01 di pontian - Google Blog Search |
Program Dialog Dekati Masyarakat Akar Umbi <b>Di Pontian</b> Posted: 03 May 2012 01:59 AM PDT Kategori Dari BahagianProgram Dialog Dekati Masyarakat Akar Umbi Di PontianOleh : Wan Mohd Hafiz Wan Hamzah PONTIAN, 3 Mei – Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Ir Husni Mohamad berkata bahawa UMNO Bahagian Pontian kini bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang akan diadakan tidak lama lagi. Menurut beliau, segala gerak kerja telah pun disusun bagi memastikan gerak kerja di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan Pontian berjalan lancar. "Kami di bahagian Pontian mempunyai 36 buah pusat mengundi dan setakat ini, bagi pihak UMNO Bahagian, segala gerak kerja untuk menghadapi pilihanraya ini telah pun dipersiapsiagakan. Buat masa ini, kami telah pun mengadakan mesyuarat pertama dan juga merangka beberapa program turun padang. "Maka, apabila bubar sahaja Dewan Negeri dan Dewan Rakyat, saya berkeyakinan bahawa jentera-jentera Barisan Nasional (BN) dan UMNO khususnya telah bersiap sedia untuk menjalankan gerak kerja bagi memastikan kemenangan BN dan UMNO, InsyaAllah," ujarnya. Dalam usaha untuk menangkis dakyah dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak pembangkang, beliau menjelaskan bahawa BN dan UMNO Bahagian Pontian telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program-program penerangan kepada masyarakat di akar umbi. "Kita akan membawa turun beberapa tokoh dari pusat untuk bersama-sama dalam sesi dialog dan ceramah-ceramah yang akan diadakan di sekitar kawasan Parlimen Pontian. Dan pendekatan ceramah-ceramah yang telah disusun agak berbeza dengan pendekatan sebelum-sebelum ini, khususnya dari segi perjumpaan dan pertemuan itu kelak haruslah bersifat dua hala. Ini akan dapat membuatkan kita lebih memahami dengan jelas perkara-perkara yang berbangkit di akar umbi," jelasnya ketika ditemui di perasmian Larian Bendera di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Pontian semalam. Larian Bendera peringkat zon Selatan diteruskan ke Simpang Renggam, Kluang dan seterusnya dijangka tiba di sebelah petang Jumaat ini di Dataran Batu Pahat, Batu Pahat Johor. Acara pelepasan larian tersebut diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Pontian dan dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Ir Husni Mohamad pada pukul sembilan pagi semalam menyaksikan lebih 150 peserta yang turut serta dalam konvoi larian tersebut. Selain daripada pelari, konvoi tersebut turut dimeriahkan lagi dengan penyertaan lebih 70 buah biji motor daripada pasukan bermotor Pemuda UMNO Bahagian Pontian dan 10 buah kenderaan pacuan empat roda di mana setiap dari kenderaan tersebut mengibarkan bendera UMNO di sepanjang perjalanan. Larian tersebut berakhir di Simpang Renggam pada sebelah petang kira-kira pukul empat petang dan para peserta akan memulakan larian mereka ke Kluang, Ayer Hitam, Sri Gading dan seterusnya dijangka akan tiba ke Batu Pahat di sebelah petang. Acara larian itu peringkat negeri Johor ini akan disambung semula di Parit Sulong pada hari Jumaat ini dan seterusnya peserta akan membuat larian sehingga tiba ke Bakri dan dijangka tiba di Muar pada hari Sabtu ini. – MediaUMNO Berita Bertarikh Pada 4:59 PM |
You are subscribed to email updates from di pontian - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan