Khamis, 20 September 2012

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Pindahkan &#39;Kubur&#39; jadi isu politik <b>di Pengerang</b>. – Pribumi Perkasa <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2012 08:43 AM PDT

Tuan Haji Elias Hasran
Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor (UPENJ)


Ada pihak dikesan cuba mengambil kesempatan dengan mempolitikkan isu pemindahan kubur orang Islam dan jirat masyarakat Cina di Pengerang sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan penduduk di situ.

Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor Elias Hasran berkata hasil pertemuan di kalangan masyarakat Islam dan Cina di situ mendapati hanya segelintir sahaja yang membantah pemindahan itu.

Beliau berkata sebelum ini terdapat bantahan di kalangan masyarakat Islam untuk pemindahan kubur kerana menyangka ia akan dipindahkan di kawasan berpaya sedangkan itu tidak benar.

"Kita akan tambak dahulu kawasan itu dan kerja-kerja meratakan kawasan tersebut telah dimulakan oleh kontraktor yang dilantik. Kita mengambil berat saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan kita mewujudkan kawasan perkuburan yang teratur seperti di Damansara dan Putrajaya.

"Pada pandangan kita yang bantah hanya segelintir dan hasil dialog yang diadakan didapati sebahagian besar menyokong kuat projek yang kita jalankan ini,ada yang menentang kerana terdapat elemen politik cuba ganggu pelaksanaannya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi taklimat khas bersama media berhubung perkembangan semasa projek minyak dan gas Pengerang di sini hari ini.

Taklimat itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) Mohd Yazid Jaafar dan Timbalan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Johor Azmi Rohani.

Elias berkata isu berhubung pemindahan kira-kira 1,545 kubur orang Islam untuk memberi laluan kepada projek Kompleks Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (Rapid) dan Terminal Petroleum Air Dalam Bebas Pengerang bagaimanapun berjaya diselesaikan dengan baik.

Ia hasil perbincangan penduduk lima kampung terlibat dengan Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Johor iaitu Kampung Teluk Empang, Kampung Sungai Kapal, Kampung Sebong, Kampung Jawa Laut dan Kampung Jawa Darat, katanya.

Beliau berkata perkuburan baharu terletak kira-kira tiga kilometer dari kawasan penempatan baharu di Kampung Datuk Abdul Ghani Othman dan pemindahan dijangka dilaksanakan dalam tempoh empat bulan mulai awal Oktober depan.

Sementara itu, katanya proses perbincangan bagi pemindahan 3,700 jirat Cina ke kawasan seluas 23.4 hektar di Bukit Gelugor dijangka selesai tidak lama lagi.

Elias berkata kerajaan negeri telah melantik konsultan yang mahir dalam bidang tersebut dan akan dipantau oleh lima persatuan kaum Cina untuk memastikan ia benar-benar mengikut agama dan budaya masyarakat Cina.

"Kawasan baharu itu di kawasan berbukit dan kerja-kerja pemindahan dijangka dimulakan pada Mac tahun depan.

"Ini bukan merupakan kali pertama kita memindahkan jirat Cina kerana sebelum ini pun kita pernah melakukan perkara yang sama untuk pembinaan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL), jadi saya hairan kenapa kali ini ia dipolitikkan," katanya.

FGVH setuju bangunkan bandar baru FELDA <b>di Pengerang</b> <b>...</b>

Posted: 04 Sep 2012 06:38 AM PDT


KUALA LUMPUR: FELDA Global Ventures Holding Bhd (FGVH) bersetuju untuk membangunkan kira-kira 800 hektar tanah miliknya di Pengerang, Johor sebagai sebuah bandar baru FELDA bagi mengambil peluang daripada projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di kawasan itu.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, perkara itu turut dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam mesyuarat pengurusan FELDA baru-baru ini. "Kita akan mula berbincang dengan pihak-pihak lain bagaimana kita boleh melibatkan diri dalam pembangunan di kawasan itu kerana kita punyai tanah," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara FELDA dan KFC Holdings (Malaysia) Bhd di sini, hari ini.

Cadangan membangunkan bandar baru FELDA itu disuarakan Ketua UMNO Bahagian Pengerang, Datuk Azalina Othman Said pada persidangan perwakilan UMNO Bahagian, Ahad lepas di mana pada hari yang sama beliau turut mencadangkan agar warga tempatan turut dibabitkan sama dalam projek Rapid dan diberikan peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan.

Dalam hal ini, Mohd Isa berkata, pihaknya akan berbincang dengan pihak Petronas untuk menggunakan sepenuhnya sebuah institut kemahiran di kawasan itu bagi menawarkan kursus-kursus baru berkaitan projek berkenaan kepada warga setempat.

Projek Rapid yang dibangunkan oleh Petronas adalah antara projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi melonjakkan lagi sektor minyak dan gas negara dan dijangka menarik pelaburan susulan bernilai RM100 bilion dalam industri sama.

Mengenai perjanjian persefahaman antara FELDA dan KFC Holdings, Mohd Isa berkata, kerjasama itu akan membolehkan kedua-dua pihak bergabung di bawah satu syarikat usahasama bagi mengusahakan ladang penternakan ayam daging moden yang akan dibangunkan di ladang FELDA Tenggaroh 3, Johor.

Demo besar-besaran <b>di Pengerang</b> pulak hujung bulan ni <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2012 11:29 PM PDT


Harakahdaily melaporkan:

Himpunan Hijau, Gabungan NGO Pengerang serta beberapa NGO akan mengadakan satu himpunan 15,000 orang di Pengerang pada 30 September 2012. Tema himpunan adalah: "Himpunan Hijau: Lestari Pengerang".

Saya ingin menegaskan lagi bahawa, himpunan besar Himpunan Hijau: Lestari Pengerang yang akan diadakan di Sg. Rengit pada 30 September 2012 ini kemungkinan himpunan besar-besaran yang terakhir di kawasan Pengerang. - Hrkh.

  
Macam yang aku tulis sebelum ni:

Suka aku nak mencadangkan kepada Salahuddin Ayub yang baru dipertanggungjawabkan sebagai mengetuai pasukan khas isu RAPID Pengerang supaya buat sekali lagi Demo RAMPAS macam poster kat atas ni sebelum PRU13.

Aku yakin kalau buat demo RAMPAS sekali lagi, memang jem pekan Pengerang. Demo bulan 5 hari tu promosi tak berapa nak power kut, pasai tu aku pun tak perasan demo tu. - Ibid.

Nampaknya, kerja YB Salahuddin dah sikit ringan pasai tak perlu jadi penganjur demonstrasi tu, cuma skuasd khas di bawah Salahuddin Ayub perlu main peranan bersungguh-sungguh untuk tarik seramai mungkin hadir sertai demo tu.

Tempoh 2 minggu rasanya cukup kalau PAS berhasrat nak gembeling kehadiran dari seluruh negara untuk bagi sokongan moral kepada penduduk yang terlibat dengan projek RAPID Pengerang tu.

Aku cukup yakin ramai pendemo tegar yang tak sabar-sabar nak turun tambah-tambah kalau ada kemungkinan boleh rasa gas pemedih mata dan semburan air kimia. Aku yakin semakin ramai yang dah ketagih semenjak Himpunan Bersih 3.0 yang dah berlalu 138 hari.

Kat bawah ni gambar dan video sekitar demonstrasi di Pengerang bulan Mac lepas.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads