi sana, tiba-tiba tengah messege dengan dia pukul 3 pagi semalam, dia ajak jumpa..rindu lettew..haha..so, kalau selama ni asyik dia je yang datang tempat aku..dari zaman MELAKA ke BATU PAHAT..rasanya tak salah kalau kali ni nak tukar angin pulak ke JOHOR BAHRU..kan kan kan? puii..hahaha
alaa, dia tu yang selalu sibuk..aku dapat UITM kat MELAKA, dia pon sibuk dapat praktikal kat melaka..aku still belajar kat MELAKA, dia pon sibuk dapat kerja kat melaka lepas diploma..dan dan aku habis belajar dan balik ke batu pahat, dia pon sibuk dan dan dapat sambung belajar kat UTHM..adoyyy..tak boleh nak jauh sikit ! haha..
so pagi tadi, bagi la tau kat mak dengan abah, diorang on je..berkenan dan percaya mungkin..haha ! kalau dengan yang sebelum ni, diorang takkan cakap apa-apa..tak bagi, tapi tak melarang..well, instinct orang tua..mana kita nak tau kan..hehe..
eh, melalut apa pulak aku ni..haha..
okey back to topic, so gerak dari batu pahat dalam pukul 12 tengahari..lebih kurang sejam dah sampai..terkejut encik sahabat bila laju gila aku drive..haa, baru kau tau kann..tu la, cakap lagi kancil buruk aku tu lagi slow dari RXZ kau..standard bro bawak 120/130..hehehe..
apapon, memang happy sangat-sangat hari ni..sepanjang hari mulut tak berhenti membebel..adaaaa je nak cerita..maklum la, hampir sebulan tak jumpa..banyak cerita nak bagitau..ah, dia pon sama jugak..semua benda nak cakap..hahaha :D
lastly, jom layan gambar-gambar yang sempat di tangkap :)
tak dapat makan kat SUBWAY, dapat MANHATTAN pon okey..hikhik..
teman encik sahabat shopping baju raya..yeay ! dia ambik yang aku pilih ! haha
dan akhir sekali, bersantai lewat petang di DANGA BAYY :D
sekian untuk kali ni..selamat malam dan assalamualaikum..peaceee!


♥ THANKS FOR READING ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads