01 di mersing - Google Blog Search |
Mersing.my: Cool Blog : Keseronokan Minuman Sejuk <b>di Mersing</b> Posted: 10 Sep 2012 06:46 AM PDT ( Sebaris Restoran Nasi Ayam Ushu & Restoran Syed 24 jam) Minuman sejuk pelbagai rasa moden dan tradisional Dibungkus cara moden dan mudah diminum atau dibawa pulang Membuat pilihan, memesan, membayar, ambil nombor dan menunggu pesanan siap Dibawa pulang. Tiada meja ddan kerusi disediakan Licencee/Lincencor.... Mula mencipta nama di seluruh Malaysia Harga : Sangat enak. Bertaraf premium. Kombinasi rasa baru dan klasik Jika pelanggan ramai perlu menunggu sedikit masa kerana mereka perlu memproses semua minuman dahulu. Kalau dah seorang pelanggan memesan 6 minuman berbeza sudah pasti mengambil masa walaupun 5 orang pekerja bertugas serentak. Layanan sederhana. Mahal dengan senyuman dan serius. Tetapi minuman disediakan dan dibunkus dengan sistematik. Wajar dinikmati oleh warga Mersing. Kalau boleh hari-hari mau beli. Rugi tak mencuba !! Pening nak buat pilihan. Banyak sangat minuman best2 ! Walaupun batuk dan deria rasa kurang, PHD cuba rasa di hujung lidah..perghhh..rasa internasional ! Harga pun ok |
Perkahwinan Adik Ipar <b>di Mersing</b> - GURU CEMERLANG <b>...</b> Posted: 03 Sep 2012 03:24 AM PDT pada 1 September yang lepas telah berlangsungnya perkahwinan adik ipar Norliza dengan pasangannya Nazif di Felda Nitar Satu, Mersing. Akad nikah telah dijalankan pada jam 10.30 pagi di rumah pengantin perempuan dan acara bersanding dijalankan pada hari yang sama pada jam 2 petang. cuaca pada mulanya ok dan elok akan tetapi pada jam 2.300 petang tiba-tiba berubah dengan kehadiran hujan yang sangat lebat dan angin yang sangat kencang. tetamu yang hadir bertempiaran lari meninggalkan khemah yang mungkin akan tercabut kain kanvasnya. bilal masjid yang berada di khemah dengan segera mengalunkan azan sebagai tanda perlindungan memohon dari Allah. segalanya reda dalam tempoh 20 minit. alhamdulillah tiada yang rosak dan semua tetamu selamat. akan tetapi cadangan makan berdamai untuk pengantin yang ditetapkan pada khemah pengantin terpaksa diubah ke dalam rumah kerana kerusi dan meja di khemah tersebut basah. nasib baik makanan selamat kerana makanan bertutup dengan plastik. tetamu mula meninggalkan rumah penganin dan segalanya berakhir pada jam 5 petang. satu pengalaman yang takkan dilupakan. kebetulan Norliza adalah ahli keluarga yang terakhir menamatkan zaman daranya dan keluarga mertuaku telah selamat menjalankan tanggungjawabnya mencarikan pasangan hidup untuk kesemua anak-anak mereka bermula dengan perkahwinan isteriku dengan ku pada 2002, abg iparku pada 2009, adik ipar bongsu dan adik ipar ketiga pada 2011 dan penamatnya adik ipar keempat pada tahun ini 2012. Buat Norliza dan Nazif, semoga bahagia berkekalan sehingga ke anak cucu dan selamanya.... |
You are subscribed to email updates from di mersing - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan