BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search Posted: 10 Sep 2012 09:42 AM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info URL Sumber Asal :-
Penyelidik UTHM jayakan penerokaan saintifik <b>di</b> hutan <b>Endau</b> Posted: 27 Aug 2012 02:16 AM PDT Seramai 50 orang peserta yang sebahagiannya terdiri daripada penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) meneroka hutan Taman Negara Endau-Rompin selama 9 hari untuk menjalankan pelbagai kajian selain mencari dan merekod maklumat penting berkaitan hutan dan alam semulajadinya. Ekspedisi Trans Selai-Peta merupakan program anjuran pihak Perbadanan Taman Negara Johor, UTHM dan juga Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Penyelidik UTHM yang diketuai oleh Profesor Datin Dr. Maryati Mohamed memulakan ekspedisi sejauh 44 kilometer bermula dari Selai, Segamat menuju ke Peta, Mersing pada 30 Jun hingga 8 Julai lalu. Ekspedisi itu dianggap antara penjelajahan paling mencabar pernah diadakan berikutan denai digunakan peserta tidak pernah digunakan sejak 10 tahun lalu. Selain UTHM, ekspedisi tersebut turut membabitkan penyelidik dari Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Universiti Putra Malaysia (UPM),Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Perikanan, dan dibantu oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), kakitangan Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan masyarakat tempatan iaitu Orang Asli suku Orang Hulu. Menyusuri denai yang juga laluan utama gajah serta berperang dengan serangan puluhan pacat antara cabaran utama yang dihadapi oleh peserta ekspedisi ini. Perjalanan turut melalui air terjun, mendaki cerun yang curam, menuruni lembah dan meredah hujan namun semua itu tidak menghalang penyelidik melakukan tugas-tugas merekod, mengumpul dan mengkaji. Profesor Datin Dr. Maryati berkata ekspedisi ini adalah bertujuan mengumpulkan bahan kajian flora dan fauna serta melakukan beberapa kajian berkaitan air merangkumi hidrologi, kualiti dan bioindikator. Selain itu turut diberi tumpuan dalam ekspedisi saintifik ini adalah mengenai geologi, landskap, serangga, etnobotani (tumbuhan ubatan), etnoentomologi (serangga penting dalam kehidupan), diversiti orkid, kulat dan juga perikanan. "Segala maklumat dan penemuan baru yang direkodkan semasa ekspedisi ini diharap dapat dijadikan panduan berguna dan membantu pihak-pihak tertentu untuk sebarang usaha memulihara hutan semulajadi di negara kita," katanya. Sementara itu, satu sesi pembentangan hasil kajian peringkat awal yang diperolehi pengkaji UTHM yang menyertai Ekspedisi Saintifik Trans Selai-Peta, Taman Negara Endau-Rompin telah diadakan di kampus induk UTHM baru-baru ini. Dalam sesi pembentangan tersebut, Profesor Datin Dr. Maryati berkata selepas ini kumpulan penyelidik UTHM akan meneruskan kajian masing-masing melalui sampel yang dikutip serta juga akan terus ke lapangan, bagi mengetahui biodiversiti di taman yang dianggarkan berusia 248 juta tahun ini. Hadir sama mendengarkan pembentangan tersebut Naib Canselor UTHM, Profesor Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin,wakil daripada PTNJ serta pihak media. | Otak bayi bertabur - Lans Koperal Nahas <b>di Endau</b> | boyzonne <b>...</b> Posted: 04 Aug 2012 06:37 PM PDT ENDAU: "Saya turun daripada lori sejurus kemalangan dan ketika itu, selain membantu dua mangsa yang tersepit di dalam kereta, orang ramai turut mengutip cebisan otak bayi yang melekat pada enjin kereta," kata Rizuan Ghozali, 28, semalam. Rizuan yang bekerja sebagai pemandu lori membawa muatan kelapa sawit ditemui selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dengan kereta dinaiki lima sekeluarga di Kilometer 2, Jalan Mersing-Endau, jam 11.45 pagi semalam. Dalam kejadian itu, pemandu kereta, Lans Koperal Hazwan Harun, 43, yang juga anggota polis di Balai Polis Bandar Penawar, Kota Tinggi, cedera parah manakala isterinya, Normah Daud, 30-an, ibunya, Saemah Sulaiman, 68, dan bapanya, Harun Ab Majid, 70, cedera dan dikejarkan ke Hospital Mersing untuk rawatan. Anak perempuan pasangan itu, Idayatul Naziha berusia tujuh bulan, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala. Ketika kejadian, keluarga berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke kampung Hazwan di Gua Musang, Kelantan. | KOMANDER UiTM JOHOR: Perkhemahan Kompeni JPAM <b>di Endau</b> <b>...</b> Posted: 01 Aug 2012 07:26 AM PDT Semua pelajar berkumpul pada jam 3.00 petang di padang kawad sebelum bertolak. Pelajar diberikan taklimat oleh En. Juakhir bin hassan dan para komander mengenai penginapan, aktiviti dan silibus yang akan dipelajari. Setelah tiba di pusat latihan pada jam 6.30 petang, para peserta diminta memasang khemah masing-masing dan bersiap-sedia untuk bersolat.Pada jam 7.00 petang, para peserta solat jamak marghrib dan Isyak secara berjemaah dan menikmati makan malam yang telah disediakan.Pada jam 9.00 malam, selepas solat dan makan malam diadakan 'Ice Breaking'. Selepas itu diadakan aktiviti LDK(Latihan Dalam Kumpulan). LDK1 lebih kepada aktiviti pengenalan bersama ahli-ahli Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bersama komander-komander pengiring. Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan seperti 'Ice Breaking' dan permainan berkumpulan. Sebelum bersurai, para facilitator telah memberikan taklimat mengenai 'sentri' atau jaga malam.Semua pelajar bersurai pada jam 12.00 malam. Sentri juga telah bermula pada malam pertama dan setiap kumpulan pelajar bergilir-gilir melakukan sentri. Pelajar bangun pada jam 5.00 pagi dan solat subuh secara berjemaah. Pada jam 6.30 pagi semua pelajar berkumpul di kawasan lapang untuk memulakan latihan jasmani dibawah penyelarasan para fasilitator. Setelah itu, pelajar menikmati sarapan pagi sebelum ke aktiviti seterusnya. komander bertugas telah mengadakan aktiviti LDK2 dimana para pelajar telah diajar cara untuk melakukan aktiviti ikhtiar hidup. Pada jam 11.00 pagi, para telah diberikan sedikit penerangan mengenai aktiviti mereka pada hari tersebut iaitu program jungle trekking. Para peserta diberi taklimat oleh renjer yang telah ditugaskan bagi melaksanakan aktiviti ini. Para peserta diminta berbaris memanjang untuk melalui anak sungai, memanjat bukit dan jambatan gantung. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam. Setiba di tempat yang dituju, peserta lelaki ditugaskan untuk mencari kayu buluh, manakala peserta perempuan mengumpulkan kayu api, daun kering dan menyalakannya. Mereka dikehendaki menyediakan makanan tengahari dengan menggunakan bahan-bahan yang telah dibekalkan seperti ubi kentang, ikan kering dan maggi. Oleh sebab hujan lebat, aktiviti seterusnya terpaksa dibatalkan dan para peserta terpaksa pulang ke tapak perkhemahan. Selepas aktiviti tersebut, para pelajar membersihkan diri serta bersiap-sedia untuk solat jamak maghribdan Isyak. Tepat jam 7.00 petang, para pelajar bersiap sedia untuk solat berjemaah. Selepas selesai solat berjemaah, para pelajar menjamu selera pada jam 8.00 malam. Pada jam seterusnya, aktiviti malam kebudayaan telah diadakan. Para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan tugasan mengikut kumpulan masing-masing. Aktiviti berakhir pada jam 10.00 malam . Disebabkan hujan renyai-renyai, aktiviti Night Walk telah dicepatkan daripada jadual yang sepatutnya. Aktiviti ini dipandu oleh jurupandu yang telah ditugaskan untuk membawa para peserta menjalani aktiviti tersebut. Aktiviti berakhir pada jam 12.00 malam dan para peserta bersiap-sedia untuk tidur dan berehat. Pelajar bangun seperti biasa pada jam 6.00 pagi. Pelajar solat subuh secara berjemaah sebelum memulakan senaman dan latihan fizikal.Selepas itu, semua pelajar telah diberikan sarapan pagi. Selepas persiapan diri, pada jam 11.30 pagi renjer bertugas telah mengambil tempat bagi memulakan aktiviti yang seterusnya iaitu pembelajaran berenang dengan menggunakan bahan yang telah dibekalkan manakala para fasilitator disediakan dengan aktiviti berkayak. Sebelum dibenarkan melakukan aktiviti ini, para peserta dan para fasilitator telah diberikan taklimat dan penerangan serta diajar bagaimana menggunakan peralatan yang telah disediakan seperti 'Live Jacket'.Para peserta dikehendaki untuk melakukan aktiviti 'Water Confidence'. Aktiviti ini memerlukan pelajar terjun ke dalam tasik dan dibekalkan dengan 'Live Jacket'. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih pelajar agar tidak panik semasa berada di dalam air. Pelajar telah dibahagikan kepada kumpulan. Setiap kumpulan akan melakukan aktiviti secara bergilir-gilir.Selepas selesai semua aktiviti dijalankan, para pelajar diberikan waktu untuk solat asar berjemaah. Setelah itu, para pelajar diberikan tugas setiap platun bagi membersihkan kawasan perkhemahan selepas makan untuk kali terakhir di tapak perkhemahan. Seterusnya rumusan oleh jurulatih dan sesi bergambar bersama pegawai dan semua komander serta pelajar yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti perkhemahan ini. Para pelajar telah bersiap sedia untuk pulang ke Uitm. Mereka pulang dengan menaiki bas yang telah disediakan. Tepat jam 7.30 petang, para pelajar Kokurikulum Kompeni Jabatan Pertahanan Awam tiba di Uitm Johor. Mereka berkumpul di padang kawad sebelum bersurai. |
|
Penyelidik UTHM jayakan penerokaan saintifik <b>di</b> hutan <b>Endau</b> <b>...</b> Posted: 11 Sep 2012 12:48 AM PDT Seramai 50 orang peserta yang sebahagiannya terdiri daripada penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) meneroka hutan Taman Negara Endau-Rompin selama 9 hari untuk menjalankan pelbagai kajian selain mencari dan merekod maklumat penting berkaitan hutan dan alam semulajadinya.Ekspedisi Trans Selai-Peta merupakan program anjuran pihak Perbadanan Taman Negara Johor, UTHM dan juga Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Penyelidik UTHM yang diketuai oleh Profesor Datin Dr. Maryati Mohamed memulakan ekspedisi sejauh 44 kilometer bermula dari Selai, Segamat menuju ke Peta, Mersing pada 30 Jun hingga 8 Julai lalu. Ekspedisi itu dianggap antara penjelajahan paling mencabar pernah diadakan berikutan denai digunakan peserta tidak pernah digunakan sejak 10 tahun lalu. Selain UTHM, ekspedisi tersebut turut membabitkan penyelidik dari Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Universiti Putra Malaysia (UPM),Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Perikanan, dan dibantu oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), kakitangan Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan masyarakat tempatan iaitu Orang Asli suku Orang Hulu.Menyusuri denai yang juga laluan utama gajah serta berperang dengan serangan puluhan pacat antara cabaran utama yang dihadapi oleh peserta ekspedisi ini. Perjalanan turut melalui air terjun, mendaki cerun yang curam, menuruni lembah dan meredah hujan namun semua itu tidak menghalang penyelidik melakukan tugas-tugas merekod, mengumpul dan mengkaji. Profesor Datin Dr. Maryati berkata ekspedisi ini adalah bertujuan mengumpulkan bahan kajian flora dan fauna serta melakukan beberapa kajian berkaitan air merangkumi hidrologi, kualiti dan bioindikator. Selain itu turut diberi tumpuan dalam ekspedisi saintifik ini adalah mengenai geologi, landskap, serangga, etnobotani (tumbuhan ubatan), etnoentomologi (serangga penting dalam kehidupan), diversiti orkid, kulat dan juga perikanan. "Segala maklumat dan penemuan baru yang direkodkan semasa ekspedisi ini diharap dapat dijadikan panduan berguna dan membantu pihak-pihak tertentu untuk sebarang usaha memulihara hutan semulajadi di negara kita," katanya. Sementara itu, satu sesi pembentangan hasil kajian peringkat awal yang diperolehi pengkaji UTHM yang menyertai Ekspedisi Saintifik Trans Selai-Peta, Taman Negara Endau-Rompin telah diadakan di kampus induk UTHM baru-baru ini. Dalam sesi pembentangan tersebut, Profesor Datin Dr. Maryati berkata selepas ini kumpulan penyelidik UTHM akan meneruskan kajian masing-masing melalui sampel yang dikutip serta juga akan terus ke lapangan, bagi mengetahui biodiversiti di taman yang dianggarkan berusia 248 juta tahun ini.Hadir sama mendengarkan pembentangan tersebut Naib Canselor UTHM, Profesor Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin,wakil daripada PTNJ serta pihak media. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan