ads

Isnin, 10 September 2012

01 di muar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di muar - Google Blog Search


Kesultanan Johor: Hari Keputeraan Sultan Johor ke-54 <b>di Muar</b>

Posted: 04 Sep 2012 09:00 PM PDT


Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

MUAR 2 Sept. - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memilih untuk menyambut Hari Keputeraan baginda yang ke-54 pada November ini di daerah ini, sekali gus mengisytiharkan secara rasminya bandar ini sebagai Bandar Diraja.

Pegawai Daerah Muar, Abdul Rahman Dewam berkata, tarikh dan tempat sambutan bagi dua acara penting yang dianjur serentak itu akan diumumkan selepas baginda memutuskan perkara berkenaan tidak lama lagi.

"Untuk itu semua kakitangan kerajaan, pemimpin parti politik dan rakyat khususnya di Muar perlu menyahut dan memberi sokongan padu dengan pengisytiharan bandar Muar yang sebelum ini dikenali sebagai Bandar Maharani menjadi Bandar Diraja.

"Ini merupakan satu penghormatan bagi penduduk di Muar kerana bertuah dipilih sebagai Bandar Diraja yang telah diisytiharkan awal tahun ini," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pejabat Daerah Muar di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini baru-baru ini.

Pada majlis tersebut turut diadakan acara serah tugas daripada bekas Pegawai Daerah, Amran Abd. Rahman yang kini dilantik sebagai Pegawai Daerah Johor Bahru pada Julai lalu kepada Abdul Rahman.

Abdul Rahman turut mengingatkan penjawat awam supaya komited dengan tugas masing-masing dan semua pihak tanpa mengira ideologi politik dan latar belakang diminta menyokong rancangan menjadikan daerah ini sebagai Bandar Diraja.

Beliau berkata, usaha keras perlu dilakukan untuk memastikan bandar ini sentiasa berada dalam keadaan cantik, bersih dan aman selaras dengan kehendak Sultan Johor yang mahukan bandar ini menjadi contoh kepada daerah lain.

"Dalam pada itu, penduduk Muar beruntung kerana daerah ini bukan sahaja diisytiharkan sebagai Bandar Diraja tetapi bersebelahan Pagoh yang bakal menjadi hab pendidikan utama negara seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri.

"Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai rancangan menjadikan Pagoh sebagai Bandar Universiti dan pusat pertumbuhan baru dalam beberapa tahun akan datang. Kita percaya hab pendidikan dan pusat pertumbuhan yang dirancang di Pagoh itu akan menjana pertumbuhan ekonomi," katanya.

Zakie photography: Beraya <b>di</b> Perak-<b>Muar</b> 2012

Posted: 26 Aug 2012 10:38 PM PDT

.::Arishah Shazni The Story::.: Syawal <b>di Muar</b> - 2012

Posted: 31 Aug 2012 12:27 AM PDT

hai guyss ok now iz nk cter abt hari raya 
Malam rabu dah bertolak dr selayang
smpai sane dlm 3.30 camtu
tp b4 balik izni dapat duet raya!!
awal lagi kan hahaha
duet raya dr pihak sekolah agama
Alhamdulillah dapat rm100 =D

hari khamis izni dah mule pergi ke Pasar Muar
beli bahan2 kering dulu macam bawang, halia, kunyit etc2
then izni and abah lepak2 kat tepi sungai muar
sungai ni belakang pasar muar aje *Orang Muar tahu la kat mane ni*
 semntara tunggu mama beli tempe
Petang nak raya izni kupas kulit bawng bape kilo ntah
masa kupas tu izni okay lagi sakit pinggang skit saje
pinggang izni TERAMAT SAKIT
dah la dengan cuace panas terik
bayangkan Marhaban tahun ni budak2 dah sikit aje
sebab nye cuace panas sangat ayah diorg xnak bawa 

mase Marhaban ni diorg smua request nak nasi minyak
so abh izni lepas makan2 terus cepat2 masak nasi minyak smua
masak 3 port .,.. tapi habis licin!!!
orang marhaban makan heheheh
sebabnye ade sorang pakcik ni cakap
"sape yang xmakan nasi mad ni memang rugi la"
terus diorg semua serbu nasi minyak
 tengahari pergi kedai nak beli Ais . semua kedai kat kampung izni xde stock
sampaikan 7E pun takde stock.
so, petang tu izni pergi kedai ngan sedara izni plak
beli ais & beli  PENAFLEX terus
izni lebeh prefer makan panadol dia sebab confirm cepat lega
tapi uncle kedai tu bagi yg ni
izni pn oklah cube la mane tau ok gak 
izni, kak ipar and abah pakai
and akak ipar pakai kat betis sebab takut kaki cramp mase tidur
yelah orang mengandung huhhuh
izni berjalan ke rumah orang sepenuhnye
raya ke4 ade lagi org dtg...belah arwah paklong yg duduk Jengka
so memang xde can nak berjalan
tapi walaupun raya ke5&6 baru la berjalan
mase raya ke6  izni n sdare g Umbai, Melake
ktorg dapat Dodol baru masak
suam2 lagi tu rase dlm kwah lagi
memang sangat sedap hehehe
hilang terus dow rase MALU sebab DODOL!!
izni balik ke KL Sabtu malam
pkul 1 pagi jgak hahahaha
tyme tu xde risau langsung jammed hahahah
bayangkan la ktorg keluar dr tol Tangkak
abang raya ke4 dah balik Kl sbb xdpt cuty hohohoho
kali ni wlaupun izni balik kampung izni still boleh on9 !!!
hahaha not because dah pasang wifi kat rumah kampung or beli broadband
but izni mnx password rumah depan
hehehehe mase diorg datang beraya ari pertama tu izni minx kat kak ngah adik bradik hehehee
mule2 pelik jgak kenape diorg dtg awal2 sampai makan smua
sebab b4 ni xpnah. bile pk balik
maybe sebab diorg rindu arwah mak diorg
mak diorg meninggal awal tahun ni.
sebab breast cancer.. lodeh jawa makcik tu memang sedap
setiap tahun dapat tp tahun ni xdpt
kak ngah masak tp xsame terlebh masin!! hehehe
btw mase raya pertama tgh siap2 izni on lappy Toshi izni
tapi tetibe dia jadi cam bergegor skrin dia
kuar tolong hidang masuk bilik still mcm tu
last2 izni terpkir maybe sebab terhentak dlm bonet kot
so izni dengan kental haty hentak skit lappy kat lantai
and Alhamdulillah DIA DAH BAEK!!! hahahha
*mcm ni la rupe tochi syg izni *
btw bilik izni kat kampung memang gelap
plus mase ni x buka lagi langsir sbb nak tukar baju n nak baring sbb xthn sakit pnggang
*xsmpat nak smpan iron board :P*
ok la guys tu aje cerita izni raya di kampung
abg Shah raya kat rumah x?
abg shah xdpt beraya lagi dkt rumah izni tahun ni
sebabnye 2 hari nak raya abg shah dah mule sakit tekak n xsdap badan
*org degil nk dengar cakap!!*
so petang raya suara dia dah mule berubah
izni call dia pn. izni da terkejut dengar dia cakap
raya pertama dengan sedare mara dia datang
lepas da layan smua.. dia dah mule demam
raya ke2 dia gagah kan diri layan family dia and hari tu suara dia hilang!!
raya ke3 dia tidur sampai la petang sebab xlarat dah
malam tu izni call dia dah FRESH!!! lega haty
so dia memang xdapat datang rumah izni beraya tahun ni
izni ingat nak ajak sdare izni g jumpe dia...tp dah dengan keadaan dia
+ sedare izni ramai lagi datang ktorg kena cancel huhhuh
bagi izni semua ni Allah yang tentukan
nanty izni susah nak lepaskan abg shah plak hahahaha
ok la guys nanty InsyaAllah izni bg korg 1 entry bergambar
nak bagi korang tertanye2 ape yg good news dari ari tu lagi izni nak cakap tu
*best x lagu blog izni skrg? =D*
 Nota Kaki Arisyah = U in my Heart!

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved