01 di kluang - Google Blog Search |
Wujudnya kampung 'hantu' <b>di Kluang</b> - LAMAN KL-TODAY.COM Posted: 26 Sep 2012 06:28 PM PDT Ada papan tanda, tetapi kampungnya tidak wujud, malah penduduk juga tidak kelihatan.Begitulah kepelikan yang menerpa setiap orang yang melalui Jalan Kluang-Kota Tinggi di Johor di sini yang tertanya-tanya dengan kewujudan sebuah papan tanda bertulis Kampung Muafakat, berhampiran ladang Felda Bukit Tongkat.Ini kerana jika mereka masuk ke kawasan itu, lebih kurang empat kilometer daripada papan tanda berkenaan, tidak ada sebuah rumah pun dijumpai. Menurut Pentadbir Tanah Daerah Kluang, Abdul Malik Ismail, hasil tinjauan dan pemeriksaan pihaknya di kawasan tersebut mendapati kampung yang dimaksudkan memang tidak wujud. "Kawasan ini diterokai secara haram oleh individu tidak bertanggungjawab. "Papan tanda Kampung Muafakat ini hanya diwujudkan bagi melindungi kegiatan pencerobohan haram di sini," katanya kepada Sinar Harian. Abdul Malik berkata, kampung itu dipercayai diwujudkan oleh seorang ketua peneroka haram di dalam kawasan tanah Hutan Simpan Kluang. 254.9 hektar kawasan 'kampung' diteroka secara haram Menurutnya, Kampung Muafakat tidak pernah diketahui kewujudannya, malah ia tidak pernah mendapat kelulusan daripada Pejabat Tanah Daerah Kluang. "Jika tiada aduan diterima daripada penduduk di kawasan Felda Bukit Tongkat, memang kami tidak menyedari akan perkara ini. "Hasil lawatan dan pemeriksaan di kawasan yang telah dicerobohi itu kami mendapati, peneroka haram ini telah mula menanam kelapa sawit, sayur-sayuran serta turut mendirikan bangunan sarang burung walit," katanya. "Memang tiada sebarang penempatan di sini. Penduduk tempatan juga tidak ada melainkan pendatang asing yang dipercayai bekerja sebagai kuli di kawasan kebun sayur tersebut. "Selepas pihak kami membuat tinjauan, semakan terus dilakukan oleh Pejabat Tanah Kluang dan hasilnya kami mendapati status tanah kampung tersebut tidak pernah mendapat kelulusan malah tiada permohonan dilakukan sehingga sekarang. "Jabatan Perhutanan daerah Kluang pula mengesahkan tanah yang diceroboh itu telah dibebaskan pada 1976 namun ia masih belum diwartakan sehingga sekarang dan ia masih berada di dalam penjagaan dan bidang kuasa mereka. "Ia sekali gus membuktikan Kampung Muafakat tidak pernah wujud," katanya. Usaha jejaki 'ketua kampung', pemaju Dalam pada itu, menurut Abdul Malik, pihaknya kini sedang berusaha menjejak 'ketua' dan 'pemaju' kampung tersebut yang nama mereka tertera di atas papan tanda berkenaan. Selain itu, tegasnya, Kampung Muafakat kini berstatus tanah yang diceroboh kerana semua kerja tanaman yang dilakukan di kawasan tersebut tidak mendapat kelulusan daripada mana-mana jabatan sama ada Pejabat Tanah ataupun Pejabat Perhutanan Daerah Kluang. "Berikutan daripada apa yang berlaku, pihak kami akan mengadakan tindakan bersepadu dengan pihak polis, Rela, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Imigresen dalam masa yang terdekat ini. "Ia harus dijalankan bagi menyekat aktiviti pencerobohan haram ini yang dianggarkan aktif lebih sepuluh tahun," katanya. Menurutnya, siasatan lanjut juga akan diadakan untuk mengetahui dalang sebenar yang memberi kebenaran kepada individu terbabit untuk menceroboh tanah hutan simpan itu sehingga menjadi ladang sayur dan kelapa sawit. Pagar gajah juga rosak Sementara itu, Ketua Peneroka Felda Bukit Tongkat, Md Yasa Awi Ba berkata, 'kampung' yang dikenali sebagai Kampung Muafakat itu sudah lama wujud, malah hampir sepuluh tahun. "Pada waktu itu, mereka yang menceroboh kawasan tersebut tidak melakukan sebarang kerosakan di kawasan ladang Bukit Tongkat. Jadi tiada aduan dibuat. "Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, mereka yang tidak bertanggungjawab telah melakukan kerosakan ke atas pagar gajah serta parit gajah yang menjadi sempadan antara kawasan ladang dan tanah hutan simpan Kluang yang diceroboh itu. Disebabkan itu ramai pemilik ladang mula bengang dan buat aduan kepada pihak berwajib," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Md Yasa berkata, apabila pagar gajah sudah dirosakkan, maka pemilik ladang mengalami kerugian kerana gajah liar memasuki kawasan ladang dan memusnahkan tanaman. Pengurus Felda Bukit Tongkat, Zainal Abidin Jilani berkata, laporan mengenai wujudnya Kampung Muafakat sudah lama diketahui malah terdapat juga individu dilihat keluar masuk ke dalam ladang berkenaan. Beliau berkata, pada masa ini kawasan tersebut sudah menjadi ladang sayur-sayuran dan kelihatan seolah-olah sudah menjadi hak milik mereka. "Pihak Felda setakat ini tidak pernah mengambil sebarang tindakan ke atas mereka namun, disebabkan mereka telah merosakkan pagar gajah, pihak kami perlu lakukan sesuatu. "Bagaimanapun, saya harap masalah tersebut dapat diatasi segera. Jika tidak peneroka Felda akan mengalami kerugian dengan menanggung kos membaiki pagar serta parit gajah," katanya. Sumber: Sinar Harian Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel… KLIK SINI |
Pengalaman Bantu Ahmad Fuad Juara <b>di</b> Litar <b>Kluang</b> | Dunia Sukan Posted: 23 Sep 2012 07:30 AM PDT Ahmad Fuad Baharudin tidak mensia-siakan pengalaman selama 15 tahun beraksi sebagai pelumba profesional apabila muncul juara kategori CP130 pada perlumbaan Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2012 di Litar Kluang, Johor, hari ini. Dikenali sebagai litar yang begitu teknikal di dalam kalendar kejuaraan Cub Prix, pelumba Faito Motobert Racing itu terpaksa mengerah segala kudrat dan pengalaman untuk menangkis asakan demi asakan daripada Azlan Shah Kamaruzaman (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) sebelum berjaya menamatkan perlumbaan 15 pusingan dengan masa keseluruhan 12:01.586s. Azlan akur di kedudukan kedua, 0.527s di belakang Fuad manakala Mohd Taufiq Roslan (Yamaha Maju Motor) ketiga, 12:02.319s. "Litar ini tidak begitu mementingkan kepantasan jentera, sebaliknya lebih kepada penggunaan kotak gear dan juga sistem saspensi jentera yang sesuai dengan permukaan litar dan juga gaya tunggangan saya sendiri. Selekoh di sini agak sempit dan ada diantaranya tidak begitu rata serta beralun. Malah terdapat juga laluan mendaki dan menuruni bukit di litar ini, sedikit berbeza dengan litar-litar lain. "Dengan pengalaman yang ada, saya tidak memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan pelarasan jentera yang terbaik. Walaupun gagal mencatat masa terpantas pada sesi ujian masa semalam, pada ketika itu kotak gear dan sistem saspensi jentera saya sudah cukup sempurna. Dari situ timbul keyakinan dalam diri yang mana saya rasa mampu untuk mengulangi kejayaan yang saya lakukan pada tahun 2010 di litar ini," jelas Fuad yang kini naik ke tangga kedua dalam senarai keseluruhan pelumba CP130 dengan 97 mata, memintas rakan sepasukan, Ahmad Fazrul Sham yang turun ke tangga ketiga dengan 91 mata. Sementara itu, walaupun kekal mendahului kedudukan setelah mengumpul 120 mata, Azlan jelas agak kecewa kerana gagal muncul juara walaupun berjaya mencatat masa terpantas pada sesi ujian masa, semalam. "Saya gembira kerana berjaya mencapai hasrat untuk terus kekal di tangga teratas, namun pada masa sama saya agak kecewa kerana gagal untuk mencari gelaran juara kedua pada musim ini. Walaupun beberapa kali saya mencuba untuk memintas Fuad, namun dia berjaya menutup ruang dengan baik. Jelas pengalaman yang ada pada Fuad membezakan keupayaan kami di litar yang cukup teknikal ini. Kini saya meletakkan sasaran untuk mencari kemenangan pada pusingan kelapan di Melaka nanti," jelas Azlan. Sementara itu, pasukan CKJ Yamaha Racing mencatat kemenangan bergaya setelah Shariffudin Shamsudin dan Ahmad Afif Amran mencatat kemenangan 1-2 dalam saingan kategori CP 115. Sharifuddin melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 9:48.636s dan Afif sekadar 0.337s di belakang manakala tempat ketiga menjadi milik Mohd Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang Racing) ketiga, 9:49.421s. "Memang saya dan Afif ada mengatur strategi untuk saling membantu jika salah seorang diantara kami berdua berada di hadapan dan kami cukup gembira kerana apa yang dirancang menjadi kenyataan. Selepas berjaya melepasi Adib yang pada satu ketika berada di hadapan, saya hanya memberi tumpuan untuk kekal di hadapan sehingga ke garisan penamat. Apa yang lebih menggembirakan, kerja keras saya sepanjang tempoh rehat dua bulan ini berjaya menghadiahkan kemenangan yang sudah lama saya nanti-nantikan. Terima kasih kepada pasukan dan kaum keluarga yang terus memberikan sokongan kepada saya selama ini." Keputusan ini bagaimanapun tidak mengubah kedudukan Shahril Izzuwan Mohd Noor (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM) sebagai pendahulu keseluruhan setelah mengumpul 101 mata, diikuti Mohd Amirul Ariff Musa (Pachie Yuzy Honda Racing) kedua, 93 mata dan Ahmad Abdul Kadir (Apido Yamaha Boon Kui Racing) ketiga, 88 mata. Dalam kategori Wira, pelumba AAP Mazoil Armstrong Motorsport, Fakhrusy Syakirin Rostam meraih kemenangan keempat pada musim ini dengan mengetepikan cabaran pendahulu keseluruhan, Mohd Hafiz Nor Azman dari pasukan Team Mos Track Pro Yamaha Racing. Fakhrusy melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 8:08.685s, 4.048s di hadapan Hafiz manakala Tengku Amirul Haffiruddin di tempat ketiga, 8:19.374s. "Perlumbaan tadi agak mudah bagi saya kerana setelah berjaya mendahului kedudukan sebaik melepasi selekoh pertama pada pusingan pertama, saya hanya bersendirian di hadapan manakala beberapa pelumba lain bersaing agak rapat untuk berada di kedudukan kedua. Dengan kemenangan ini saya dapat merapatkan jurang mata dengan Hafiz dan meletakkan sasaran untuk mencatat kemenangan pada perlumbaan akan datang," jelas Fakhrusy. Hafiz kekal di tangga teratas keseluruhan dengan mengumpul 139 mata, hanya enam mata mendahului Fakhrusy manakala Tengku Amirul ketiga, 78 mata. Related posts:
Short URL: http://www.duniasukan.com/?p=2905 |
You are subscribed to email updates from di kluang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan