01 di permas jaya - Google Blog Search |
UMNO Online - Susur Akar YB <b>Parit Sulong</b> Bantu Fakir Miskin Posted: 26 May 2010 09:30 PM PDT Kategori Sana SiniSusur Akar YB Parit Sulong Bantu Fakir MiskinBATU PAHAT 26 Mei – Program Menyusur Akar Ahli Parlimen Parit Sulong terus menyusur ke segenap kampung, mencari dan mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan terutama golongan daif dan fakir miskin. Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad berkata, program berkenaan tidak akan terus berlanjutan kerana beliau akan sentiasa memantau apa sahaja yang dilaporkan kepada Pusat Khidmat Parlimen Parit Sulong tanpa mengira siapa. ''Saya akan pastikan warga emas, orang kurang upaya, warga miskin dan mereka yang benar-benar memerlukan bantuan di Parlimen Parit Sulong ini akan terbela sewajarnya," katanya. Baru-baru ini, mereka menyusur akar di kawasan UMNO 3 Serumpun iaitu Kampung Padang Sari, Parit Awang, Parit Salam dan Parit Lapis Batu Puteh, Simpang Lima dan meninjau kehidupan 10 penduduk yang daif, warga emas dan miskin serta orang kurang upaya (OKU) yang terlantar dan memerlukan perhatian. Turut serta dalam program itu ialah ketua kampung, ketua UMNO cawangan, wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM), Pejabat Agama (Baitulmal) daerah, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Putra Batu Pahat (HPBP), seorang doktor pakar serta beberapa jururawat dari HPBP. Menurut Noraini, sejak bergelar Ahli Parlimen, beliau sentiasa meluangkan masa untuk mendekati masyarakat yang benar-benar memerlukan bantuan dengan kerjasama semua ketua cawangan, ketua kampung dan penghulu. Setakat ini, katanya, banyak masalah dapat diselesaikan dan ia memberi impak positif kepada masyarakat di Parlimen Parit Sulong kerana mereka boleh meluahkan masalah secara terus kepada wakil rakyat. Secara tidak langsung katanya, program itu juga dapat mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat. Justeru itu, apa sahaja masalah yang mereka hadapi dapat dikenal pasti dengan lebih dekat lagi. ''Apabila wakil rakyat turun padang, ahli masyarakat yang memerlukan bantuan terasa diri mereka diberi perhatian dan dalam beberapa siri menyusur akar yang saya pergi didapati ramai antara mereka tidak tahu cara untuk mendapatkan bantuan," ujarnya. Pada siri menyusur akar kali ini, Utusan Malaysia berpeluang mengikuti program berkenaan dan pelbagai masalah yang dihadapi oleh warga emas serta orang miskin dapat dikenal pasti. – Utusan Malaysia/MediaUMNO Berita Bertarikh Pada 12:30 PM |
You are subscribed to email updates from di parit sulong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan