Selasa, 10 Julai 2012

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


! Azlan The Type Writer!: Malam Terakhir <b>Di Negeri Johor</b>

Posted: 09 Jul 2012 05:31 PM PDT

Akhirnya, tiba juga saat ini. Saat teman meninggalkan Kolej Dato' Onn Jaafar. Cewah ayat syahdu je lebih. Padahal bukan sedih pun. Sebenarnya memang dah tak sabar pun teman nak tinggalkan universiti untuk balik kampung. 
Sepanjang semester 2 ini, teman tak dapat balik kampung pun. Minggu lepas pun teman cuma dapat balik rumah untuk 24jam je. Itu pun sebab nak hantar barang kat rumah. Kemudian terpaksa ke Kuala Lumpur untuk urusan rasmi.
Malam semalam malam terakhir teman berada di kolej. Esok nak balik kampung. Kat kolej ni dah lengang pun. Yang tinggal cuma foreigner, international students, dah pelajar short sem. Cuma tengok gambar di atas. Berapa kerat je bilik yang masih menyala lampu. Yang gelap tu confirm dah tak ada penghuni. 
Teman ni sebenarnya terlibat dengan kem seminggu di Pulau Pangkor. Terpaksa kembali ke UTM sebab masih ada barang yang tertinggal dan belum bawa balik ke rumah. Ikutkan hati nak balik rumah terus je, sebab memang rumah dah di Perak.
Inilah cabaran belajar di negeri orang. Johor je pun. Belum lagi negara orang lain macam Australia, Amerika dan lain-lain. Alhamdulillah, bulan Ramadhan jatuh pada cuti semester kali. Bolehlah berpuasa dengan keluarga. Ok sampai sini sahaja entri kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads