Rabu, 11 Julai 2012

01 di parit jawa - Google Blog Search

01 di parit jawa - Google Blog Search


CT: PEKAN <b>PARIT JAWA</b>, MUAR

Posted: 17 May 2012 06:33 AM PDT

Wah! Kembali bersua kisah jalan2 bulan April...hahaha. Macam laukku sudah basi tapi nak share jugak...kuikuikui. Kisah jalan2 di Parit Jawa, Muar...yihaaaa. Ala yang pernah keluar kat Majalah 3 beberapa tahun yang lepas.

Memandangkan kat sini memang dijadikan kawasan pelancongan reakrasi dan tempat2 untuk kanak2 bermain pun banyak, kita ambil kesempatan meluangkan sekejap di sini atas tujuan utama nak lunch bersama keluarga. Biasalah pekena asam pedas Parit Jawa yang orang suka dok sebut2 tuh.Ntah ya bagi kita biasa2 je, kalau anak2 kita suka nyebut "ibu masak lagi sedap"...huhuhu
Namun bagi kaki makan lebih-lebih lagi peminat masakan itu, keistimewaan asam pedas sembilang, pari, mayong, jenahak dan merah, apatah lagi dijamu dengan nasi panas  mengatasi segalanya, mak mentua lalu pun tak nampak you! Alahai...hahaha
Yang sudah terkena penangan asam pedas Parit Jawa, jarak beratus batu bukan lagi penghalang untuk mengulangi kunjungan ke jeti nelayan ini.
Pekan Parit Jawa nih masih terpelihara seperti zaman dolu2, bangunan pun masih kekal lama tapi kita suka tengok sebab kalau di Johor Bahru nih semua bangunan lama dah tak wujud. Kalau nak tengok bangunan lama suka kesini. 
Kalau tak silap kita pekan Parit Jawa nih pernah di jadikan sebuah telefilem bertajuk Parit Jawa, yang mana mengisahkan sisi hidup masyarakat Jawa oleh pihak Astro. 
Parit Jawa menyingkap kisah hidup satu keluarga yang berketurunan Jawa dan telah duduk di Parit Jawa, Muar berkurun lamanya, disampaikan di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Jawa, dan ia menyingkap tentang Tuminah dan Sapian yang telah berumur dan mahukan anak-anaknya bersama seperti keluarga lain. Eh! Dah cite filem lak...hahaha. Hentikan!
Suasana kuala sungai yang cukup jelas sebagai pangkalan nelayan dipenuhi bot dan sampan, disertai kehangatan angin laut menambah selera tidak kira di waktu matahari tegak di atas kepala tapi kita tetap nak datang sini...huhuhu
Memandangkan tempat ini tak jauh dari rumah bapa mentua kita, makanya kita kerap juga ke sini. Untunglah hidup haku...hahaha
Pengunjung pasti terpesona melihat keindahan kawasan bot nelayan berkenaan, di samping menghirup udara segar dan desiran ombak dari Selat Melaka, namun kini mereka hanya dapat menyaksikan lumpur yang memenuhi kawasan persekitaran.
Tapi sayang keadaan pantai yang tidak terurus itu menjadikan kawasan yang pernah popular sebagai tempat bersantai dan berkelah pada satu ketika dulu, kini menjadi semakin lengang dan hampir dilupakan. Harap ada pihak yang sudi memgurus tempat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads