Ahad, 9 September 2012

01 di benut - Google Blog Search

01 di benut - Google Blog Search


saifulam-agrofarm: KURSUS CENDAWAN <b>DI BENUT</b>,PONTIAN <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2012 03:02 AM PDT

BERMINAT MENYERTAI KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 13 OKTOBER 2012 (SABTU).BOLEH HUBUNGI SAYA SEGERA 0137501589.YURAN HANYA RM150 SAHAJA.DI BERIKAN SIJIL,VCD,NOTA DAN KIT PENANAMAN CENDAWAN.PROMOSI KURSUS DENGAN BAYARAN YURAN TERENDAH RM200 SAHAJA....PELUANG DI BUKA SEKARANG.

saifulam-agrofarm: KURSUS CENDAWAN <b>DI BENUT</b>,PONTIAN <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2012 07:47 PM PDT


BERMINAT MENYERTAI KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 8 SEPTEMBER 2012 (SABTU).BOLEH HUBUNGI SAYA SEGERA 0137501589.YURAN HANYA RM150 SAHAJA.DI BERIKAN SIJIL,VCD,NOTA DAN KIT PENANAMAN CENDAWAN.PROMOSI KURSUS DENGAN BAYARAN YURAN TERENDAH RM150 SAHAJA....PELUANG DI BUKA SEKARANG.

BLOG JOHOR: 01 <b>di benut</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Aug 2012 07:13 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Berasa Optimis DUN <b>Benut</b> Boleh Beri Kejutan – Syed Othman <b>...</b>

Posted: 01 Aug 2012 05:48 PM PDT

image

PONTIAN – Syed Othman Syed Abdullah, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor melahirkan keyakinan yang tinggi bahawa PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut mampu melakarkan kejutan dalam Pilihan raya Umum ke 13 (PRU) nanti kerana berjaya menterjemahkan konsep Negara Berkebajikan.

Katanya, sepanjang pemantauan sebagai Penyelia PAR Johor, Benut antara yang aktif melaksanakan agenda kebajikan dan banyak menerima aduan daripada masyarakat setempat.

"Saya ini bekas pemimpin UMNO. Dia (UMNO) kalah kepada aktiviti kebajikan. Syabas saya ucapkan kerana mampu menterjemahkan erti sebenar hasrat parti kita membangun 'Negara Berkebajikan'.

"Dahulu, Pilihan raya Umum 12, siapa sangka Selangor berjaya ditawan. Justeru itu, peluang cukup tinggi di Johor termasuk Benut kalau tidak berlakunya banyak penipuan dalam PRU nanti.

" Jangan perkecilkan setiap calon yang bertanding. Ingin saya tegaskan, saya pernah ditemu bual oleh pelbagai agensi berita termasuk Berita Harian Singapura. Masuk satu muka surat penuh. Saya katakan yang Johor bukan lagi kubu kuat UMNO," tegasnya lagi.

Syed Othman berkata demikian ketika menyampaikan taklimatnya pada majlis Ramah Mesra PAR Johor bersama PAR Benut di pejabat Majlis Tindakan Dun (MTD) Benut, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Ustaz Atan Gombang, Penyelia PAR Benut, Bachok Welang, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pontian, Ustaz Muhammad Nazar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian.

Pada majlis yang sama, Rombongan PAR Johor berkesempatan turun padang dengan menyantuni masyarakat di beberapa buah keluarga di kawasan Unit Peti Undi (UPU) Parit Mansor.

Terdahulu, program XPDC Kebajikan ini turut berjaya mendengar beberapa keluhan daripada anak muda yang menagih janji kerajaan Barisan Nasional bagi pembinaan gelanggang sepak takraw di kampung terbabit.

Beliau juga dipertemukan dengan masyarakat kampung setelah majlis berbuka puasa telah disertainya di Masjid Jamek Kampung Parit Mansor.

Bagaimanapun, Syed Othman turut dikejutkan dengan satu penemuan apabila ada pasangan warga emas hanya mendiami rumah yang usang dan hampir roboh serta mengharapkan ehsan mana-mana pihak untuk membantu.

Dalam pada itu, aduan-aduan yang diterima, pihaknya sedang berusaha untuk membawa ke peringkat lebih tinggi sebagai tindakan susulan.

Sementara itu, Syed Othman yang juga Ajk PAS Negeri Johor menyatakan penghargaan kepada pengurusan PAR Benut kerana banyak mendedahkan masalah rakyat melalui media massa dan media baru.

"Tahniah sekali lagi kerana Benut memenuhi kriteria. Yang pertama ada media sendiri iaitu facebook Mtd Pas Benut dan yang kedua berjaya tubuh pusat aduan.

"Dengan adanya dua elemen ini, satu usaha agar Ustaz Atan berlatih menjadi YB sebelum menang sebagai wakil rakyat," jelasnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads