Jumaat, 14 September 2012

01 di tangkak - Google Blog Search

01 di tangkak - Google Blog Search


jinggo-fotopages: Bantahan menanti jelajah Anwar <b>di Tangkak</b>

Posted: 14 Sep 2012 07:06 PM PDT

Venue : Pejabat Baru PKR Cawangan Tangkak, Johor
Event : Perasmian Cawangan dan majlis Rumah Terbuka
Date : 14/9/2012 @ 2.30 pm
Semasa solat jumaat di Masjid Jamek, Tangkak bas Jelajah Merdeka Rakyat (JMR) telah disimbah dengan cat merah oleh pemuda bermotosikal yang tidak dikenali. Anggota Polis yang berkawal berdekatan dikatakan gagal menangkap atau mengecam pihak yang melakukan simbahan tersebut. Selepas solat Jumaat acara perasmian pejabat cawangan PKR Tangkak telah diganggu oleh sekumpulan pemuda dengan kain pemidang yang menyatakan bantahan mereka terhadap kehadiran Anwar Ibrahim di Johor. IPD Tangkak berkawal ketika rombongan meninggalkan lokasi dan menyediakan khidmat pengiring untuk memastikan kelancaran perjalanan rombongan sehingga lah kesempadan Tangkak / Muar dimana kereta peronda IPD Muar pula mengambil alih.  

RAKYAT MARHAEN: Samseng <b>Tangkak</b> : Bas PKR disimbah cat <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2012 06:09 AM PDT

Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini.

Menurut Pengerusi PKR Negeri Datuk Chua Jui Meng, bas tersebut diserang di luar sebuah masjid di Tangkak, Johor.
NONEBerucap merasmikan bilik operasi PKR di Tangkak, Chua juga berkata, ketika kejadian berlaku Anwar sedang bersolat di masjid tidak jauh dari tempat itu.

Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu lalu.

Sementara itu, Setiausaha Agun g PKR Saifuddin Nasution yang mengikuti rombongan itu memberitahu Malaysiakini, mereka dimaklumkan polis bahawa perbuatan khianat itu dilakukan seorang remaja yang menaiki motosikal.

"Polis mengejarnya dan berjaya mendapatkan nombor pendaftaran, tetapi akhirnya nombor itu didapati palsu," kata Saifuddin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads