Rabu, 19 September 2012

01 di senai - Google Blog Search

01 di senai - Google Blog Search


Areina Darts Malaysia Borneo: ADMB <b>di Senai</b> Airport JB

Posted: 05 Sep 2012 12:57 AM PDT

Sekitar jam 11 pagi bertolak dari hotel penginapan menuju ke Senai Airport yang terletak lebih kurang 29km melalui lebuh raya dari Taman Daya. Setelah urusan selesai, kami semua menunggu di ruang legar dan berjumpa dengan Team dari Negara Brunei. Kami sempat merakamkan beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan.
Mustapha Julaili berlepas tepat jam 4.10 petang manakala Rahim pula berlepas pada pukul 9.15 malam. Rasa berat hati juga ketika berpisah dengan mereka kerana sepanjang 5hari 4malam mereka berada di Johor ini membuatkan saya merasakan bersama ahli keluarga sendiri. Garau senda dan suka duka sepanjang tournament pada kali ini dikongsi bersama.
Tiada istilah patah semangat dalam diri kami walaupun tidak mendapat sebarang pencapaian yang boleh dibanggakan, namun semangat berpasukan dan setia kawan yang ditunjukkan oleh ADMB amat-amat saya banggakan dan membuat hati saya lebih kuat dan yakin yang suatu hari nanti ADMB pasti seGAH namanya di persada dunia sukan darts ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads