01 di kluang - Google Blog Search |
- pertama kali beraya <b>di KLUANG</b> - Nana + Amrul = Damia
- ANEH!! Pelepah pinang berwajah manusia <b>di KLUANG</b>, Johor
- KUMPULAN KONGSIGELAP MENGEMBANGKAN SAYAPNYA <b>DI</b> <b>...</b>
pertama kali beraya <b>di KLUANG</b> - Nana + Amrul = Damia Posted: 29 Aug 2012 06:14 PM PDT caya tak?selama 6 tahun kawen ni pes time beraya kt kluang..heheh selama ni amrul g raya umah kawan2 dia solo je..tahun ni amek..satu kerabat angkut haha..baru meriah ari rabu tu dah tengahari memasing bosan kan tak de nak beraya mana tros amrul tanya kalau kita balik kluang arini nak tak?aku on je..sebab nye mmg dah bosan pon raya kt kl nak g umah kawan2 seme balik kampung.. ari rabu tu sempat beraya satu rumah kt umah kawan amrul kat semenyih, sebab alang2 turun semenyih sebab nak konvoi ngan MIL skali balik kluang, dari KL dua kete amrul bawa kete MIL kete tu muat seme barang2 & kucing2 ada 4 ekor yang dari kluang MIL bawa kl juga nk beraya hehe... aku plak drive kete aku bawa MIL & adik2 ipar 2 orang sama mia..gerak dari semenyih ikut highway lekas kuar kat senawang pastu tros naik highway g kluang..adeh bole tahan ngantuk mata aku drive petang2 kan..aku tak suke kalau drive jauh time petang2 sebab ntah bape puluh kali nguap...rasa ngantuk je kuatkan ekon otomatik mata jadi segar hahaha.. esok nye ari khamis, raya kelima kami start beraya kat umah kawan2 amrul bole tahan meriah juga rupanya beraya kt kluang..sebab kawan2 amrul dok ajak beraya umah kan..penuh jadual raya aku masa kt kluang..konon2 nak g batu pahat beraya umah afne & beraya umah sue xjadi.. raya kelima kat mekdi kluang heheeh..ngidam nak mcm GCB p/s : tlg jangan cakap saya gemok yea sebab saya tau mmg saya gemok hahaa malam tu beraya 3 buah umah kwn2 amrul ni seme anak2 sarjan dalam ramai2 mia paling tua tapi 3 orang ni seme sama baya la lahir tahun 2008 cuma damia plg awl lahir bln 4, raya ke-6 plak pagi2 MIL ajak joging kat gunung lambak..aku ikut je tapi tak joging malas hahaha...masa diorang nak naik gunung lambak tu aku bawa mia mandi kat kolam kat bawah gunung lambak tu, masuk sorang RM5 dewasa kanak2 sorang RM1 masa ni kul 7.59a.m pagi2 dah berendam haha..aku celop kaki pon grrr sejuk mia selamba je, xde orang pon ktorg je sekeluarga yg mandi hahah ye la org sebok beraya lg awak g mandi manda |
ANEH!! Pelepah pinang berwajah manusia <b>di KLUANG</b>, Johor Posted: 16 Aug 2012 06:09 AM PDT KLUANG - Seorang warga emas, Tan Gek Yong, 70, terkejut apabila pokok pinang yang ditanam di tepi rumahnya di Jalan Haji Manan, di sini mengeluarkan pelepah yang menyerupai wajah manusia. Menurutnya, pokok pinang tersebut sudah hampir 10 tahun ditanam namun tidak pernah menunjukkan sebarang keanehan sebelum ini. Katanya, kejadian aneh itu disedari sejak seminggu lalu sewaktu dia mahu menyiram pokok di halaman rumah dan terkejut apabila melihat pelepah terbabit. "Saya hanya lihat sekejap sahaja pelepah itu kerana apabila melihatnya lama seolah-olah pelepah yang berwajah manusia sedang senyum itu tepat memandang saya. "Sebelum ini, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku dan saya membersihkan pelepah itu setiap hari. Tetapi pada kali ini amat mengejutkan kerana wajah yang terdapat di pelepah itu lengkap dengan sepasang mata, hidung dan mulut," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Tambahnya, dia tidak berani mendekati pokok pinang itu kerana mempercayai ia ada kaitan dengan unsur paranormal namun anaknya menyatakan itu adalah kejadian biasa. Sementara itu, terdapat enam pokok pinang ditanam di kawasan rumahnya tetapi hanya satu sahaja yang mengeluarkan pelepah berwajah manusia. "Bagaimanapun, saya tidak akan jualnya kerana pokok itu sudah lama saya tanam dan saya sayang pokok itu," katanya. Sementara itu, anaknya, Teng Num Ting, 37, berkata, dia melihat pelepah pokok itu dua hari lepas setelah diberitahu ibunya."Pelepah itu memang menyerupai wajah manusia dan saya terkejut apabila melihatnya. Walaupun sebelum ini pokok itu mengeluarkan banyak pelepah tetapi pada kali ini ia amat berlainan. "Bagi saya, ia sangat unik dan pelik malah ibu saya yang selalu melihat pokok terbabit turut terkejut dengan kejadian yang berlaku itu," katanya. |
KUMPULAN KONGSIGELAP MENGEMBANGKAN SAYAPNYA <b>DI</b> <b>...</b> Posted: 07 Aug 2012 03:30 AM PDT KLUANG 6 Ogos - Pergaduhan antara dua kumpulan samseng dikenali sebagai Kaw Lak Kaw (969) dan Jin Ngee Thong yang berpunca daripada perebutan kawasan mengakibatkan seorang anggota salah satu geng itu cedera parah akibat diserang sekumpulan 40 lelaki, kelmarin. Dalam kejadian di Taman Suria di sini pukul 11 malam itu, mangsa berusia 28 tahun terpaksa menerima 10 jahitan di kepala akibat ditetak dan dipukul dengan parang panjang, rotan, kayu snuker, kayu beluti dan pisau. Mangsa yang merupakan ahli kumpulan Kaw Lak Kaw (969) sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan baik dengan ahli Jin Ngee Thong tetapi berselisih faham akibat perebutan kawasan selain enggan menyertai kumpulan terbabit. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali berkata, polis menahan suspek berusia 34 tahun yang merupakan pengurus sebuah pusat hiburan di sini dan seorang lagi berumur 16 tahun yang tidak lagi bersekolah."Terdahulu polis merampas rotan, kayu snuker dan kayu beluti yang ditinggalkan oleh kumpulan itu di lokasi kejadian. "Polis kini mencari dua lelaki bagi membantu siasatan kes itu dan kita juga telah mengenal pasti kesemua suspek," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di sini hari ini. Abdul Majid berkata, lelaki yang diburu itu ialah Ng Chai Lai @ Ong Lai Yu, 43, dipercayai merupakan ketua kumpulan Jin Ngee Thong dan Ng Kim Chay @ Kong Chai, 32. Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa pada awalnya minum di kedai mamak bersama enam rakan lain tetapi dua daripadanya beredar awal iaitu sebelum serangan berlaku. Katanya, serangan kumpulan itu mencederakan mangsa dan seorang rakannya yang berusia 18 tahun manakala yang lain berjaya melarikan diri. Menurut Abdul Majid, mangsa dirawat di Hospital Kluang bersama rakannya yang cedera ringan. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda. |
You are subscribed to email updates from di kluang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan