Ahad, 9 September 2012

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di kahang</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Aug 2012 01:47 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Posted:

[unable to retrieve full-text content]

BLOG JOHOR: 01 <b>di kahang</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Aug 2012 01:39 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Yakin <b>Gelang Patah</b> Punya Persaingan Sengit – Jui Meng <b>...</b>

Posted: 31 Jul 2012 12:39 AM PDT

Rumah > Uncategorized > Yakin Gelang Patah Punya Persaingan Sengit – Jui Meng

image

SKUDAI – Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor melahirkan keyakinan bukan sahaja Parlimen Gelang Patah bakal mewujudkan persaingan yang sengit, malah membabitkan keseluruhan kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di negeri ini.

Bagaimanapun, Jui Meng menafikan berlaku pertukaran kerusi antara parti itu dengan DAP pada Pilihan raya Umum Ke 13 (PRU) sehingga menyebabkan hubungan rakan politik dalam Pakatan Rakyat (PR) itu dingin.

Dalam pada itu, beliau mengakui kadangkala wujud perubahan bagi kerusi tertentu pada saat-saat akhir namun setakat ini, ia masih kekal seperti sebelumnya.

Mengulas lanjut, bekas Menteri Kesihatan itu berkata, adalah sesuatu yang tidak boleh dijadikan isu berhubung desas desus kononnya akan berlaku pertukaran kerusi Parlimen Gelang Patah apabila Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau disebut-sebut akan bertanding di Parlimen terbabit, manakala PKR ditukarkan ke kawasan lain.

"Saya menyerahkan kepada pucuk pimpinan PR untuk membuat keputusan siapa yang bakal bertanding di Parlimen Gelang Patah sama ada DAP atau PKR. Itu bukan isunya yang penting adalah kemenangan.

"Hubungan antara PKR dan DAP juga tiada masalah. Baru-baru ini, saya dan Dr Boo menyampaikan ceramah di Pasir Gudang serta sambutan diterima semakin memberangsangkan," katanya dalam satu kenyataan.

BLOG JOHOR: 01 <b>di kahang</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Jul 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Apa punca Muhyiddin sampai takut <b>Gelang Patah</b> pun jatuh ke <b>...</b>

Posted: 16 Jul 2012 07:01 AM PDT


Malaysiakini melaporkan:

Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu BN Gelang Patah berusaha habis-habisan dalam mempertahankan kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang menurutnya akan berlangsung "tidak lama lagi."

Timbalan perdana menteri merangkap timbalan pengerusi BN berkata kerusi Parlimen Gelang Patah perlu dipertahankan kerana ia menempatkan pusat pentadbiran kerajaan negeri Johor iaitu Nusajaya.

"Saya meminta setiap anggota Umno bahagian Gelang Patah dan anggota komponen BN mempertahankan habis-habisan Parlimen Gelang Patah. Tidak ada masa untuk istirahat lagi, kita kena kerja keras 24 jam sehari untuk memastikan kemenangan (BN)," katanya hari ini. - Mkini.

      
Kalau tengok ke jumlah majoriti yang calon BN menang masa PRU12 dulu tak berapa sesuai Muhyiddin sampai kena kata dia mau BN Gelang Patah berusaha habis-habisan mempertahankan kerusi parlimen Gelang Patah. Majoriti 8.851 undi bukannya sikit. Kalau di bawah 1,000 undi patut la kut Muhyiddin kata macam tu.

Tapi itulah sebenarnya realiti di Johor sekarang ni. Kalau majoriti bawah 10,000 pun Muhyiddin dah tak sedap hati maknanya memang tak mustahil macam kata sebilangan penganalisa politik yang Johor akan dilanda tsunami politik masa PRU13 nanti.

Kalau tengok keputusan pilihanraya kat bawah ni mungkin hangpa akan manpak sesuatu.

Dari majoriti 31,666 undi masa PRU11 boleh berkurang kepada cuma 8,851 udi masa PRU12. Itu dalam keadaan pengundi cina masih ramai mengundi calon BN, tak macam di Selangor dan Perak masa PRU12.

Kalau betul pengundi cina akan undi calon PR sehingga ke 90%, memang kompom Gelang Patah pun akan jatuh ke tangan PR pada PRU13 nanti. Dengan peratus pengundi cina lebih 50% memang patut sangat Muhyiddin susah hati dengan Parlimen Gelang Patah.

Lagi satu, yang mungkin jadi penyebab Muhyiddin Yasin tak sedap duduk dengan Gelang patah ni pasai ada jugak khabar angin yang kata ada kemungkinan Salahuddin Ayub akan bertanding di Parlimen Gelang Patah. Walaupun masa PRU12 dulu kerusi ni calon dari PKR yang bertanding tak mustahil PAS dan PKR akan bertukar kerusi.

Selain dari tu ada jugak khabar angin yang kata  Salahuddin Ayub  akan bertanding di Dun Nusajaya. Kalau Salahuddin bertanding di Dun Nusajaya tentu punya akan bagi kesan kepada Parlimen Gelang Patah pasai Dun Nusajaya di bawah Parlimen Gelang Patah.

Walaupun penchachai Umno dok kata Salahuddin Ayub di halau dari Kelantan dan akan 'terbunuh' di johor tapi tu tak lebih dari sekadar usaha depa nak spin. Yang sebenarnya Umno Johoe memang cukup rasa tergugat dengan keputusan Salahuddin Ayub balik bertanding di negeri kelahiran dia tu.

Sebenarnya bukan takat Gelang Patah saja yang Muhyiddin tak senang duduk tapi ada 8 lagi kerusi parlimen yang pengundi melayu bawah 50% yang berpotensi untuh calon BN kalah.

Itu tak termasuk lagi 8 kerusi ang pengundi melayu di bawah 55% yang jugak berpotensi untuk Pakatan Rakyat menang. Nak tau detail pasai kerusi-kerusi tu siap dengan analisa politik Johor dari kacamata PAS hangpa boleh baca dalam Harakah cetak edisi terbaru (16-19 Julai)

Kalau payah nak cari kat kedai boleh langgan Harakah cetak edisi online.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads