01 di tangkak - Google Blog Search |
Selepas Dibaling Cat <b>Di Tangkak</b>, Batu Dan Paku - Jalan Pulang Posted: 14 Sep 2012 03:25 PM PDT Rombongan PKR ke Johor hari ini yang dipimpin oleh Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim menjadi sasaran lagi di Skudai, Johor Bharu petang semalam yang boleh mengakibatkan kemalangan ke atas bas jelajah "Merdeka Rakyat" yang digunakan untuk kempen parti itu. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution memberitahu Malaysiakini semasa majlis makan malam 800 meja di di Skudai bahawa serangan itu berlaku sejurus sebelum rombongan mereka sampai ke majlis tersebut, yang merupakan kawasan letak kereta di sebelah pusat membeli-belah Sutera Mall. "Dalam perjalanan kami ke sini, kami mendengar bunyi letupan kuat apabila kami melalui di bawah jambatan pejalan kaki. "Kami mendapati seketul batu dilemparkan ke salah sebuah kereta dalam rombongan kami. "Kemudian kami temui paku di atas jalan raya. Jadi kita berhenti di tepi jalan manakala kakitangan keselamatan kami membersihkan jalan raya sebelum kami boleh meneruskan perjalanan kami, "katanya. Naib Presiden PKR yang juga ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, semasa ucapannya di majlis makan malam itu, mendakwa mereka ternampak sebuah kereta di hadapan rombongan mereka hilang kawalan dan berpusing ke arah yang bertentangan. "Kami dapati jalan penuh paku," kata Fuziah sambil mendakwa pelakunya mahu bas mereka ditimpa kemalangan. "Alhamdulillah, kita berjaya mengatasi semua cabaran ini," katanya kepada kira-kira 6,000 hadirin berbilang kaum. Kereta yang berjaya sampai ke destinasi majlis makan malam itu, kemek dan calar pada bahagian bonetnya. Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, Fuziah berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1km dari tempat majlis makan malam itu di sebatang jalan raya yang gelap, tetapi dia tidak tahu namanya. |
Foto Bas #Merdekarakyat <b>Di</b> Simbah Cat Merah <b>Di</b> Depan Masjid <b>...</b> Posted: 13 Sep 2012 11:28 PM PDT Nota Admin: Bas Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi diserang sewaktu singgah Di Masjid Jamek Tangkak Johor.Amat menyedihkan apabila serangan ini dilakukan tatkala peserta Jelajah sedang menunaikan sembahyang Jumaat bersama jemaah qariah tangkak johor. Inikah sikap " Syaitan Yang Dikenali?" sepertimana disebut oleh Tun Dr.Mahathir? |
You are subscribed to email updates from di tangkak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan