Sabtu, 11 Ogos 2012

01 di batu pahat - Google Blog Search

01 di batu pahat - Google Blog Search


Mila Ahmad: Ramadhan pertama <b>di Batu Pahat</b>

Posted: 22 Jul 2012 07:05 PM PDT

Selamat Berpuasa ye kowang. Hari nie, kita telah menjalani ibadah puasa selama 3 hari. Alhamdulillah :)Ari pertama bekerja di bulan puasa aku rasa macam lemau semacam, nak-nak ujan pepagi ni kalau tidur ni pergghhhh best² sebabnya xbole makan heeee....
Puasa pada tahun ni aku telah bergelar 'puan' makanya aku menyambut ramadhan pada kali ni berdua bersama encik suami. Tambah lagi bermakna bila dapat menyambut ramadhan pertama bersama mak dan abah serta mak dan abah mertua heee...best giler wey.
Bulan puasa tahun ni jatuh pada hari cuti so aku dan encik suami merancang untuk pulang ke kampung walaupun 2 minggu lepas kami telah pulang ke Batu Pahat. See??? sejak ada suami ni kitaorang kerap blik kampung. Mesti balik rumah mak bapak aku dan mak bapak mertua sebab rumah family aku belakang rumah family en suami kehkehkehkeh..so haruslah balik 2-2 rumah kan ? kan ? Bukan apa nak berlaku adil sebab rumah xjauh hanya sejengkal jerk.
Puasa pertama, bersahur dan berbuka di rumah mak mertua manakala puasa kedua bersahur di rumah mak aku. Seawal 4 pagi mak aku dah msg bgtau suh datang rumah untuk bersahur. Tapi yang sedihnya xdapat berbuka puasa dirumah mak sendiri sebab kitaowang kena gerak balik ke KL.
Yang bestnye bila nak balik KL ni, mak-mak aku sibuk siapkan juadah untuk aku dan encik suami berbuka bila dah tiba KL nanti. Cakap nak makan apa diaowang masak kan..heeee seronok bila ada 2 mak ni tau. Paling selamat aku tak payah masak haha...*dasar malas *
Baru aku sedar bertuahnya bila ada 2 abah dan 2 mak yang sygkan anak dan menantunya. Terharu jugak dengan layanan yang diberikan T________________T. Mungkin ini adalah hikmah buat aku dan encik suami sebab dengar cakap ibubapa untuk dijodohkan bersama. Semoga kasih sayang ini akan sentiasa melimpah ruah hingga hujung nyawa Aminnnn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads