Jumaat, 27 Julai 2012

01 di kukup - Google Blog Search

01 di kukup - Google Blog Search


Ceritaku untuk mu: <b>Kukup</b>, Johor

Posted: 26 Jul 2012 08:08 PM PDT

Salam sejahtera,salam bahagia buat pembaca sekalian.Bunyi agak formal sikit,maklumlah awal pagi sesudah subuh dah bersiap nak ride ni.Terasa macam nak ke sekolah pula.Pagi-pagi kalau bergerak memang best,udara sejuk menyapu badan memang seronok rasa nak ride lama kalau sejuk macam ni.Dari rumah kami ke sini slow saja Abe Mat bawa...20-30 minit barulah sampai,slow+sejuk kalau laju lagi lah kesejukkan.Bagi bikers hentian sebelum masuk tol Sungai Besi merupakan lokasi pertemuan yang paling sesuai untuk pertemuan ride. Lupa nak beritahu lokasi ride hari ini menuju Kukup,Johor.
Kami jumpa dengan lady bikers ini,khabarnya mereka juga nak ke Selatan juga atau terus shopping di Singapore.

Selesai berjumpa dan bertanya khabar kami semua bergerak menuju ke lokasi masing-masing.

Yes...er6 dah lapar kenalah isi. Ini bukan berlakon tau real!


Jauh sudah perjalanan kami,terasa jauh sebab kena mengisi perut er6 bermakna jarak pergerakan kami sudah menghampiri lebih kurang 309km.





Akhirnya sampai juga kami di Kukup,Johor.


Tadi perut er6 kami isi,kali ini perut tuan punya blog pun dah ada muzik. Jom! cari parking motor dan kedai makan.

Kami parking motor betul-betul depan terminal feri ini,sambil nak bertanyakan tiket feri ke Pulau Karimun.Kalau ada feri yang belum bertolak,maknanya dapatlah kami belayar ke Pulau Karimau. Apa pun isi perut dululah...dah berkerongcong kelaparan ni.Permisi..ibu-ibu,bapak-bapak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads