Selasa, 18 September 2012

01 di endau - Google Blog Search

01 di endau - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Sep 2012 09:20 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Sep 2012 09:42 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Penyelidik UTHM jayakan penerokaan saintifik <b>di</b> hutan <b>Endau</b>

Posted: 27 Aug 2012 02:16 AM PDT

Seramai 50 orang peserta yang sebahagiannya terdiri daripada penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) meneroka hutan Taman Negara Endau-Rompin selama 9 hari untuk menjalankan pelbagai kajian selain mencari dan merekod maklumat penting berkaitan hutan dan alam semulajadinya.

Ekspedisi Trans Selai-Peta merupakan program anjuran pihak Perbadanan Taman Negara Johor, UTHM dan juga Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Penyelidik UTHM yang diketuai oleh Profesor Datin Dr. Maryati Mohamed memulakan ekspedisi sejauh 44 kilometer bermula dari Selai, Segamat menuju ke Peta, Mersing pada 30 Jun hingga 8 Julai lalu. Ekspedisi itu dianggap antara penjelajahan paling mencabar pernah diadakan berikutan denai digunakan peserta tidak pernah digunakan sejak 10 tahun lalu.


Selain UTHM, ekspedisi tersebut turut membabitkan penyelidik dari Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Universiti Putra Malaysia (UPM),Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Perikanan,  dan dibantu oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), kakitangan Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan masyarakat tempatan iaitu Orang Asli suku Orang Hulu.

Menyusuri denai yang juga laluan utama gajah serta berperang dengan serangan puluhan pacat antara cabaran utama yang dihadapi oleh peserta ekspedisi ini. Perjalanan turut melalui air terjun, mendaki cerun yang curam, menuruni lembah dan meredah hujan  namun semua itu tidak menghalang penyelidik melakukan tugas-tugas merekod, mengumpul dan mengkaji.  

Profesor Datin Dr. Maryati berkata ekspedisi ini adalah bertujuan mengumpulkan bahan kajian flora dan fauna serta melakukan beberapa kajian berkaitan air merangkumi hidrologi, kualiti dan bioindikator. Selain itu turut diberi tumpuan dalam ekspedisi saintifik ini adalah mengenai geologi, landskap, serangga, etnobotani (tumbuhan ubatan), etnoentomologi (serangga penting dalam kehidupan), diversiti orkid, kulat dan juga perikanan.

"Segala maklumat dan penemuan baru yang direkodkan semasa ekspedisi ini diharap dapat dijadikan panduan berguna dan membantu pihak-pihak tertentu untuk sebarang usaha memulihara hutan semulajadi di negara kita," katanya.

Sementara itu, satu sesi pembentangan hasil kajian peringkat awal yang diperolehi pengkaji UTHM yang menyertai Ekspedisi Saintifik Trans Selai-Peta, Taman Negara Endau-Rompin telah diadakan di kampus induk UTHM baru-baru ini.


Dalam sesi pembentangan tersebut, Profesor Datin Dr. Maryati berkata selepas ini kumpulan penyelidik UTHM akan meneruskan kajian masing-masing melalui sampel yang dikutip serta juga akan terus ke lapangan, bagi mengetahui biodiversiti di taman yang dianggarkan berusia 248 juta tahun ini.

Hadir sama mendengarkan pembentangan tersebut Naib Canselor UTHM, Profesor Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin,wakil daripada PTNJ serta pihak media.

Otak bayi bertabur - Lans Koperal Nahas <b>di Endau</b> | boyzonne <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2012 06:37 PM PDT

KOMANDER UiTM JOHOR: Perkhemahan Kompeni JPAM <b>di Endau</b> <b>...</b>

Posted: 01 Aug 2012 07:26 AM PDT



Semua pelajar berkumpul pada jam 3.00 petang di padang kawad sebelum bertolak. Pelajar diberikan taklimat oleh   En. Juakhir bin hassan dan para komander mengenai penginapan, aktiviti dan silibus yang akan dipelajari. Setelah tiba di pusat latihan pada jam 6.30 petang, para peserta diminta memasang khemah masing-masing dan bersiap-sedia untuk bersolat.Pada jam 7.00 petang, para peserta solat jamak marghrib dan Isyak secara berjemaah dan menikmati makan malam yang telah disediakan.Pada jam 9.00 malam, selepas solat dan makan malam diadakan 'Ice Breaking'. Selepas itu diadakan aktiviti LDK(Latihan Dalam Kumpulan). LDK1 lebih kepada aktiviti pengenalan bersama ahli-ahli Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bersama komander-komander pengiring. Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan seperti 'Ice Breaking' dan permainan berkumpulan. Sebelum bersurai, para facilitator telah memberikan taklimat mengenai 'sentri' atau jaga malam.Semua pelajar bersurai pada jam 12.00 malam. Sentri juga telah bermula pada malam pertama dan setiap kumpulan pelajar bergilir-gilir melakukan sentri.
Pelajar bangun pada jam 5.00 pagi dan solat subuh secara berjemaah. Pada jam 6.30 pagi semua pelajar berkumpul di kawasan lapang untuk memulakan latihan jasmani dibawah penyelarasan para fasilitator.
Setelah itu, pelajar menikmati sarapan pagi sebelum ke aktiviti seterusnya. komander bertugas telah mengadakan aktiviti LDK2 dimana para pelajar telah diajar cara untuk melakukan aktiviti ikhtiar hidup.
Pada jam 11.00 pagi, para telah diberikan sedikit penerangan mengenai aktiviti mereka pada hari tersebut iaitu program jungle trekking. Para peserta diberi taklimat oleh renjer yang telah ditugaskan bagi melaksanakan aktiviti ini. Para peserta diminta berbaris memanjang untuk melalui anak sungai, memanjat bukit dan jambatan gantung. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam. Setiba di tempat yang dituju, peserta lelaki ditugaskan untuk mencari kayu buluh, manakala peserta perempuan mengumpulkan kayu api, daun kering dan menyalakannya. Mereka dikehendaki menyediakan makanan tengahari dengan menggunakan bahan-bahan yang telah dibekalkan seperti ubi kentang, ikan kering dan maggi. Oleh sebab hujan lebat, aktiviti seterusnya terpaksa dibatalkan dan para peserta terpaksa pulang ke tapak perkhemahan.
Selepas aktiviti tersebut, para pelajar membersihkan diri serta bersiap-sedia untuk solat jamak maghribdan Isyak. Tepat jam 7.00 petang, para pelajar bersiap sedia untuk solat berjemaah. Selepas selesai solat berjemaah, para pelajar menjamu selera pada jam 8.00 malam. Pada jam seterusnya, aktiviti malam kebudayaan telah diadakan. Para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan tugasan mengikut kumpulan masing-masing. Aktiviti berakhir pada jam 10.00 malam .
Disebabkan hujan renyai-renyai, aktiviti Night Walk telah dicepatkan daripada jadual yang sepatutnya. Aktiviti ini dipandu oleh jurupandu yang telah ditugaskan untuk membawa para peserta menjalani aktiviti tersebut. Aktiviti berakhir pada jam 12.00 malam dan para peserta bersiap-sedia untuk tidur dan berehat.
Pelajar bangun seperti biasa pada jam 6.00 pagi. Pelajar solat subuh secara berjemaah sebelum memulakan senaman dan latihan fizikal.Selepas itu, semua pelajar telah diberikan sarapan pagi. Selepas persiapan diri, pada jam 11.30 pagi renjer bertugas telah mengambil tempat bagi memulakan aktiviti yang seterusnya iaitu pembelajaran berenang dengan menggunakan bahan yang telah dibekalkan manakala para fasilitator disediakan dengan aktiviti berkayak. Sebelum dibenarkan melakukan aktiviti ini, para peserta dan para fasilitator telah diberikan taklimat dan penerangan serta diajar bagaimana menggunakan peralatan yang telah disediakan seperti 'Live Jacket'.Para peserta dikehendaki untuk melakukan aktiviti 'Water Confidence'. Aktiviti ini memerlukan pelajar terjun ke dalam tasik dan dibekalkan dengan 'Live Jacket'. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih pelajar agar tidak panik semasa berada di dalam air. Pelajar telah dibahagikan kepada kumpulan. Setiap kumpulan akan melakukan aktiviti secara bergilir-gilir.Selepas selesai semua aktiviti dijalankan, para pelajar diberikan waktu untuk solat asar berjemaah. Setelah itu, para pelajar diberikan tugas setiap platun bagi membersihkan kawasan perkhemahan selepas makan untuk kali terakhir di tapak perkhemahan. Seterusnya rumusan oleh jurulatih dan sesi bergambar bersama pegawai dan semua komander serta pelajar yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti perkhemahan ini. Para pelajar telah bersiap sedia untuk pulang ke Uitm. Mereka pulang dengan menaiki bas yang telah disediakan. Tepat jam 7.30 petang, para pelajar Kokurikulum Kompeni Jabatan Pertahanan Awam tiba di Uitm Johor. Mereka berkumpul di padang kawad sebelum bersurai.

BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jul 2012 09:23 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Laman Rasmi: TIGA PROGRAM DATO&#39; FAUZI <b>DI</b> ROMPIN DAN <b>...</b>

Posted: 07 Jul 2012 10:08 AM PDT

Pengerusi MPN KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman telah menghadiri tiga program bersama rakyat di sekitar Rompin dan Endau pada 06 Jul 2012 baru-baru ini.  
Program pertama beliau adalah menghadiri jamuan makan malam bersama masyarakat Cina sekitar Rompin di sebuah restoren Cina berhampiran Pekan Rompin.  Turut menjadi tetamu adalah YB Tian Chua (MP Batu) dan YB Zuraidah (MP Ampang) bersama pimpinan DAP dan PAS kawasan Rompin.  Hadir bersama juga adalah Ketua Cabang KEADILAN Rompin, Sdr Rabidin (Wak Rabidin).
Sambutan masyarakat Cina amat memuaskan dan ini merupakan satu sejarah di Rompin di mana satu majlis makan malam diadakan bersama dengan dihadiri oleh berbagai kaum termasuk kaum Orang Asal di Rompin.  Dato' Fauzi, YB Tian Chua, YB Zuraidah dan pemimpin PAS turut berucap ringkas pada jamuan makan malam tersebut.  Dato' Fauzi berjaya menarik perhatian kaum Cina apabila beliau berucap di dalam bahasa Mandarin dan mendapat tepukan gemuruh dari mereka yang hadir.
Selepas jamuan makan malam, Dato' Fauzi bergegas ke Markas PAS Tanjung Endau pula untuk berceramah.  Turut berceramah di sana juga adalah YB Zuraidah dan YB Tian Chua.  Kehadiran orang ramai di Tanjung Endau iaitu satu kawasan kubu kuat Umno di Johor itu boleh dibanggakan.  Dato' Fauzi banyak mengimbas kembali sejarah perjuangan pemimpin Umno dahulu yang sanggup berkorban harta mereka demi memperjuangkan nasib rakyat.  Pemimpin Umno mula mengira harta benda dan kepentingan diri serta keluarga dan kroni masing-masing bermula di zaman Tun Mahathir hinggalah sekarang.
Walaupun agak kelewatan untuk Dato' Fauzi berceramah di Dataran Rompin selepas itu, beliau tetap hadir ke sana untuk menemui masyarakat setempat yang ramai hadir di situ.  Di Dataran Rompin, YB Tian Chua dan YB Zuraidah juga berkesempatan berucap sebelum ketibaan Dato' Fauzi.  Di kesempatan itu, beliau mengambil masa yang agak panjang untuk berbual mesra bersama masyarakat dan pimpinan setempat di sebuah kedai makan berhampiran Dataran Rompin. 
Keseluruhannya, program yang diadakan di Rompin dan Endau amat berjaya di mana semua program yang diadakan mendapat sambutan yang baik.  Satu petanda bahawa Rompin bukan lagi kawasan selamat buat Umno/Bn.  Melihat kepada sambutan rakyat setempat di Endau pula, memang benarlah seperti yang didakwa, Johor juga kini terancam dengan kemaraan Pakatan Rakyat.  InsyaAllah, Pahang dan Johor bukan negeri yang didakwa oleh Daim Zainuddin sebagai di antara negeri yang kekal di bawah Umno/Bn.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads