01 di pasir gudang - Google Blog Search |
Ribut Dan Hujan Batu Landa <b>Pasir Gudang</b>, Johor Posted: 09 Sep 2012 05:45 PM PDT Ribut Dan Hujan Batu Landa Pasir Gudang, Johor : Sebuah taman perumahan di Pasir Gudang dilanda ribut beserta hujan batu yang agak kuat semalam. Lebih 600 penduduk di Jalan Bayan, Taman Kota Puteri di sini panik apabila kawasan perumahan mereka dilanda ribut dan hujan batu dalam kejadian jam 3 petang semalam. Ribut yang berlaku secara tiba-tiba menimbulkan suasana kelam-kabut dalam kalangan penduduk yang terkejut dengan kejadian yang pertama kali berlaku itu. [Remaja Perempuan Maut di Rempuh Lori Ais] Mangsa, Zulkifli Mohd Noh, 54, berkata, ketika hujan turun dengan lebat dia berada di tingkat atas rumah sebelum isteri mengajaknya melihat hujan air batu. Menurutnya, bagaimanapun dalam sekelip mata hujan air batu disusuli ribut yang kuat sehingga sebahagian besar bumbung rumahnya diterbangkan angin kencang berkenaan.
Seorang lagi mangsa, K Senthil, 34, berkata, dia bersama suami terpaksa membawa empat anaknya berlari keluar rumah selepas secara tiba-tiba bumbung rumah tercabut diterbangkan angin kencang. Menurutnya, ketika itu hujan turun dengan lebat berserta ribut dan petir yang amat menakutkan. "Kami menjerit lari keluar rumah bersama jiran yang lain kerana bimbang rumah runtuh selepas melihat keadaan ribut yang terlalu kuat. "Saya rasa masih trauma kerana sepanjang hidup saya tidak pernah melihat ribut sekuat ini," katanya. [Kerana Mabuk, Terbocor Skandal Dengan Isteri Rakan] Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas, Syed Othman Syed Abdullah berkata, hasil bancian yang dibuat sebanyak 172 daripada keseluruhan 400 buah rumah di Taman Kota Puteri, di sini, mengalami kerosakan akibat dipukul ribut. Menurutnya, bagaimanapun hanya 20 rumah yang kritikal selepas dua rumah, dua kereta dan sebuah van yang musnah di hempap pokok dalam kejadian ribut berkenaan.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan Umno Cawangan Cenderai, M Sani Hashim berkata, pihaknya telah memaklumkan kejadian itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permas, Datuk M Munusamy. Menurutnya, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut turun padang untuk menghulurkan bantuan segera kepada mangsa yang terlibat. "Datuk Munusamy akan turun melawat mangsa yang terlibat dalam masa terdekat. "Kita bersyukur walaupun banyak pokok yang tumbang sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas, tapi tidak menyebabkan kemalangan jiwa," katanya. Sinar Harian difahamkan lebih 30 pokok tumbang di sekitar kawasan itu sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk lebih 3 jam. Connect Facebook 5.0 |
You are subscribed to email updates from di pasir gudang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan