Jumaat, 20 Julai 2012

01 di tampoi - Google Blog Search

01 di tampoi - Google Blog Search


Aien Not Alien: Pengalaman <b>Di Tampoi</b>

Posted: 12 Apr 2012 12:30 AM PDT


Entri kali ini aku nak kongsikan sedikit pengalaman mengikuti PAC AADK Siri 1/2012 yang bertempat di Klinik C&C 1 Malaysia Tampoi & beberapa aktiviti sampingan :
  • Pendaftaran dan mendengar taklimat awal. Masa ni aku terjumpa 2 orang course-mate yang berasal dari Batu Pahat, diorang terperanjat tengok aku dari Melaka datang JB, rupa-rupanya semua baru tahu calon Zon Selatan berpusat di JB. 
  • Selesai taklimat terus menduduki Ujian Psikologi yang boleh tahan Psiko-nya dengan masa yang terhad, terkojar-kojar den nak menjawab eaa...haha~
  • Habis Ujian Psikologi terus LDK untuk aktiviti yang memerlukan KBKK dibuat dalam 2 Sesi Bahasa Melayu dan 2 Sesi Bahasa Inggeris. Berbincang sesama ahli kumpulan dan buat pembentangan. Hampir 2 tahun habis belajar, berkarat otak...kikiki~
  • Sudah LDK ada Pengucapan Awam, tajuk dah diberi awal-awal jadi dalam keadaan rushing nak alert Jadual Kumpulan yang sentiasa bertukar ikut aktiviti semua calon kena bersedia dengan isi-isi penting untuk Pengucapan Awam. Agak mendukacitakan aku terlepas pandang "Tidak Dibenarkan Membawa Sebarang Nota Semasa Berucap" dengan slumber ya-yaaa aku pegang kertas sambil bercakap. POTONG MARKAH. Menyesal tak sudah sampai aku terus bad-mood. *Kalau-kalau tak dapat dah tahu sebab apa.
  • Sebelah malam disebabkan bad-mood kawan aku ajak jalan-jalan cuci mata kat Jusco Bukit Indah. Tengah jalan-jalan cuci mata mak aku SMS "Jangan putus asa, esok buat yang terbaik...." terus semangat kembali semula. Habis cuci mata pergi makan Laksam dekat kedai Pokok Ceri, sedapppp gilerrr Laksam!!! Balik rumah buat persiapan untuk Public Speaking keesokkan harinya.
Hari Kedua......BERSAMBUNG.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads